Kerana RM1, sia-sia pahala jumaat

Tranungkite
Antara yang pernah ana lihat kutipan jumaat terbanyak diMalaysia adalah di Masjid Attaqwa TTDI KL. Kutipan setiap jumaatnya mencecah puluhan ribu RM . Itu baru satu jumaat, andai bulan tersebut ada 5 jumaat, mungkin hampir ratusan ribu RM buat masjid yang penuh dengan keberkatan itu.

Baru2 ini, ana singgah solat jumaat di masjid tersebut bersama dengan anak ana. Ramai seperti biasa para jemaah yang hadir disitu. Masjid ini juga ramai peminta sedekah yang berada di sekitar pintu masuk masjid. Kisah yang ana nak kongsi sikit ialah ketika khutbah jumaat bermula...

Kebiasaannya ada satu pakcik akan duduk dipintu masuk masjid dengan memegang sepanduk memohon bantuan dari para jemaah yang masuk kemasjid untuk menunaikan solat. Ana lihat setiap minggu beliau berada disitu memohon sumbangan orang ramai.

Tapi jumaat yang baru berlalu ini, tidak nampak plak beliau disitu. Mungkin sudah cukup keperluan yang dipohon buat selama ini.

Apa yang cuba ana nak kongsikan adalah, pakcik tersebut amat berbudi bahasa. Setiap sumbangan dari jemaah yang masuk kedalam tabungnya akan didoakan hamba Allah itu. Tersentuh plak aku melihatnya.

Cuma yang menjadi tidak cantik nya adalah beliau akan mengucapkan jutaan terimakasih kepada penderma serta berdoa untuk mereka walaupun ketika khatib membaca khutbah. Ana jadi sayu melihatnya kerana ana tidak berdaya untuk membantunya dan kekurangan keyakinan untuk memberitahu akan kewajiban mendengar khutbah dan larangan berkata2 dikala khutbah bermula.

Sementelah memikirkan pakcik yang tidak kelihatan ditempat biasanya itu, ana terpandang seseorang mungkin AJK masjid yang diberi tangujawab untuk mengutip sumbangan dari para jemaah yang sedang duduk mendengar khutbah.

Wajahnya amat berseri-seri dan suka ana memandangnya. Beliau berjalan dari satu saf kesatu saf sambil tangan menadah tabung kepada jemaah yang ingin menghulurkan sedekah buat masjid attaqwa seperti yang biasa dilakukan dimasjid-masjid yang lain.

Kebiasaanya akan ada anak2 yang ditugaskan untuk mengutip bagi pihak masjid ataupun dijalankan tabung kecil disetiap saf untuk tujuan yang sama.

Ketika itu khutbah jumaat bertajuk 'Hari sukan Negara' dan khatib mengajak jemaah untuk banyakkan bersukan untuk sihatkan badan. ( Ana rasa kalau buat banner besar letak depan masjid berkenaan dengan hari sukan negara pun sudah memadai).

Setiap sumbangan yang masuk kedalam tabung yang dibawa oleh AJK masjid itu disambut dengan senyuman dan mengucapkan terimakasih pada yang memberi. Terkadang AJK itu mengajak jemaah yang menyumbang itu berbual ringkas tanda berterimakasih.

Tidakkah ini mensia-siakan pahala jumaat buat AJK tersebut serta jemaah yang terpaksa berbual dengannya itu ketika khatib sedang berkhutbah. Bagi ana perkara ini tidak sepatut berlaku kerana beliau seorang AJK yang sememangnya berpengetahuan dalam perkara agama ini.

Bukanlah ana ini nak cari salah sesiapa, cuma terfikir disebabkan seringgit dua yang dapat, hilang pahala jumaat dan menjadi sia-sia sahaja jumaat hari itu bagi AJK itu dan juga jemaah yang sedang fokus kepada khatib yang diajak berbual.

Yang pasti itu semua adalah silap ana sendiri dan mulakan langkah kita dalam pencarian ilmu agar apa yang kita lakukan selama ini betul pada landasannya.

wallahuaklam

Kita bina bersama2.

modayu73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan