Kongres PKR didakwa tidak sah

Mohamad Fadli 
pkrPETALING JAYA: Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedang berlangsung sehingga 29 November ini didakwa tidak sah kerana membenarkan kehadiran perwakilan dari Cabang PKR yang digantung.
Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang PKR, Nasruddin Mohamad, 55, mendakwa sembilan perwakilan daripada Cabang Sepang hadir di kongres itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.

Dia mempersoalkan bagaimana pimpinan tertinggi PKR boleh membenarkan sembilan perwakilan itu hadir sedangkan cabang itu telah digantung sejak 19 September lalu.

“Kita sudah memaklumkan perkara ini kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.. Namun perwakilan dari cabang yang telah digantung itu tetap boleh hadir.

“Jadi kita anggap kongres ini tidak sah, haram.. Sudah terbukti mesyuarat agung (Cabang Sepang) tidak sah…,”. katanya kepada FMT.

Nasruddin berkata, Mesyuarat Agung PKR Cabang Sepang ke-11 telah dibatalkan pada 19 September 2015 kerana audit kewangan yang tidak jelas dan dan dakwaan penipuan dalam pemilihan pimpinan Cabang itu.

Dia mendesak Rafizi menjelaskan mengapa sembilan perwakilan itu masih dibenarkan hadir.

“Walaupun penjelasan dan laporan polis telah dibuat sebelum ini… namun masih dibenarkan sembilan perwakilan dari cabang itu hadir ke kongres PKR. Adakah pemimpin PKR korup,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan