PRN Serawak: Petugas PAS diusir dari masjid

Tranungkite
JEPAK, 29 April : Petugas kempen PAS di Dun Jepak diarah keluar dari sebuah masjid ketika sedang makan selepas menunaikan solat Zuhur di situ.

Menurut sumber, pengerusi masjid tersebut memberi amaran kepada mereka untuk tidak lagi makan di situ.

Mereka diminta meninggalkan masjid sebaik sahaja selesai makan. Bahkan pengerusi itu mencadangkan agar makan sahaja di luar dan tidak lagi di masjid.

Mereka diarah keluar tanpa penjelasan yang sewajarnya. Para petugas hanya menumpang makan dan tidak melakukan sebarang aktiviti lain sama ada berkempen mahupun perkara yang mencemari masjid.

Mereka meninggalkan masjid tersebut sebaik sahaja selesai makan seperti yang diminta. Tiada sebarang pertengkaran dan pergaduhan yang berlaku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan