AG Kantoi: Nak tutup yang atas, terdedah pula yang bawah... (Gambar)

Tranungkite
Ketika sesi sidang media Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kes SRC dan RM2.6 bilion, secara tak sengaja beliau telah mempamerkan sehelai dokumen (carta alir) yang disediakan oleh SPRM menunjukkan transaksi yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.

Yang hendak ditutup ialah siasatan berkaitan RM42juta SRC dan RM2.6 bilion tetapi secara tak sengaja, AG pamerkan pula transaksi RM33 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang disalurkan melalui beberapa buah syarikat, masuk ke akaun peribadi Najib yang tidak pernah diwar-warkan sebelum ini..
Dokumen (carta alir) yang dikemukakan oleh SPRM merekodkan pemindahan wang sebanyak RM33juta ke dalam dua (2) akaun peribadi milik Najib.

Wang ini disalurkan melalui syarikat-syarikat yang telah membuat pinjaman sebanyak RM4bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP).

Sebanyak RM3.2juta telah dibelanja menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard ketika di Eropah pada bulan April 2014.

Tersilap tayang.. kan ke dah kena zoom!

Selalunya, 'whistle blowers' yang bocorkan maklumat, tapi kali ini AG Apendi Ali sendiri yang dedahkan di khalayak ramai dokumen siasatan SPRM!

Dokumen transaksi RM33 juta berkenaan sekali gus telah MEMBUKTI dan MENGSAHKAN bahawa memang betul terdapat perbelanjaan mewah lebih RM3 juta menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard pada bulan Ogos 2014. Wang KWAP milik awam (bukan derma Tok Arab) digunakan untuk shopping sakan sekeluarga.. Tak salah juga ke?

Selain itu, terdedah pula transaksi sebanyak RM23,520,810 yang telah dipindahkan kepada 17 akaun penerima... Siapakah mereka-mereka yang menjadi penerima bertuah ini?

Transaksi yg tidak pernah ditimbulkan sebelum ini tiba-tiba didedahkan sendiri secara tidak sengaja oleh AG Apendi Ali ketika sidang media untuk menutup kes SRC dan RM2.6 bilion. Apa nak dikata....

RM6juta + RM27juta = RM33juta dikreditkan ke dalam dua (2) akaun peribadi...
RM23.5juta diagihkan kepada 17 penerima bertuah.

RM3.2juta dibelanjakan guna Visa & Mastercard.. Masih berbaki RM6.3juta.. Tak seronok ke?

Sebab itu, kita melihat SPRM amat bertegas mahu mendakwa Najib namun telah digagalkan oleh AG Apendi Ali. Dengan terdedahnya dokumen ini secara tidak sengaja, pasti Rakyat sudah mendapat bukti yang jelas memang ada kes untuk mendakwa Najib dan dibicarakan.

Namun, dalam keadaan sekarang di mana kuasa menentukan sesuatu kes itu sama ada dibawa untuk pendakwaan di mahkamah adalah hak mutlak Peguam Negara, bolehlah kita jangka, perkara ini tidak akan ke mana-mana.

Hanya dengan pertukaran kuasa Kerajaan Pusat dan pertukaran Ketua Setiausaha Negara dan semua ketua agensi pelaksana dan penguatkuasaan, Insya Allah segala kes penyelewengan ini akan dapat disemak semula. Sama-samalah kita berdoa.

Apa-apa pun, syukur atas pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka dengan pendedahan AG ini. Jika mereka masih mahu berterusan mencabar kekuasaan Allah, silakan....

Sekadar berkongsi info kerana isu ini sudah mula diperkatakan di luar sana.

------------------------
Sehebat mana perancangan manusia, tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT. Langsung tiada rasa malu atau takut kepada kekuasaan Allah Azza Wajalla yang dapat memberikan balasan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.

Innahum yakii dunakaidan wa'akiiduukaida (Sesungguhnya mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah membuat perancangan (tipu daya juga.)) - At Toriq ayat 15&16

Pendedahan asal yang terperinci, sila rujuk di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan