Kemalangan ngeri pelajar putus kepala di Setiu (Gambar)

Nahas-ngeri
Setiu – Dua pelajar tingkatan lima maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Gong Kubur, Permaisuri, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.25 petang itu menyebabkan mangsa Amirul Hakimi Sabri dan rakannya Muhamad Aqil Abu Bakar yang masing-masing berusia 17 tahun maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian dua remaja yang menaiki motosikal jenis Ex-5 itu yang ditunggangi Amirul Hakimi dari arah Permaisuri menuju ke Penarik (laluan pantai).

Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi nahas, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Mizan itu dipercayai cuba memotong sebuah motosikal lain namun hilang kawalan lalu terjatuh ke kanan jalan.

Difahamkan ekoran jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu kereta Hyundai yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan dipercayai merempuh kedua sahabat berkenaan.


Susulan kemalangan itu menyebabkan kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Tepoh dan Kampung Padang Hangus itu parah di bahagian kepala dan badan serta seorang putus kepala.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Kamaludin Mohamad ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.

“Penunggang dan pembonceng motosikal maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan,” katanya. 
-Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan