Ha.. ha.. ha... Beginilah caranya mengajar syarikat telekomunikasi: CEO MAXIS merayu rakyat malaysia jangan tinggalkan Maxis

CEO MAXIS Merayu Supaya Rakyat Malaysia Terus Sokong Maxis
Tranungkite
Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.

Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati untuk menjaga hubungan dengan pelanggan.

Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan MAXISOne baharu tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.

Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.

Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.

Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.

Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu perlahan untuk memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.

Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.

“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan setiasa bersama mereka,” katan ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara, lapor akhbar itu lagi.

Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.

Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, DiGi Telecommunications Sdn Bhd menambah seramai 450,000 pelanggan baharu sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.

Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan,Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang Facebook secara langsung pada 8 April lalu.

KUALA LUMPUR - Susulan viralnya luahan kekecewaan para pelanggan Maxis yang mendakwa mereka mengalami kerugian bila melanggan pakej pelan MaxisOne, Maxis tampil memberikan kenyataan sebentar tadi melalui video siaran langsung di Facebook rasminya.

'Jika Saya Terus Guna Maxis Untuk 13 Bulan Lagi, Sayalah Manusia Yang Paling Bodoh'

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal menjelaskan bahawa, mereka mendengar dan memahami segala persoalan pelanggan Maxis, bukannya berdasarkan pada tinjauan dan statistik sahaja.

"Kebelakangan ini, pusat panggilan dan laman media sosial kami dipenuhi dengan maklumbalas dari pelanggan Maxis yang marah, kecewa dan tidak berpuas hati. Kami akui situasi ini mendatangkan kerisauan pada kami.

"Perubahan pasaran semasa ke atas permintaan data yang tinggi telah mendorong Maxis untuk menyediakan tawaran terbaik untuk pelanggan. Namun, kami telah mengambil masa yang terlalu lama demi menambah lebih banyak ciri-ciri hebat selain dari kuota tambahan.

"Sementara menyempurnakan pelancaran pelan ini, pengguna-pengguna Maxis tertentu telah terpilih untuk menerima tawaran pelan Maxis yang dikhususkan mengikut kesesuaian mereka. Tindakan kami telah menimbulkan sedikit kekeliruan dikalangan pelanggan. Malah kami juga sedar, tindakan ini adalah kurang bersesuaian dengan komitmen syarikat dalam mengutamakan keadilan dan ketelusan.

"Oleh itu, kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua warga Maxis kerana telah mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab segala persoalan anda," jelas Morten.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengguna, Dushyan Vaithiyanathan mengumumkan, setiap pelanggan MaxisONE akan dinaik taraf dengan kuota tambahan pada harga yang sama dalam masa terdekat.

"Sebagai contoh, pelanggan MaxisONE yang kini hanya mendapat kuota 1GB sebulan akan dinaiktaraf ke 5GB sebulan. Pelanggan yang mendapat kuota 3GB sebulan akan dinaiktarafkan ke 8GB sebulan. Semua pelanggan akan menikmati faedah ini, bukan sahaja pelanggan baru.

"Selain peningkatan kuota, inovasi tambahan yang akan membolehkan pelanggan menerima lebih banyak faedah dengan data tambahan yang diperolehi melalui rangkaian kami. Pelanggan MaxisONE Business juga akan menikmati manfaatnya," jelas Dushyan.

Difahamkan pelan-pelan baru itu akan dilancarkan pada bulan April ini dan semua pelanggan MaxisONE akan menikmati 3GB kuota tambahan bermula minggu depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan