Makcik Fidah belasah menteri yang tak berapa cerdik ini

Rafidah Cabar Dakwaan Salleh Mengenai Kelajuan Internet

PETALING JAYA: Tan Sri Rafidah Aziz mencabar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mengeluarkan kenyataan mengenai rakyat Malaysia memilih pakej jalur lebar perlahan.
"Saya terbaca ada pelbagai tahap kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat negara ini dan sebanyak 71 peratus pengguna Internet memilih jalur lebar Streamyx perlahan.

"Betul ke? Dan kita mahu membangunkan ekonomi negara menjelang 2020, negara kelas pertama yang perlu dipacu menerusi inovasi? Apa dan siapa yang menjadi conton atau ditemubual?" soal bekas menteri Kabinet itu menerusi laman Facebooknya pada Selasa.

Pada Isnin, Salleh berkata, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk membayar kurang untuk Internet berkelajuan perlahan berbanding yang pantas.

"Sebenarnya, ada pelbagai kelajuan Internet yang boleh dipilih rakyat Malaysa tetapi kira-kira 71 peratus pengguna memilih pakej jalur lebar Streamyx perlahan yang menawarkan kelajuan antara 384 kilobit sesaat (Kbps) ke 1 megabit sesaat (Mbps)," kata Salleh menerusi entri blognya.

 Datuk Seri Salleh  Said KeruakTambah menteri itu lagi, di Singapura dan Thailand, kadar kelajuan minimum adalah antara 4 hingga 5 Mbps, tetapi di negara ini hanya 384 Kbps.
"Kita boleh naikkan kelajuan minimum Internet kepada 5 Mbps dan memaksa rakyat malaysia membeli pakej kelajuan tinggi, tetapi itu bermakna kos meningkat dan penggunaan Internet hanya untuk golongan yang mampu membayar lebih tinggi," kata Salleh.

Mengulas lanjut kenyataan Salleh itu, kata Rafidah lagi, adalah memalukan jika dunia membuat persepsi bahawa kebanyakan rakyat Malaysia memilih perlahan dan kerajaan berpuas hati dengannya.

"Kenapa tidak teruskan dengan melihat ke Korea dan Jepun daripada segi tahap kemajuan di sana? Pelabur di mana sahaja mahukan jalur lebar Internet berkelajuan tinggi.

"Rakyat kita juga begitu, terutama yang faham manfaat menggunakan kemudahan yang pantas. Dan generasi muda kita yang memahami teknologi komunikasi dan maklumat tentu mahukannya!" kata Rafidah.
-mstar-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan