Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh, 30,enggan mengulas lanjut isu penyebaran berita yang mendakwa dia telah memeluk agama Islam. Menurut pelakon filem 'Jwanita' dia memerlukan sedikit ruang dan memohon agar hak privasinya dihormati.
“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya. Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.
“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya," ujarnya kepada Kosmo!
Sama-sama kita doakan berita ini menjadi kenyataan.
-mediahiburan-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan