Ibu muda hilangkan diri ikut pengkid

Ibu muda hilangkan diri ikut pengkid
Ibu muda hilangkan diri ikut pengkid Hoon Yean menangis kerana sedih akan kehilangan cucunya, Poh Yee.
Ibu muda hilangkan diri ikut pengkid
IPOH: Seorang ibu muda tidak pulang ke rumah dipercayai melarikan diri bersama pengkid yang dikenalinya sejak Julai lalu menerusi laman sosial Facebook.

Hew Poh Yee, 18, tidak pulang ke pangkuan keluarganya sehingga hari ini selepas keretanya ditemui di Stesen Keretapi Ipoh, 11 Ogos lalu.

Ibu saudaranya, Annie Chan, 35, berkata, anak saudaranya menghilangkan diri bersama wang syarikat milik datuknya, Hew Hoon Yean, 67, berjumlah RM17,000.

"Kehilangan wang itu disedari selepas beberapa transaksi perbankan atas talian dipercayai dilakukan Poh Yee sejak 10 Ogos lalu.

"Malah, jumlah wang dilarikan itu termasuk mata wang Singapura dan Jepun yang disimpan bapa mertuanya di rumah kami," katanya.

Menurutnya, sebelum ini, Poh Yee mempunyai karakter yang baik, rajin membuat kerja rumah dan begitu menyayangi bayi tunggalnya yang berusia 18 bulan.

"Tapi, lepas dua kali dia ke Kuala Lumpur... dia mula tunjukkan perubahan sikap yang ketara. Dia selalu marah-marah dan abaikan bayinya tanpa belas kasihan.

"Kami sekeluarga jadi hairan dengan perubahan itu dan lebih mengejutkan dia sanggup larikan diri mengikut rakan Facebook," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Aduan BN Perak, semalam.

Difahamkan, Poh Yee dipelihara keluarganya selepas ibu bapa anak saudaranya itu meninggal dunia sejak dia berusia dua tahun.

Dalam pada itu, Chan turut meminta bantuan beberapa sahabat sehingga berjaya menjejak akaun Facebook milik rakan anak saudaranya itu.

“Melalui akaun Facebook itu, kami dapat melihat kemesraan mereka berdua, malah rakan anak saudara saya turut berjanji untuk membelikannya sebuah kereta BMW.

“Namun, kami mengesyaki, rakannya hanya menipu untuk menarik perhatian Poh Yee supaya terus bersama demi kepentingannya,” katanya.

Chan berkata, mereka sekeluarga kini buntu mahu mencari Poh Yee dan berharap ibu muda itu segera pulang ke rumah demi anaknya.

"Bayinya amat memerlukan Poh Yee... jadi, kami harap sangat Poh Yee dapat balik ke pangkuan kami segera.

"Kita juga harap pihak berkuasa dapat membantu mencari dan membawanya pulang dalam keadaan selamat," katanya.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Pusat Khidmat Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah menasihatkan orang ramai khususnya remaja supaya tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu kenalan baharu.

“Kita perlu berhati-hati jika baru berkenalan dengan individu di media sosial... kita tidak tahu latar belakang mereka," katanya.
-sinarharian-

Senarai nama 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan 6 yang belum dikesan

Kejadian kren tumbang yang dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda Mekah dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.

Berikut senarai nama 10 jemaah haji Malaysia yang cedera dan 6 lagi yang masih belum dapat dikesan yang dikeluarkan pihak Tabung Haji susulan insiden kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah, semalam.

Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk yang melanda Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain.

Jemaah Malaysia yang cedera:

1. Zainul Arifin Zulkifli (36 tahun) – Batu Caves, Selangor
2. Ahmad Muzafar Mamat@ Adam (39) – Bangi, Selangor
3. Mohd Nor Azman Hassan (44) – Cheras, Selangor
4. Noordin Wahab (59) – Kuala Terengganu
5. Abdul Razak Mahmood (61) – Tanah Merah, Kelantan
6. Mat Deris Mohd Noor (62) – Bachok, Kelantan
7. Mohd Sharif Meon (64) – Klang, Selangor
8. Faridah Mat Yacob (46) – Bachok, Kelantan
9. Rusiah Baba (50) – Cheras, Kuala Lumpur
10. Faridah Mansor (63) – Dungun, Terengganu

Jemaah yang masih belum dapat dikesan:

1. Siti Nurolshlizan Zolkifli (37) – Tanah Merah, Kelantan
2. Shahidan Saad (52) – Kodiang, Kedah
3. Rohana Ismail (54) – Kuala Krai, Kelantan
4. Abdul Habib Lahman (68) – Sik, Kedah
5. Zainun Taha (69) – Ampang, Selangor
6. Munah Jusoh (73) – Cherang Ruku, Kelantan. 
-Bernama-

Cara Bagaimana Mahu Dapatkan Telur Separuh Masak Yang Sempurna

Detikdaily
Masa kanak-kanak dahulu, ibu kami selalu masak telur separuh masak makan dengan nasi lemak. Masa kanak-kanak semua nampak mudah sehinggalah menjengah dewasa, baru kami tahu rupanya ada rahsia tertentu untuk dapatkan telur separuh masak yang terbaik.

Kali ini kami mahu kongsikan bersama anda bagaimana cara-cara untuk mendapatkan telur separuh masak atau telur rebus sempurna. Bagi membuktikan perkara ini betul, kami telah lakukan sendiri megikut kiraan masa yang sebenar.

Mula-mula, beli telur ayam sebanyak mana yang anda mahu.
5
Kemudian jangan lupa bersihkan dulu telur ayam tersebut ya. Kebersihan untuk anak-anak kita makan penting ya makcik, akak di rumah (baca dalam nada suara Chef Wan)
3
Bila sudah basuh, maka kita kena tentukan sama ada kita nak makan telur separuh masak atau mahu makan telur rebus sepenuhnya yang selalu makan dengan nasi lemak rendang itu.

Keadaan telur ayam direbus berbeza masa akan menghasilkan tekstur dalam telur yang berbeza. Tengok, kami ajar rebus macam ajar kelas Sains. Jika anda rebus telur dua minit, telur akan jadi macam ini
8
Siap boleh cicah lagi dengan serunding cheese roll kami
2
Jika anda masak dalam masa 4 minit sehingga 4 minit setengah, dapat telur yang macam ini, putih dia sudah cantik dan kuning dia masih lagi belum masak sepenuhnya. Lazat dah jika dapat yang ini pun.
10
Kami suka telur yang sudah masak sebegini, makan dengan sedikit kicap manis
9
Manakala jika anda masak dalam masa 8 minit, anda akan dapat telur ayam yang sudah masak sepenuhnya belaka. Sesuai untuk bagi orang masa kenduri kahwin

7
Telur ayam yang sudah masak sepenuhnya begini juga sesuai untuk dijadikan bahan dalam masak merah

1
Kami kongsikan dan terangkan kepada anda, antara kaitan masa dan juga tahap kemasakan telur dalam gambar di bawah ini.

Cara yang kami gunakan ini ialah dengan mendidihkan air sehingga menggelegak di dalam periuk. Kemudian, matikan api dan masukkan telur (set masa untuk dapatkan tekstur telur ayam kegemaran anda).

Tidak perlu tutup periuk. Malah periuk juga boleh dialihkan daripada dapur. Cara ini sesuai bagi mereka yang ada banyak kerja di dapur kerana tidak perlu menjaga api setiap masa.
4
2 minit
Putih telur belum lagi membentuk dan kuningnya masih mentah

4 minit
Putih telur sudah masak, tetapi kuningnya masih melekit-lekit

6 minit
Putih telur sudah masak, tetapi bahagian tengah kuningnya masih belum masak sehabisnya

8 minit
Putih dan kuning telur sudah masak, tapi kuning telur masih lagi lembut

10 minit
Okay, sudah masak sepenuhnya dan boleh berhenti gosip sementara tunggu telur ayam masak tadi

Selepas selesai masak, jika anda ingin kupas telur yang sudah rebus sepenuhnya tadi, ambil dan letakkan di dalam air sejuk untuk memudahkan proses tanggal kulit atau mak kita lebih suka panggil – “eh angah, tolong mak kopek telur ayam ni boleh” – saranan kami, pecahkan dari bahagian bawah dahulu
12
Bila sudah pecahkan dari bawah (bahagian bawah telur ayam ialah bahagian yang gemuk, bukan yang runcing itu)
11
Tetapi kupaslah macam mana pun, janji boleh makan. Biasanya kami kupas jadi cacat teruk telur. Bukan apa, jika molek-molek masak cantik, nanti ke dalam perut juga perginya.
6
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Merebus Telur
Perbezaan Suhu
Telur yang baru dikeluarkan daripada peti sejuk mengambil masa sedikit lama untuk masak.

Saiz Telur
Lagi besar saiz telur ayam tersebut maka lagi lama masa diambil untuk memasak

Kuantiti Air Menentukan Masa Merebus
Lagi banyak air, lagi pantas ia akan mengambil masa untuk merebus (berbeza mengikut jumlah telur) dan jika terlalu sedikit air, suhu air pula akan cepat jatuh maka akan menghasilkan telur yang tidak masak.

Kami biasa buat, letak air banyak sikit dari permukaan telur. Kiranya telur akan tenggelam sedikit lebih kurang 1 sentimeter (betulkan kami jika salah bab sukatan air ini).

Kesimpulannya ketika melakukan eksperimen memasak telur rebus ini, kita akan belajar daripada sukatan air sehinggalah masa rebusan yang tepat. Yang bab saiz telur itu memang ada kesan juga. Apa-apa pun, kami sangat mengalu-alukan perkongsian anda semua bagi mendapatkan hasil rebusan telur ayam yang sempurna.

Ini baru bab rebus telur, baru kami tahu betapa hebatnya ibu-ibu di atas dunia ini memasak. Nampak mudah pada luarannya tapi dari latihan rebus telur banyak kali jugalah kita akan belajar. Jom layan gambar apa yang anda boleh buat denga telur rebus orang kenduri kahwin bagi.

Telur masak merah makan sekali dengan kicap manis
telur4
Boleh juga masak kari atau gulai
telur2
Kami pantang jumpa nasi lemak rendang ada telur rebus
telur1
Jika anda gigih ingin tahu, cuba tanya mak cik jual nasi lemak bungkus, kami jamin dia ada tips yang lagi menarik
telur3

Jemaah Malaysia kongsi detik pilu tragedi Masjidil Haram

Sekurang-kurangnya 107 jemaah haji meninggal dunia manakala 184 mengalami kecederaan dalam kejadian semasa hujan lebat dan ribut pasir semalam apabila kren tumbang di Masjidil Haram, Mekah. – Gambar Reuters, 12 September, 2015.Kejadian kren tumbang di Masjidil Haram, yang menyebabkan lebih 100 orang terkorban dan beratus lagi cedera pada Jumaat petang (11 September), sungguh memilukan ketika hanya tinggal 11 hari lagi untuk jemaah haji berwukuf di Arafah yang dijadualkan 22 September ini.
Setakat ini, Tabung Haji mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia terkorban, hanya enam jemaah Malaysia dilaporkan cedera.

Beberapa jemaah haji Malaysia yang berada di Masjidil Haram ketika kejadian itu berkata mereka amat terkejut dan panik dalam kejadian yang sungguh memilukan seluruh umat Islam itu.

Menceritakan kejadian itu, Mahzan Misni, 49, berkata ketika kejadian, beliau sedang menunaikan solat sunat di Masjidil Haram.

"Tiba-tiba terdengar dentuman yang sangat kuat, saya ingatkan petir, selepas dentuman itu, suasana jadi kelam kabut, bahagian saie di tingkat satu menjadi gelap (dengan debu selepas kren tumbang), sejurus selepas itu saya lihat mayat bergelimpangan, terdapat jemaah haji yang berlumuran darah, darah mangsa yang maut terpercik mengenai pakaian mereka," katanya.

Beliau bersyukur selamat dalam kejadian itu yang hanya beberapa meter saja dari tempat kren tumbang itu.

"Selepas pulang dari masjid, semua rakan sebilik ada di penginapan hotel, Alhamdulillah, sepanjang jalan pulang, saya berdoa agar semua rakan sebilik saya selamat," katanya yang menginap bersama enam jemaah lain di Maktab 88, bangunan Abaj Al-Jandriah yang terletak 750 meter dari Masjidil Haram.

Pihak Tabung Haji (TH) turut membuat pemeriksaan dari bilik ke bilik di semua maktab penginapan jemaah Malaysia di Tanah Suci.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dalam sidang akhbar jam 8.45 malam (waktu Arab Saudi semalam; 1.45am pagi tadi waktu Malaysia) berkata pihaknya membuat pemeriksaan bilik ke bilik bagi menyemak senarai jemaah Malaysia di Tanah Suci bermula selepas waktu Isyak.

Kebanyakan jemaah haji Malaysia menunaikan solat Isyak di Masjidil Haram  sebelum pulang ke penginapan masing-masing selepas berada di masjid berkenaan sejak waktu Asar atau Zohor.

Mohd Razak Jaid, 59, jemaah haji Malaysia berasal dari Kepong berkata ketika kejadian beliau berada di tingkat dua, di kawasan saie berkenaan turut bertindak membantu jemaah haji lain yang nyata terpinga-pinga dengan kejadian itu.

"Saya sempat menarik seorang jemaah haji dari Thailand ketika berlaku runtuhan batu-bata selepas kren berkenaan menghempap kawasan saie itu, keadaan menjadi kelam-kabut, jemaah dari dalam kawasan saie, mahu berlari ke arah luar, manakala jemaah haji di kawasan luar, mahu masuk ke dalam," katanya.

Bekas pesara polis itu berkata dia turut melihat mayat-mayat yang bergelimpangan itu: "Saya tengok jemaah yang mati, melihat tanda atau tag yang mereka pakai, dalam keadaan kelam kabut itu, saya tidak nampak mayat yang memakai tag atau pengenalan sebagai jemaah Malaysia.

"Keadaan semakin tidak terkawal apabila jemaah mula berasak-asak mahu keluar dari kawasan kejadian, sungguh memilukan melihat mayat bergelimpangan," katanya.

Seorang lagi jemaah haji, Zaiton Isa, 57, berkata ketika kejadian, dia dan rakan sebiliknya Zurina Zakaria, 49, yang menetap di Abraj Al-Janadriah, sedang berada di tingkat dua di kawasan saie berkenaan.

"Tiba-tiba bunyi dentuman kuat, saya ingatkan bangunan runtuh, jemaah haji mula bersesak-sesak mahu keluar dari kawasan itu," katanya yang masih terkejut dengan kejadian yang tak mampu digambarkannya itu.

Zaiton berkata dia bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan berkenaan, dan bersyukur apabila tiba di luar masjid, rakan sebiliknya Zurina, berada di belakangnya.

Menurut pihak berkuasa Arab Saudi, setakat ini sekurang-kurangnya 107 orang meninggal dunia manakala 238 lagi cedera.

Sementara itu, Syed Saleh yang juga Pengurus Besar Kanan Tabung Haji (TH) berkata selain membuat pemeriksaan bilik ke  bilik, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di hospital-hospital Arab Saudi, sekiranya terdapat jemaah haji yang dibawa ke sana selepas kejadian itu.

Kejadian kren tumbang itu dilaporkan berlaku semasa hujan dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.
-malaysianinsider-

Video kren tumbang Di Masjidilharam: 107 Maut, 238 Cedera



RIYADH: Angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 lagi dilaporkan cedera.

Angka terbaharu itu dikeluarkan Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi, pagi Sabtu.

Ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam Jeneral Suleiman al-Amr berkata mangsa yang cedera dan meninggal dunia sudah dibawa ke hospital.

Insiden tersebut berpunca daripada angin kuat dan hujan menyebabkan kren bergoyang dan tumbang.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pentadbiran Masjidilharam Makkah dan Madinah, kren berkenaan tumbang di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di Kaabah.

Sebuah rakaman video di YouTube menyaksikan orang ramai menjerit dan bertempiaran lari sejurus insiden tersebut berlaku.

Turut kedengaran bunyi dentuman kuat.

Insiden tersebut berlaku kira-kira ratusan ribu umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji.

Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini enam jemaah Malaysia cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan Makkah itu.
-mstar-

Wartawan Australia dedah pengakuan Sirul (video)

sirul-altantuya-aljaazeera
PETALING JAYA: Seorang wartawan Australia yang menyiasat kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu telah diusir dari negara ini.

Al Jazeera dalam kenyataan rasmi menjelaskan May Ann Jolley dihalau kerana aktivitinya yang boleh menjejaskan imej Malaysia.

“Saya telah dihalau daripada Malaysia. Saya diiringi lima pegawai dan lelaki yang berpakaian tentera. Saya sedia untuk berlepas ke Sydney…Hakikatnya saya gementar,” kata Jolley ketika bersiaran dengan sebuah program 101 East.

Jolley telah diusir pada 14 Jun lalu.

Sepanjang berada di negara ini, dia menyiapkan dokumentari mengenai pembunuhan Altantuya.

Dia yang kini berada di Australia turut berjaya menjejaki anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar yang ditahan di negara itu.

Menurut laporan Al Jazeera, dalam siasatan yang dibuat Jolly, salah seorang saudara Sirul yang dikenali sebagai “Frank” mengingat semula perbualannya pada malam pembunuhan itu berlaku.

“Saya bertanya kepadanya, adakah engkau lepaskan tembakan, adakah kau buat?”

“ Saya katakan…kau ada pillihan, kau ada pilihan untuk mengelak dari terbabit biarkan keadaan itu berlalu,” tulis laporan itu.

Jolley juga mendedahkan bukti bahawa Sirul cuba mengugut dengan maklumat yang dia ada tentang siapa yang terbabit dengan pembunuhan itu.

Susulan perkembangan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.

“ Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) tidak kenal, tidak pernah jumpa, tidak pernah mempunyai sebarang bentuk hubungan dengan mendiang (Altantuya Shaariibuu),”petik kenyataan itu.
-fmt-

7 perogol jahanam

London: Mahkamah Bristol Crown Britain menjatuhkan hukuman penjara terhadap tujuh lelaki dengan seorang daripadanya selama 32 tahun kerana merogol dan mendera secara seksual bayi dan kanak-kanak serta berkongsi gambar dan video perbuatan itu melalui Internet.

Hakim Judge Julian Lambert berkata, mereka terbabit dalam perbuatan jenayah amat keji yang amat sukar dibayangkan manusia.

Lelaki terbabit berusia antara 30 hingga 51 tahun, dijatuhkan hukuman penjara antara dua hingga 32 tahun.

Agensi Jenayah Kebangsaan mula menyiasat kes itu pada September 2014 selepas seorang lelaki ditahan dan mengaku melakukan penderaan seksual kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Siasatan itu membawa kepada penahanan enam lagi lelaki.

Pihak berkuasa melindungi identiti tiga mangsa iaitu seorang bayi dan dua kanak-kanak. - AP
-hmetro-

Tunggu ulasan Nik Amar dan Ahmad Yaakub: Baiah Ahli Parlimen Tumpat ni jatuh talak ke tidak

MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR
Kamaruddin Jaafar, bekas MB Selangor sertai PKR
Kamaruddin Jaafar, bekas MB Selangor sertai PKR Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PKR hari ini.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini sah menyertai PKR.

Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat PKR, di sini, sebentar tadi.

"Pada hari ini kita mengalu-alukan dan berbesar hati dengan penyertaan Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib ke dalam keluarga besar PKR.

"Datuk Kamaruddin akan perkukuh dan memberdaya Pejabat Ketua Umum PKR. Beliau juga berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada presiden PKR dan timbalan," katanya pada sidang media di pejabat PKR, hari ini.

Menurut Wan Azizah, Muhammad Taib akan berperanan dalam Biro Penerangan dan Komunikasi khususnya demi mengangkat martabat masyarakat luar bandar termasuk komuniti Felda.

Sementara itu, Kamaruddin pada sidang media sama melahirkan penghargaan kepada Pas yang telah memberi kepercayaan kepadanya sepanjang berada dalam parti itu.

"Kejayaan dalam pilihan raya sejak 1999 hingga selepasnya adalah hasil kerjasama erat antara parti pembangkang.

"Komitmen saya untuk terus aktif dalam PKR. Saya telah menjalankan tanggungjawab saya ketika dalam Pas," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Taib berkata, PKR adalah parti paling tepat untuk pembaharuan dilakukan.

"Terima kasih sebab saya dipelawa masuk PKR. Negara perlukan pembaharuan dan PKR adalah parti yang baik untuk reformasi.

"Saya nak perkukuhkan PKR dan Amanah. Negara perlukan kerajaan alternatif yang baharu," katanya.
-sinarharian-
*Bila DR. Hatta dikatakan menyertai Parti Amanah beberapa hari lepas, berebut-rebut pemimpin PAS memberi komen tapi kes Datuk Kamaruddin Jaafar ni membuat pemimpin terkejut.

Kalau Nikah Eloklah Kahwin

A Kadir Jasin
TERIMA kasihlah kepada para pegawai media Jabatan Perdana Menteri (PMO) kerana terus membaca blog-blog anti-Mohd Najib Abdul Razak, termasuk blog ini.
Saya andaikan mereka baca kerana nampaknya mereka tahu yang kita, dari semasa ke semasa, menyebut nama orang yang sangat mereka gerun – (Datin Paduka Seri) Rosmah binti Mansor, dalam blog kita.

Salah seorang daripada pagawai propaganda itu berkata, blogger-blogger anti-Perdana Menteri menggunakan nama Rosmah untuk popularkan blog mereka.

Betul lah tu. Memang khalayak gemar membaca mengenai isteri Perdana Menteri. Dia telah berjaya mencipta satu pesona (watak) untuk dirinya yang menjadikan dia hampir-hampir setanding dan setaraf dengan suaminya.
Rosmah ada pesona tersendiri dan "a good read"
Sesiapapun yang belajar atau mengamalkan kewartawanan profesional tentu pernah dengar ungkapan “good read” (bacaan sedap). Rosmah adalah contoh ciri “good read.” Manakan tidak, apabila dia didakwa menghadiri taklimat rasmi kerajaan atau dilindungi anggota Cawangan Khas apabila membeli-belah.

Berkenaan taklimat rasmi, bukankah ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA)? Kalau ya, apakah isteri Perdana Menteri tidak tertakluk kepada OSA?

Bahasa dan Semantik

Apa pun, saya ucap terima kasih kepada penggilap imej PMO itu kerana memberi gelaran “nikah kahwin” kepada saya walaupun saya kurang pasti apa yang dia maksudkan dengan label itu.

Kalau dia menyindir dan menghina sekali pun saya tak kisah. Saya orang biasa saja. Orang yang bernikah dengan selebriti atau dengan wanita berkuasa itulah yang perlu berhati-hati. Takut ada cerita sensasi.

Nikah dan kahwin adalah hukum agama dan peraturan alam. Itulah yang dikehendaki Islam. Pasangan lelaki-perempuan bukan sekadar bernikah malah mereka digalakkan berkahwin untuk mendapat zuriat.

Malah ada negeri di Malaysia yang lafaz nikahnya berbunyi “aku nikah dan kahwinkan dikau...”

Bagi yang tak berapa faham bahasa dan semantik, nikah adalah lafaz kontrak perkongsian suami-isteri untuk menghalalkan mereka bersekedudukan. Kahwin pula adalah hubungan jenis lelaki-perempuan untuk kepuasan dan zuriat.

Pernah dengar durian atau rambutan kahwin? Durian dan rambutan tak nikah, tapi kahwin melalui proses pendebungaan bila debunga (pollen) bunga jantan bercantum dengan stigma bunga betina.

Tetapi ada juga kes di mana lelaki-perempuan bernikah, buat kenduri bagai nak rak kampung, gambar majlis penuh dalam blog, Facebook dan Instagram tapi mereka tak kahwin. Orang putih kata, the marriage is not consummated.

Ada yang bernikah untuk tutup mulut dan kaburi mata masyarakat kerana yang sebenarnya mereka tidak mampu “berkahwin” atau tidak minat “berkahwin”.

Ada suami tak mampu “berkahwin” akibat mati pucuk (impotency) manakala isteri pula rendah syahwat (low libido) atau dingin terhadap seks (frigid).

Kemudian ada pula yang selera seks mereka luar tabii. Misalnya si suami suka lelaki dan si isteri suka perempuan.

Jadi alhamdulillah lah bagi pasangan yang bernikah dan berkahwin sehingga mendapat cahaya mata.

Pakar perubatan dan psikologi mengatakan semakin ramai lelaki sekarang mati pucuk (impotence) ketika masih muda manakala wanitanya pula rendah syahwat atau dingin terhadap seks.

Satu kajian di Kanada di kalangan 3,921 lelaki berusia 40 hingga 88 tahun mendapati 49.4 peratus daripada mereka mengalami masalah mati pucuk atau dalam bahasa perubatan kontemporari “erectile dysfunction”.

Jadi saya tidak hairan kalau ada lelaki di Malaysia, mungkin juga di PMO, yang bernikah tetapi tidak berkahwin kerana sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Sebenarnya masalah mati pucuk, “erectile dysfunction” dan kedinginan seks boleh diubati dan diatasi melalui perubatan moden kecuali yang menderita “koro” yakni dikunci anunya! (Boleh dalami di sini).

Wallahuaklam.

kadirjasin.blogspot.m

Sudah sampai Hisbah ditubuhkan di Kelantan

Mohd Sayuti Omar
Ekoran berlaku beberapa kejadian yang menjejaskan kewibawaan kerajaan PAS Kelantan yang dikenali dan beriya-iya menunjukkan ia sebagai satu-satunya sebuah kerajaan Islam di negara ini, elok kalau kerajaan Kelantan dibawah pimpinan Ahmad Yaakub menubuhkan badan ombudsman yang dikenali sebagai Hisbah.

Ahmad perlu berjiwa besar.

Janji untuk menubuhkan Hisbah ini dibuat dalam manifesto pilihan raya PAS tahun 1990 lagi, tetapi sayangnya ia tidak dilaksanakan sampai kini. Satu masa bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan Kelantan tidak mampu untuk menubuhkan Hisbah kerana tidak mempunyai kepakaran.

Apakah selepas 25 tahun kerajaan Kelantan dibentuk, soal kepakaran itu masih belum diatasi? Kalau begitu ini bermakna cadangan untuk mewujudkan Hisbah itu adalah retorik semata-mata. Juga apakah kegagalan menubuhkan Hisbah itu bukan satu pemungkiran janji kepada rakyat?

Mungkir janji adalah sesuatu perbuatan dosa yang tidak seharusnya berlaku dalam pentadbiran dipimpinan para ulama muktabar.

Kepimpinan PAS baru yang "digegaki" dengan orang bertaraf ulama dan ustaz perlu memikir perkara ini dan kegagalan mewujudkan apa-apa yang dijanjikan satu perkara memalukan.

Keperluan badan pemantau atau penyiasatan itu ketika ini sangat-sangat diperlukan apabila banyak kejadian-kejadian yang boleh menjejaskan kredibiliti dan mencalarkan maruah sebuah kerajaan Islam seperti Kelantan itu berlaku. Orang akan persoalkan kenapa kejadian, timbul berbagai persepi mengenai penyelewengan dan salah laku kuasa masih berlaku dalam sebuah kerajaan Islam?

Kegagalan membendung itu sedikit sebanyak ia menyebabkan orang bukan Islam meragui kepada sistem yang diperkenalkan oleh Islam.

Inilah yang dikatakan Islam dikhianti oleh orang Islam sendiri. Atau orang Islam hanya pandai bercakap tetapi tidak tahu berbuat. Ia umpama bawang yang rosak kerana jambaknya.

Misalnya kes-kes mahkamah yang dibawa oleh pihak tertentu menyebabkan kerajaan negeri Kelantan terpaksa membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit, ia memberi imej buruk kepada kerajaan Kelantan. Kejadian itu menujukkan bahawa kerajaan Kelantan gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang adil, bersih dan berintegriti. Misalnya kes-kes saman menyaman di mahkamah disebabkan langgar perjanjian sepatutnya tidak berlaku.

Kes saman terbaharu oleh sebuah syarikat terhadap Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang menyebabkan kerajaan Kelantan perlu membayar lebih RM2 juta. Sebelum ini juga seorang pegawai kerajaan Kelantan telah membawa kes penamatan kerjanya kepada mahkamah perusahaan menyebabkan kerajaan kena bayar RM200 ribu. Selain itu berjujut lagi kes mahkamah yang dalam proses perbicaraan, semua kes itu memburukkan dan membusukkan kerajaan Kelantan.

Demikian juga penahan seorang CEO syarikat milik kerajaan Kelantan oleh SPRM dan disiasat beberapa hari memberi imej buruk dan ia menimbulkan persepsi kohong kepada kerajaan Kelantan. Kandatipun individu itu tidak didakwa, tetapi siasatan itu menunjukkan ada keraguan besar terhadap pegawai kerajaan yang dikepalai Ahmad Yaakub.

Sekiranya kerajaan Kelantan diurustadbirkan dengan baik mengikut prinsip Islam "sengoti" sudah tentu kejadian-kejadian itu yang lazim berlaku dalam kerajaan UBN itu tidak akan berlaku di Kelantan.

Sekiranya kerajaan Kelantan sudah memiliki badan itu pasti kejadian seperti dicontohkan di atas itu tidak akan berlaku ataupun ia mungkin dapat diselesaikans sebelum dibawa ke mahkamah sehingga menyebabkan kerajaan mengalami kerugian dan wang rakyat terpaksa dibakar begitu sahaja.

Jika diperhatikan kepada beberapa fungsi Hisbah seperti mana digariskan ia, sudah tentu dapat mengatasi masalah itu.

Antara tujuan Hisbah hendak ditubuhkan ialah

1. Melindungi dan memajukan nilai-nilai yang makruf dan membanteras yang mungkar.

2. Memulakan penyiasatan mengenai aduan rakyat terhadap kerajaan atau sebarang badan yang berkaitan.

3. Melindungi hak perseorangan.

4. Mengkaji semula tindakan dan keputusan pegawai kerajaan negeri dalam sesuatu perkara dan mengambil tindakan sewajar untuk membentuk tindakan yang salah laku, cuai atau yang terabai.

Jelas dengan berpandukan kepada garis matlamat itu penubuhan Hisbah itu sangat baik bagi menjamin wujudnya sebuah kerajaan yang telus dan berintegriti serta hak dan harta rakyat terpelihara dengan baik.

Misalnya mengenai fungsi nombor 4 itu cukup mustahak sekali. Hisbah akan membuat semakan ke atas apa-apa keputusan terhadap projek hendak dilaksanakan oleh kerajaan atau pun menyemak apa-apa tander berhubung kontrak kerajaan. Badan itu boleh membuat penilaian dan pengakuan yang segala keputusan ke atas sesuatu projek atau tander itu rasional dan tidak ada unsur-unsur penyelewengan. Cara ini ia boleh mengurang kebarangkalian berlaku ketirisan dan penyalahgunaan kuasa.

Keperluan ini sudah terdesak apabila akhir-akhir ini dikatakan banyak sudut dalam pentadbiran kerajaan Kelantan ternoda dengan penyelewengan, salah laku kuasa serta rasuah. Manakala keputusan berhubung dengan sesuatu projek kerajaan, misalnya penjualan aset kerajaan meragukan. Satu demi satu aset kerajaan Kelantan dijual ataupun dilupuskan. Sebab-sebab perlupasan semuanya kerana tidak berdaya maju dan kerugian. Kerugian itulah yang perlu diteliti oleh badan seperti Hisbah itu.

Ada sesetengah kontrak kerajaan, atau pun tander misalnya pembalakan yang seharusnya dibuat secara terbuka tetapi dilakukan secara tertutup. Bukankah tindakan itu boleh menimbulkan keraguan. Dalam kes-kes seperti inilah Hisbah boleh memainkan peranan dan berfungsi.

Begitu juga dalam kes penganiyaan mana-mana rakyat di Kelantan yang terlepas pandangan atau pun individu berkenaan gagal mendapat keadilan, ianya boleh dipantau oleh Hisbah ini. Pendeknya Hisbah adalah suatu cadangan yang sangat baik bagi menatijahkan kerajaan Kelantan berfungsi mengikut lunas-lunas Islam sejati.

Sudah sampai masanya untuk MB Kelantan, Ahmad Yaakub memikir serius untuk menubuhkan badan ini. Dengan adanya berbagai tuduhan, telahan terhadap kerajaan dan juga di kalangan wakil rakyat, maka kewujudan Hisbah sangat-sangat diperlukan.

Apa lagi dizaman fitnah sudah masuk ke peringkat gila ini, dengan meluasnya media baharu dimana fitnah atau adu domba boleh dimainkan bila-bila masa dan di mana sahaja, kewujudan Hisbah sangat-sangat diperlukan.

Malahan Ahmad Yaakub sendiri sudah dituduh dengan pelbagai tohmohan buruk berhubung dengan pembinaan rumah-rumah bagi anak-anaknya. Kalau Hisbah ada, badan itu boleh membuat pengesahan atau pun penyucian terhadap tuduhan ini.

Berapalah sangat peruntukan untuk menguruskan badan ini. Kalau kerajaan negeri boleh membenarkan setiap PBT di Kelantan menggunakan wang ratusan ribuan setahun untuk membuat lawatan ke luar negeri yang lebih kepada makan angin dan berselfie dengan anak isteri, elok peruntukkan itu ditarik balik dan dikhas untuk badan pemantau ini.

Ahmad Yaakub boleh melakukannya kalau dia berjiwa besar. Dan kalau Ahmad berjaya menubuhkan Hisbah beliau akan dilihat sebagai MB yang mementingkan kepada ketelusan dan kebersihan pentadbirannya, dan secara tidak langsung juga beliau berjaya memecah rekod Nik Aziz yang menjadi MB selama 23 tahun tetapi tidak berjaya menubuhkan Hisbah. [wm.kl.7:23 pm 08/09/15]

Lebih 100 peguam sertai Amanah tubuhkan biro undang-undang

Sekumpulan lebih 100 peguam yang diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.

Lebih 100 peguam menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), ketika parti politik yang akan dibentuk secara rasmi tidak lama lagi itu dalam proses menjadi sebuah badan yang dianggotai para profesional menjelang pelancarannya dijadualkan minggu depan.

Diketuai Fazaruddin Sujairi Md Radzi, kumpulan peguam itu menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Pengerusi Amanah Salahuddin Ayub pada satu majlis di Taman Melawati hari ini.

Kebanyakan mereka bekas ahli PAS, selainnya terdapat juga bekas ahli badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan bakinya adalah pemerhati pada perhimpunan Bersih 4 bulan lalu.

Peguam-peguam ini akan membantu dalam pembentukan biro undang-undang Amanah sebelum parti itu dilancarkan 16 September ini.
-malaysianinsider-

HANGAT!! Datuk Kamarudin Jaffar dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib sertai PKR

ZULKIFLI SULONG
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dijangka membuat pengumuman meninggalkan PAS dan menyertai PKR hari ini.  
Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dijangka akan meninggalkan PAS dan menyertai PKR.
Bekas setiausaha agung PAS itu dijangka membuat pengumuman itu pada satu sidang media hari ini.

Turut serta dijangka menyertai PKR ialah bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Seorang blogger politik, Sayuti Omar, turut melaporkan desas-desus ini hari ini namun tidak menyebut nama ahli politik berkenaan.
Kamarudin ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan berita ini kemudiannya.

Dalam sidang media hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengumumkan penyertai Kamarudin dan Muhanmad.
Kamarudin diberikan mandat menjadi pengarah politik dan polisi PKR serta memberi nasihat kepada pejabat presiden dan timbalan presiden.

Sebelum menyertai PKR, Kamarudin adalah setiausaha agung PAS dari tahun 2004 hingga 2008 dan kini beliau ahli Parlimen Tumpat untuk penggal ke-4.

Ketika itulah, Kamarudin yang mempunyai hubungan rapat dengan Datuk Serti Anwar Ibrahim sejak dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) aktif menubuhkan Pakatan Rakyat.

Penyertaan Kamarudin ke dalam PKR mengejutkan banyak pihak kerana beliau sebelum ini dilihat aktif dengan pertemuan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

Bahkan pertemuan pertama Gerakan Harapan Baru dibuat di rumahnya di Kuala Lumpur.
"Kita perlu memperkasakan Pakatan dan saya akan menyokong Amanah juga," katanya merujuk kepada Amanah yang sedang dibentuk melalui pengambilalihan Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Muhammad pula dalam sidang media yang sama memaklumkan beliau akan terus menyokong Amanah walaupun menyertai PKR.
-malaysianinsider-

---------------------------------
Mohd Sayuti Omar
Seperti mana yang telah dibayangkan semalam, dua orang penting Pas akan meninggalkan parti agama itu, pagi ini ia telah menjadi kenyataan. Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar dan Muhammad Mohd Taib telah diumumkan kemasukan mereka ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu majlis ringkas di ibu pejabat parti berkenaan di Damansara yang dihadiri pimpinan tertinggi PKR.

Penyertaan kedua mereka ini walaupun sudah dijangka oleh Pas tetapi memberi kesan psikolgis yang tinggi kerana mereka tidak memilih PAN, parti baru yang diasaskan tetapi memilihi PKR.

Kamaruddin sebelum ini adalah Setiausaha Agung Pas dan pernah menjawat jawatan Ketua Pengarah Urusan Harakah, akhbar rasmi Pas. Dalam muktamar lepas beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai ahli jawatankuasa kerja Pas.

Sementara Muhammad Taib pula adalah pemegang jawatan Naib Ketua Penerangan Pas sessi lalu. Beliau keluar daripada Umno dan memilih Pas kerana menjangka parti itu bakal menjadi sebuah parti progresis dan alternatif kepada Umno. Namun ternyata pergolakan dalam Pas, penyingkiran golongan profesional menyebabkan beliau mulai tawar hati dan tidak yakin dengan Pas.

Sehubungan penyertaan mereka, kedua-dua mereka diberi jawatan penting. Kamaruddin diberi tanggungjawab untuk memperkukuhkan PKR dengan dilantik sebagai Pengarah Politik dan Dasar. Kamaruddin sudah pasti diharap akan merangka dan menggariskan dasar PKR yang jelas yang sekaligus menjadi idelogi parti berkenaan.

Selama ini PKR dilihat parti yang tidak ada ideologi (liberal) dan bergerak atas semangat untuk menuntut keadilan dan kebenaran, bersama dengan tuntutan membebaskan Anwar Ibrahim yang dianiaya di penjara. Kamaruddin juga merupakan rakan sepejuangan Anwar semasa dalam Abim dan seorang rakan setia Anwar sepanjang masa.

Manakala Muhammad Taib pula diberi tanggungjawab untuk membina kekuatan PKR di kawasan luar bandar khususnya mendekati dan membela nasib peneroka Felda. Dengan pengalamannya yang ada kepadanya selaku bekas MB Selangor dan Menteri, beliau diharap dapat menarik perhatian rakyat kepada PKR.

Penyertaan kedua veteran politik itu sudah pasti akan menyuntik semangat dan kekuatan kepada PKR. Signifiken kepada kehadiran mereka adalah untuk memperkukuhkan parti itu yang dilihat seperti kehilangan arah sejak Anwar diringkukkan dalam penjara. Kemunculan pemimpin muda yang diberi peluang melonjakkan parti itu dilihat kurang berjaya.

Tahniah dan syabas kepada Kamaruddin dan Muhammad Taib.

Pelajar rakam perbuatan jijik pengetua, guru

Swansea: Seorang pelajar merakam perbuatan jijik seorang pengetua dan guru leka memadu asmara di sebuah sekolah dan memuat naik video rakaman berkenaan dalam YouTube.

Perkara itu terbongkar selepas video bunyi rengekan Graham Daniels, 51, serta guru wanita terbabit, Bethan Thomas, 37, ditonton oleh pelajar mereka.

Susulan perlakuan tidak senonoh mereka yang berlaku di pejabat Daniels, satu inkuiri disiplin telah diadakan dan jika didapati bersalah, mereka boleh disingkirkan daripada jawatan terbabit.

Selain itu, pendaftaran mereka sebagai pengajar juga boleh ditarik balik.

Kejadian itu berlaku di sekolah Bryntawe Comprehensive di Swansea.

Menurut pegawai daripada jawatankuasa gerak kerja pendidikan, Louise Price, kedua-duanya mempunyai hubungan meskipun Daniels sudah berkahwin.

“Perlakuan seks itu telah dirakamkan oleh pelajar yang kemudiannya berkongsi dengan pelajar lain.

“Perbuatan ini jelas tidak boleh diterima antara dua pengajar profesional di kawasan sekolah ketika pembelajaran,’’ katanya.

Jelas Price, apabila mengetahui video berkenaan dimuatnaik dalam media sosial, Daniel kemudiannya memanggil pelajar itu ke rumahnya dan meminta dia menarik balik rakaman video terbabit.

Pelajar itu akur dan berbuat demikian.

Pendengaran kes itu bersambung./klpost 

Che Ta jawab isu gambar separuh 'bogelnya'

Che TaKuala Lumpur: Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, menafikan bahawa gambar separuh bogel seorang wanita yang tersebar di laman sosial adalah dirinya.
Gambar yang dipercayai menggunakan proses tindanan itu memaparkan wanita dengan raut wajah seiras pelakon itu dalam keadaan tidak berbaju dan menampakkan payu dara.

“Kakak saya telah menghantar gambar separuh bogel itu kepada saya minggu lalu. Namun saya sama sekali tidak terkejut dengan gosip sebegini kerana segala-galanya tidak mustahil di zaman teknologi sekarang.

“Saya bukan muda lagi untuk melakukan perbuatan sedemikian, malah saya juga sibuk bekerja, tiada masa untuk berbuat begitu. Saya tidak terkesan dengan penyebaran gambar itu kerana saya tahu itu bukannya diri saya,” katanya.

Che Ta berkata, beliau tidak pernah merakamkan gambar dalam keadaan memalukan seperti mana yang tersiar dan percaya peminat masa kini lebih bijak berfikir dan tidak membuat kesimpulan dengan begitu mudah terhadap perkara negatif sebegitu.

Katanya, berkata, beliau turut memaklumkan mengenai gambar itu kepada suaminya, Zain Sain dan mereka menganggap ia sebagai perkara lucu kerana tahu gambar itu tidak benar sama sekali.

“Saya tunjuk kepada Zain pun dia tergelak. Lucu melihatkan kreativiti sesetengah pihak menggunakan teknik ‘superimpose’ kelihatan seperti benar.

“Namun apa yang penting, kami sendiri tahu perkara ini tidak benar. Saya enggan melatah kerana bukan pertama kali perkara begini terjadi kepada saya,” katanya.
-bhonline-

Najib ganggu siasatan itu bukti RM2.6 bilion wang haram - Mahathir

Tun Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didapati secara haram.

“Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.

“Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan,” kata Mahathir.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir membangkitkan isu pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan perkara itu.

“Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini,” katanya.

Pasukan itu meliputi empat badan penting, iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

Mahathir berkata majoriti rakyat kini “benci” dan menolak Najib sebagai perdana menteri kerana tidak dapat menerima penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke akaunnya itu derma orang Arab.
-malaysiakini-

PANAS!!! Kerajaan Kelantan Bermasaalah?: Surat Husam Musa kepada MB Kelantan

Husam Musa
Pagi ini saya membaca berita mengenai Kedudukan Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) diperintahkan membayar sebanyak RM 2.3 juta kepada Encik Tien Chuan Sen.
Ini ekoran keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan KPK terhadap dua keputusan asal Mahkamah Tinggi Kota Bharu ke atas tuntutan yang dibuat Encik Tien sejak 2013.

Ia menggerakkan saya untuk bertanya lebih lanjut beberapa isu mengenai KPK supaya saya selaku ADUN dan rakyat Kelantan keseluruhannya mengetahui kedudukan sebenar KPK sekarang.

A. Penyerahan Konsesi Tebangan KPK

Saya difahamkan kawasan konsensi KPK dengan kuota tebangan sebanyak 2,000 ekar setahun diserahkan kepada sebuah syarikat iaitu Souncern Timber Sdn Bhd.

Saya difahamkan Souncern Timber dikehendaki membayar pulangan kepada KPK hanya sebanyak RM 1,700 seekar. Ini bermakna, untuk kawasan konsensi seluas 2,000 ekar, KPK hanya akan mendapat RM 3.4 juta!

Ditambah sedikit dengan hasil sewaan kilang KPK kepada Souncern sebanyak RM 30,000 sebulan atau RM 360,000 setahun sahaja!

Pertanyaan saya ialah:
i. Adakah pemilihan syarikat kontrak tebangan konsensi penuh KPK ini dibuat secara tender terbuka atau tidak?

Jika tidak, apa kriteria yang digunakan untuk memilih syarikat ini?

ii. Kenapakah bayaran yang diterima KPK hanya RM 1,700 seekar?

Adakah konsensi yang diberikan termasuk hutan dara?

Semakan saya di pasaran menunjukkan, bagi kawasan KPK yang dikira prime dengan sebahagian mengandungi kayu prime seperti meranti merah, ia boleh mencapai sebanyak RM 4,000 hingga RM 5,000 seekar atau lebih. Lebih-lebih lagi bila kawasan yang luas seperti itu diberikan.



iii. Adakah penilaian dibuat terhadap kawasan konsensi yang diserahkan kepada Souncern?

Berapa nilaian itu?

Siapa melaksanakan nilaian tersebut?

Jika nilaian tidak dibuat, mengapa?

iv. Memandangkan kedua-dua anak syarikat Souncern Timber Sdn Bhd yang berurusan dengan KPK dari segi tebangan, pengilangan dan penanaman ladang atas tanah KPK iaitu KPK Sk Timber Sdn. Bhd. dan KPK Sk Plantations Sdn. Bhd. dimiliki 70% Souncern, siapakah pemilik 30% lagi saham bagi kedua syarikat tersebut?

Apa tujuan Souncern menubuhkan anak syarikat dengan kaitan nama KPK ini?

v. Memandangkan Souncern ada menubuhkan syarikat perladangan atas nama KPK Sk Plantations Sdn. Bhd.,adakah Souncern juga akan diberikan konsensi membuka ladang atas tanah-tanah KPK?

Jika ya, berapa keluasannya? Apakah terma-termanya?

Adakah ini juga bermakna Souncern akan diberikan hak untruk menebang habis mana-mana kawasan yang diberikan kepadanya? Jika benar, tentulah bayaran hanya sebanyak RM 1,700 seekar akan menjadi teramat rendah berbanding jumlah balak yang dikeluarkan melalui tebangan habis.
Pohon penjelasan.

B. 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Rakyat Kelantan

Seingat saya, kerajaan memutuskan untuk KPK mendedikasikan kawasan konsensinya seluas 20,000 ekar untuk Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan sekitar tahun 2012.

Kerajaan mengarahkan pengurusan KPK melaksanakan tender terbuka di mana dianggarkan harga tawaran antara RM 3,000 hingga RM 5,000 seekar. Dengan itu, KPK boleh mengutip anggaran antara RM 60 juta hingga RM 100 juta.

RM 50 juta adalah dikhususkan kepada Dana Perumahan berkenaan.

Saya difahamkan, hingga kini, sumbangan KPK dari kawasan berkenaan untuk Dana Perumahan adalah kosong sedangkan kelulusan kawasan berkenaan bertukar tangan dan segala macam didengar mengenai bagaimana ia diuruskan.

Melalui surat ini, saya mohon satu penjelasan terperinci apa yang terjadi kepada kawasan berkenaan.

Saya juga ingin tahu, selepas hasrat kerajaan gagal sepenuhnya bagi kawasan berkenaan, adakah pemeriksaan odit forensik dilakukan untuk mengesan kesilapan atau salah guna mungkin berlaku?

Apa hasil semakan odit itu?

Apa firma odit yang melakukannya?

Jika belum dibuat, adakah kerajaan bercadang berbuat demikian?

Jika odit forensik akan dilakukan, saya mencadangkan beberapa projek KPK yang terbengkalai dan membazir turut sama diperiksa. Seperti Bandar Baru Dabong yang terbengkalai dan berbagai perbelanjaan/pelaburan hangus KPK ke atasnya, pembinaan galeri pameran di Stong yang tidak digunakan dan pembinaan pejabat baru di Stong yang berakhir dengan VSS hampir semua staf kini dan lain-lain.

Pemeriksaan odit ini adalah penting untuk membersihkan nama baik Kerajaan dan kegunaan YAB untuk menapis mana-mana elemen yang merosakkan aset-aset Kerajaan negeri bagi mengelakkan kerosakan yang lebih banyak.

C. Saya difahamkan, ada satu lagi kes saman yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi sekarang dengan tuntutan RM 7 juta.

Saya berharap, Lembaga KPK dan Lembaga PKINK tidak memandang remeh tuntutan seperti ini. Jalan penyelesaian yang sebaiknya harus difikirkan supaya ianya tidak merugikan Kerajaan.

Saya difahamkan, baik kes yang sedang berjalan mahu pun kes di mana KPK sudah kalah, semuanya adalah kes yang mudah dan lurus berkait jual beli pembalakan yang biasa.

Saya tidak faham mengapa KPK tidak boleh menguruskan dengan sebaiknya.

Jiika KPK tewas sekali lagi dan diperentahkan membayar RM 7 juta, pendapatan dua tahun KPK dengan menyerahkan konsensi kepada Souncern tidak cukup untuk membuat pembayaran itu!

D. KPK satu masa dulu adalah syarikat flagship kepada PKINK dan juga Kerajaan Negeri.

Dengan kawasan konsensi yang begitu luas, bernilai dan strategik, ia berakhir dengan menjadi kucing yang keletihan.

Kenapa ini boleh terjadi?

Saya difahamkan dengan perkembangan terbaru ini, semua kakitangan KPK kecuali kurang dari sepuluh orang, diberikan pemberhentian pilihan. Pemberhentian kerja pilihan ini akan menambahkan rakyat tanpa pekerjaan di negeri kita.

E. Saya yakin YAB berpegang kepada prinsip akauntabiliti sebagai satu dari teras UMI di bawah dasar Membangun Bersama Islam.

Tentulah tidak keberatan untuk YAB menjelaskan beberapa persoalan yang saya bangkitkan ini.
Mengambil kesempatan ini juga, suka saya sebutkan dua surat saya masing-masing kepada YB Datuk Haji Hanipa Ahmad (surat kedua) dan Tuan Pengarah Jabatan Perhutan Negeri sejak pertengahan Ogos lalu mengenai isu tebangan haram di Ulu Sat masih belum berjawab.

Surat itu disalinkan juga sebelum ini kepada YAB.

Saya pohon YAB ingatkan mereka untuk bersikap telus dan bertanggung jawab dengan menjawab surat saya.

Perhatian YAB terhadap surat saya ini sangat saya hargai.

Saya menunggu jawapan balas dari YAB.

Sekian. Terima kasih.