Lelaki Panjat Kereta Bekas Isteri Kerana Terlafaz Talak Tiga (video)


GARA-GARA terlafaz talak, seorang lelaki menyesal tak sudah hingga sanggup bertindak nekad ‘bergayut' di kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai bekas isterinya, dengan harapan wanita itu menerimanya kembali.

Menerusi rakaman video yang kini mendapat lebih 6,000 perkongsian di media sosial, lelaki itu dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruhnya berbuat demikian.

Jelas kedengaran, lelaki tersebut merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk cermin kereta.

Beberapa minit kemudian, penduduk sekitar dilihat mula campur tangan dan meminta lelaki terbabit turun dari kereta lalu dia dilihat seakan memberitahu ‘ini urusan rumah tangga’.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video ‘suami bergayut’ ini melahirkan rasa simpati kepada kedua-dua pihak namun kebanyakannya menyalahkan tindakan si suami yang dikatakan gila talak.

“Watch out every single words yang keluar dari mulut…pengajaran ye macam ni rupenye gile talak,” tulis Mis Bie Ballerina.

“Pendek kate kerana MULUT lelaki nie dia gile talak. Dan kerana MULUT perempuan tu mencarut ramai kecam. So kat sini. Jaga mulut. Telajak kereta kau bole jalan, reverse, jalan, reverse macam dalam video nie tapi kalau dah telajak kata? Lu pikior lah,” kata Nur Amira.

Talak memang mudah diucap namun bahana selepas ia diungkapkan kadangkala tidak tersangka oleh ‘pelontar’ talak itu sendiri, jadi hati-hati kerana ia membabitkan hukum agama.

Sehingga sekarang lanjutan kes ini belum diketahui namun diharapkan ianya sudah diselesaikan secara baik. – MYNEWSHUB.CC


-----------------

Cukup-cukuplah sebar video tu...

SHAH ALAM - Keluarga lelaki yang videonya dirakam memaut cermin hadapan sebuah kereta yang masih bergerak menjadi viral di media sosial meminta orang ramai berhenti dari menyebarkannya.

Seorang ahli keluarga yang menghubungi Sinar Harian merayu kerjasama orang ramai bagi menghentikan fitnah yang tersebar.

“Lelaki itu dan isterinya hidup bahagia sekarang, insiden itu hanya satu perselisihan faham kecil dan sudah selesai.

"Jadi tolong hentikan fitnah ini kerana perkara ini menyebabkan keluarga mendapat malu,” katanya.

Menurut individu itu lagi, dia juga tahu siapa yang bertindak merakam dan menyebarkan video berkenaan kepada umum.

“Saya mahu orang yang rakam dan sebar video berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga kami atau dia akan berdepan tindakan undang-undang.

“Sekali kita buka aib orang, beribu kali tuhan akan buka aib kita, balasan ALLAH amat pasti...fitnah lagi bahaya dari membunuh...,” katanya.

Menurutnya lagi, dia juga mempersoalkan apakah individu yang merakam dan menyebarkan video berkenaan tidak berasa malu dengan perbuatannya itu.

Pihaknya yakin video itu sengaja disebar untuk memalukan keluarga lelaki itu.

Video berkenaan berkenaan telah dimuat naik ke laman Facebook semalam dan ditonton hampir lebih 1 juta pelayar.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan