Buskers Berang:# Bini aku kena raba, menteri buat apa?

Gara-gara kerana terlalu berang dengan seorang lelaki yang dipercayai warganegara Nepal yang didakwa mencabul kehormatan isterinya, vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa membelasahnya sehingga pengsan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan dalam membanteras jenayah yang melibatkan warga asing.

Katanya, kejadian yang berlaku terhadap isterinya itu membuktikan bahawa kebanjiran warga asing di Malaysia menyebabkan negara ini sudah tidak lagi aman.

"Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?

"Isteri saya yang bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul," katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Dang Wangi selepas selesai membuat laporan polis malam semalam.

Malaysiakini sedang menghubungi Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi mendapatkan ulasan mereka.
-malaysiakini-

# Bini aku kena raba, menteri buat apa?
Adam Abu Bakar
KUALA LUMPUR: “Bini (isteri) aku kena raba, korang (menteri) buat apa?” soal vokalis pemuzik jalanan Genji Buskers, Mustam Mustapa apabila isterinya dicabul oleh lelaki yang dipercayai warga Nepal.

“Bapak-bapak menteri sekalian, anak ‘korang’ mungkin ada ‘bodyguard’ (pengawal peribadi). ‘Kitaorang’ rakyat jelata marhaen, biasa ni nak jalan sudah tidak selamat. Hendak cari makan dah tak selamat.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setelah selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, malam tadi.

Dalam kejadian di pusat membeli belah Sogo sekitar jam sembilan malam, maruah isterinya diaibkan semasa mereka sedang bersiap mencari rezeki.

“Isteri saya yang dalam keadaan bertudung litup ini menjadi mangsa dipeluk, dicabul.

“Jangan fikir levi lah,” pesannya kepada kepimpinan negara dalam nada tegas, merujuk kepada rancangan pemerintah untuk membawa masuk pekerja warga Bangladesh ke negara ini. Dilaporkan 1.5 juta warga Bangladesh telah berdaftar untuk merebut peluang bekerja.

“Jangan fikir untunglah, fikir rakyat Malaysia. Kita nak hidup,” ujarnya.

“Harap pak menteri semua ambil tindakan lah ya, saya sudah buat laporan polis. Saya tak nak f**k government, saya (hanya) nak hidup aman damai. Malaysia dah tak aman!”
-fmt-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan