Kalau benar ini keluar dari mulut Haji Hadi, lebih baik PAS jadi NGO saja

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS rela tidak mendapat kuasa asal pemerintahan Umno selaras dengan Islam. 

PAS bersedia menasihati kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam hal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilapor Mingguan Malaysia hari ini.

Kesediaan itu tertakluk kepada syarat agar Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam.

"Kita nak tolong selesaikan masalah, kita bukan nak rebut kuasa. Kalau Umno ubah kuasa dengan konsep Islam kita akan bantu dia.

"Yang penting kita nak ubah pemerintahan kepada lebih baik berasaskan tuntutan Islam," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia edisi Ahad itu.
Beliau berkata demikian pada program Dialog Rakyat bersama PAS di Kuala Terengganu semalam.

Hadi turut mengumumkan, satu pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan perkara itu akan berlangsung tidak lama lagi.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan