Bayi perempuan paling berat di dunia lahir di India
Karnataka – Seorang remaja dari wilayah Hassan di sini telah melahirkan bayi perempuan seberat 6.8 kilogram (kg), menjadi yang paling berat pernah dilahirkan di dunia sehingga hari ini.
Bayi perempuan seakan berat enam bulan itu dikatakan bersaiz dua kali ganda daripada bayi normal.
Menurut laporan The Telegraph hari ini, bayi perempuan yang masih belum diberi nama itu dilahirkan melalui kaedah pembedahan caesarean oleh ibunya yang berusia 19 tahun dan dikenali sebagai Nandini.
Pihak doktor mempercayai berat bayi perempuan itu sudah mengatasi pemegang rekod semasa, Carisa Rusack yang lahir dengan berat 6.5kg di Massachusetts pada tahun 2014.
Seorang pegawai kesihatan tempatan, Dr. Venkatesh Raju berkata, selama pengalamannya 25 tahun dia belum pernah melihat mana-mana bayi yang sebesar itu.
“Dia adalah satu keajaiban. Saya percaya dia bukan sahaja bayi paling berat lahir di India tetapi bayi perempuan yang paling berat pernah dilahirkan di dunia,” ujarnya.
-kualalumpurpost-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan