Abu mayat rakan jadi umpan berjaya menangkap seekor ikan kap gergasi seberat 81 kilogram (Gambar)

FAIRBRASS (kiri) dan Dale bergambar dengan ikan kap gergasi yang 9602 berjaya dipancing mereka.
Bangkok: Dua kaki pancing berjaya menangkap seekor ikan kap gergasi seberat 81 kilogram menggunakan umpan yang diperbuat daripada abu mayat seorang rakan mereka sendiri.

Paul Fairbrass, 65, dan Cliff Dale, 65, memancing ikan itu menggunakan umpan dari abu mayat rakan mereka, Ron Hopper yang meninggal dunia akibat kanser.

Fairbrass berkata, mereka bertiga yang menetap di Britain merancang untuk bercuti sambil memancing di Jurassic Mountain Resort and Fishing Park di Thailand.

Bagaimanapun, Hopper, 65, disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada Disember tahun lalu.

“Ketika dirawat Hopper mahu abu mayatnya ditabur di resort berkenaan kerana dia sangat suka memancing.

“Namun, saya mencadangkan supaya abu mayatnya dijadikan umpan untuk menangkap ikan gergasi di situ.

“Hopper ketawa dan dia sangat sukakan idea saya itu,” katanya.

Menurutnya, dia dan Dale yang memancing di resort itu baru-baru ini mengambil masa selama tiga jam untuk menaikkan ikan kap gergasi berkenaan.

“Kami sangat gembira kerana berjaya menangkap ikan ini dan pada masa yang sama terharu kerana Hopper turut membantu kami,” jelasnya. - Agensi
-hmetro-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan