Kes Altantuya masih menghantui merka yang terlibat: Urutan kejadian, pihak terlibat akaun bersumpah PI Bala akan didedahkan

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam sebelum ini merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dibuang negara kemudian meninggal akibat komplikasi jantung, pada 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Oktober, 2015.
Penyiasat persendirian P Balasubramaniam sebelum ini merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang dibuang negara kemudian meninggal akibat komplikasi jantung, pada 2013.

Personaliti yang terlibat dalam perbalahan akuan berkanun (SD) penyiasat persendirian P Balasubramaniam mengenai pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan didedahkan tidak lama lagi dengan kemasukan semula saman RM2 juta terhadap peniaga permaidani Deepak Jaikishan, kata peguam Americk Sidhu.

Americk yang mewakili A. Santamil Selvi, memberitahu The Malaysian Insider perbicaraan dijadualkan pada awal tahun depan juga akan mendedahkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada pembuangan secara paksa Balasubramaniam dan keluarganya ke luar negara.

Balasubramaniam, yang juga dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 2013, tidak lama selepas keluarga itu pulang dari India. Balasubramaniam juga merupakan saksi utama dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Semalam, Deepak yang mewakili dirinya sendiri, memberitahu 3 hakim Mahkamah Rayuan yang beliau bersetuju dengan dakwaan Santamil dan 3 anaknya serta mengakui rayuan itu.

"Saya melakukan perkara yang betul (di mahkamah)," katanya kepada pemberita selepas itu, tetapi enggan mengulas lanjut.

Americk berkata, tidak akan ada rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Deepak tidak mencabar rayuan Santamil untuk mengembalikan saman beliau kerana konspirasi.

"Kita akan tahu urutan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada malam 3 Julai dan pagi 4 Julai 2008 yang mengaitkan beberapa orang yang mempunyai peranan penting menyebabkan pemergian Balasubramaniam dan keluarganya," kata Americk kepada The Malaysian Insider.

Dalam SD pertama Balasubramaniam pada 3 Julai 2008, beliau melibatkan Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu memegang jawatan timbalan perdana menteri dalam kes pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun pada keesokan harinya, beliau menarik balik SD pertama dengan kenyataan bersumpah kedua.

Balasubramaniam dan keluarganya meninggalkan Malaysia selepas menandatangani SD kedua. Deepak dikatakan menguruskan perjalanan mereka sekeluarga meninggalkan negara melalui Singapura.

Peguam itu berkata Santamil akan memberi keterangan bersumpah kerana terlibat dengan apa yang berlaku. Deepak juga dijangka memberitahu versi beliau.

Pada 14 Jun tahun lepas, Santamil dan anak-anaknya, Kishen, Menaga dan Reeshi, memfailkan saman, mendakwa kerugian dan kerosakan akibat secara paksa keluar dari Malaysia.

Plaintif menuntut ganti rugi perbelanjaan yang dilakukan semasa berada di Chennai, India termasuk kos penginapan, pengangkutan, yuran sekolah, kehilangan gaji Balasubramaniam dan Santamil.

Mereka juga menuntut bayaran bagi penderitaan mental yang dialami.

Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik perdana menteri Datuk Johari dan Datuk Nazim, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat dan peguam M. Arulampalam dinamakan sebagai defendan.

Bagaimanapun pada Disember, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamed Hashim membenarkan permohonan kesemua defendan untuk membatalkan saman Santamil dengan alasan balu itu tidak mempunyai keupayaan memfailkan tindakan bagi pihak harta suaminya.

Mahkamah Rayuan pada bulan April mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan notis rayuan Santamil adalah cacat.

Bagaimanapun, Deepak bukanlah responden dalam rayuan Santamil di Mahkamah Rayuan.

Pada 6 Mei, Deepak memecat peguamnya Gabriel Daniel dan firma guaman M/s Paul Ong dan Associates daripada mewakilinya dalam saman itu.

Deepak berkata akan memfailkan usul untuk mengemukakan keterangan selanjutnya yang beliau tidak terlibat secara sukarela dalam pembatalan saman Santamil di Mahkamah Tinggi.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan