Soalan maut buat Najib dan SPRM


KM: Penjual rumah sudah tampil, penderma RM2.6b bila?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terus mengecam pihak yang cuba mengaitkan dakwaan rasuah ke atasnya berhubung pembelian sebuah banglo yang dikatakan di bawah harga pasaran.

Lim yang juga adalah setiausaha agung DAP, berkata beliau tidak mempunyai apa-apa yang mahu disorokkannya begitu juga dengan wanita yang menjualnya rumah itu kepadanya pada harga RM2.8 juta.

Beliau sebaliknya menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai sasaran dan menyoal bila penyumbang derma politik RM2.6 bilion dari keluarga diraja Arab Saudi seperti yang didakwa itu akan tampil.

"Orang yang menjual rumah tersebut kepada saya telah tampil ke hadapan. Orang yang derma RM2.6 bilion itu masih tidak kelihatan.

"Saya mengamalkan semua peringkat akauntabiliti yang tidak dipatuhi oleh pemimpin-pemimpin BN," katanya pada sidang media di lobi parlimen.

Bekas pemilik rumah Lim, seorang ahli perniagaan Phang Li Koon sebelum ini membuat akuan bersumpah (SD) bahawa penjualan rumahnya kepada ketua menteri itu adalah secara rela dan dan menafikan sebarang kaitan dengansebuah syarikat yang mempunyai urusan dengan kerajaan negeri.

SD beliau dibacakan oleh exco kerajaan Pualu Pinang, Phee Boon Poh yang juga mempunyai pertalian darah dengan ahli perniagaan itu.

Lim berkata Phang tidak membaca SD itu sendiri kerana beliau tidak mahu berjumpa dengan media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan