Kena hulur perempuan dan wang untuk mudahkan urusan dengan kerajaan negeri Selangor?

Aedi Asri and Adam Abu Bakar 
Amiruddin ShariSHAH ALAM: EXCO Selangor, Amirudin Shari mendakwa tidak pernah dengar mengenai dakwaan kononnya terdapat “permintaan perempuan” selain wang ketika berurusan dengan kerajaan negeri itu.
ADUN Batu Caves itu turut menasihat mana-mana pihak yang mempunyai bukti terhadap dakwaan itu supaya menyerahkan kepada pihak berkuasa.

“Saya tidak suka dakwaan macam ini. Setakat ini tak ada dengar, kalau (sesiapa) ada bukti khusus bawa ke pihak berkuasa.

“Tanya dialah (Rafizi Ramli), saya tak tahu. Kalau dia enggan komen, saya pun enggan komen,” katanya ketika ditemui dalam satu program semalam.

Satu tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menerima aduan berhubung “permintaan perempuan” ketika berurusan dengan kerajaan Selangor tersebar semalam.

Dalam perbualan kumpulan WhatsApp ‘SOLIDARITY FOR ANWAR’ itu, Rafizi dikatakan sedang mengumpul maklumat berkaitan dakwaan itu dan “ada hadnya sebelum buat expose (pendedahan) mengenai parti sendiri.”

“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain wang, sekarang ini ada juga permintaan “perempuan” bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/i tahu apa yang saya maksudkan).

“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik. Selama ini tidak pernah sekalipun saya pergi ke SUK sejak sdr. Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” Rafizi didakwa berkata demikian dalam perbualan itu.

Bagaimanapun, Rafizi enggan mengulas mahupun menafikan keabsahan perbualan dalam kumpulan WhatsApp itu.

“No komen,” kata Ahli Parlimen Pandan itu ringkas menerusi WhatsApp kepada FMT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan