Dulu pengutip sampah, kini ratu cantik (Gambar)

Ratu cantik-
Bangkok: Beberapa keping gambar yang mengisahkan seorang gadis pengutip sampah yang dinobatkan sebagai Miss Uncensored News Thailand 2015 menjadi viral di media sosial.

Memetik laporan Guan Ming Daily, gadis yang dikenali sebagai Aming itu berasal dari keluarga miskin di mana ibunya bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara kehidupan harian.

Aming dilaporkan tidak dapat meneruskan pelajarannya selepas tamat pengajian sekolah menengah kerana keluarganya tidak mampu menampung kos pembelajarannya ke peringkat lebih tinggi.

Untuk mencari duit sampingan meneruskan pelajaran, Aming terpaksa menghabiskan masa dengan membantu ibunya mengutip sampah dan barangan terpakai untuk dijual.

Aming ketika ditemui wartawan berkata, adalah di luar jangkaannya memenangi pertandingan ratu cantik itu kerana dia tidak menyangka seorang gadis yang berasal dari keluarga miskin juga boleh diberi peluang sebegitu.

Yang menariknya, Aming menyatakan dia tidak pernah berasa malu dengan latar belakang keluarganya kerana pencapaiannya hari ini adalah daripada ketabahan ibunya menyara kehidupan harian.

Kemenangan Aming dalam pertandingan ratu cantik menarik perhatian rata-rata pengguna media sosial yang meluahkan perasaan terharu dengan ketabahan Aming dalam menempuhi dugaan hidup bersama dengan keluarganya yang miskin.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan