Guru gadai nyawa demi murid (Gambar)

Guru
Beijing: Seorang guru koma selepas sempat menyelamatkan anak muridnya daripada dirempuh motosikal yang dibawa laju di depan sekolah mereka.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan kejadian jam 1.05 petang (waktu tempatan) pada 16 Disember lalu itu dengan guru berkenaan, Xu Meirong, 50, dilihat bersama empat muridnya melintas jalan di depan sekolah mereka di Huanggang, tengah China.

Jalan itu tiada lampu isyarat, dan apabila mereka tiba di tengah jalan kelima-limanya kelihatan terpaku seolah-olah terkejut melihat sesuatu yang datang dari arah kanan mereka.

Dua murid berkenaan terus berlari semula ke kaki lima, manakala dua lagi tidak bergerak kerana terkejut.

Tiba-tiba sebuah motosikal dilihat meluru ke arah mereka. Xu pantas menolak seorang muridnya sambil memberi isyarat supaya motosikal itu berhenti, tetapi penunggangnya tidak mengendahkannya dan terus merempuhnya sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, Xu cedera teruk di kepala, tetapi kini dilaporkan stabil.

Penunggang motosikal terbabit dikenal pasti bernama Liu, 24, didakwa mabuk ketika kejadian.
-kualalumpurpost-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan