Kronologi serangan di Indonesia (video)

Seorang anggota polis yang cedera akibat serangan bom terghadap pondok polis dibawa ke ambulans. - Foto EPA

Orang ramai melihat lokasi mayat mangsa serangan bom di Jakarta, petang tadi. Kumpulan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.
Jakarta: Kawasan sekitar Jalan Thamrin di sini, kecoh selama lima jam akibat serangan bom sehingga polis mengesahkan kawasan itu selamat namun sejak bom pertama diletupkan sehingga pertempuran antara polis dengan penyerang berakhir, masa kejadian itu hanya 30 minit.

Tembakan yang kedengaran selepas serangan bom itu sebenarnya hanya tembakan oleh polis manakala penyerang tidak membalas tembakan, tiada pertempuran.
Berikut kronologi ringkas kejadian.

Kira-kira jam 11:50 pagi waktu Malaysia, seorang pengebom memasuki Starbucks dan meletupkan dirinya. Hanya dia yang terbunuh. Seorang pelanggan, rakyat Kanada, berlari keluar dan dia ditembak dua penyerang yang menunggu di luar. Seorang rakyat Indonesia yang cuba membantu, cedera ditembak dan penyerang kemudian berlari ke panggung wayang berhampiran.

Tidak lama kemudian dua lelaki bermotosikal tiba dan berlari masuk ke dalam pondok polis berhampiran serta meletupkan diri mereka, membunuh kedua-duanya serta seorang rakyat Indonesia.

Tidak lama kemudian dua lelaki bersenjata di panggung wayang itu menyerang polis dan berlaku tembak menembak selama 15 minit yang berakhir dengan kedua-dua penyerang terbunuh.

Menurut saksi, dua penyerang itu bukan mati akibat tembakan polis tetapi meletupkan diri mereka. 
-AP/hmetro-



Dua orang awam antara yang dipercayai maut dalam serangan di Jakarta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan