Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan berkata, ramai rakyat Malaysia melakukan 2 kerja dan berusaha gigih mencari rezeki halal.
Selepas mencadangkan rakyat Malaysia melakukan 2 kerja bagi menambah pendapatan dan dikritik hebat pengguna media sosial, Datuk Ahmad Maslan mempertahankan kenyataannya dan berkata, beliau sendiri melakukan 3 kerja dalam satu masa.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, ramai rakyat Malaysia melakukan 2 kerja dan berusaha gigih mencari rezeki halal.
“Saya ada tiga kerja: Ahli Parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno.
“Ramai dah di Malaysia yang buat #2kerja. Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” katanya melalui akaun Twitter @ahmadmaslan hari ini.
Semalam portal Astro Awani melaporkan, Ahmad sebagai berkata, rakyat yang melakukan 2 pekerjaan pada satu masa tidak dianggap perkara luar biasa.
Katanya, Putrajaya menggalakkan usaha itu sebagai satu cara menangani peningkatan kos sara hidup.
Tambahnya pendekatan dua pekerjaan itu juga dilakukan kebanyakan rakyat di luar negara.
"Saya rasa ia (2 pekerjaan) bukanlah satu kesalahan, (walaupun) Malaysia ada peraturan, ia satu cara bagi menangani kos sara hidup juga.
“Walaupun kerja waktu pejabat (dari jam 8 pagi ke 5 petang), masih boleh buat online business, asalkan datang kerja dengan tidur yang cukup. Online business boleh buat 'weekend' juga," Ahmad dilaporkan sebagai berkata.
Pada masa sama, ketua penerangan Umno itu juga menyarankan rakyat memulakan perniagaan secara kecil-kecilan menerusi perniagaan atas talian atau online, yang dilihat sebagai alternatif kepada pekerjaan makan gaji.
-malaysianinsider-
Menteri paling Bangang dalam dunia....ha ha ha...!!
BalasPadam