Rafizi Ramli menyatakan rasa terkejut kerana tiada tindakan terhadap pegawai tinggi Mara dalam skandal hartanah di Australia.
Selepas ketiadaan perkembangan mengenai siasatan skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (Mara), PKR hari ini berkata akan mendedahkan beberapa dokumen termasuk pembabitan seorang exco Pemuda Umno dalam urusniaga tersebut.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata sejak pendedahan skandal Mara pada Jun lalu sehingga kini, tiada sebarang perkembangan siasatan dan tindakan diambil terhadap pegawai bertanggungjawab.
"Selain daripada nama-nama yang diketahui umum, saya terkejut kerana nampaknya tiada sebarang tindakan diambil terhadap seorang pegawai tinggi Mara yang pernah mempunyai kepentingan perniagaan, bersama dengan individu yang memiliki syarikat yang terbabit dengan pembelian hartanah.
"Oleh yang demikian, saya mendedahkan dokumen yang diperolehi di Australia, termasuk dokumen mahkamah di sana, yang secara jelas menamakan individu terbabit," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan