Mayat kelima nahas helikopter ditemui

Mayat ketiga dijumpai, belum berjaya dibawa naik
Mayat ketiga dijumpai, belum berjaya dibawa naikMayat ketiga tiba di jeti Lingga jam 1.25 tengah hari tadi - Foto bomba
SHAH ALAM: kelima mangsa nahas helikopter AS350 dilaporkan telah ditemui jam 6 petang tadi dan dibawa ke jeti Pekan Lingga kira-kira jam 6.50 petang tadi.

Memetik laporan Bernama Radio, pengesahan itu dibuat Pusat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Lingga.

Laporan itu juga menyebut polis berkata, mayat tersebut ditemui di Tanjung Beleban, kira-kira 2.5 kilometer dari pusat operasi SAR Lingga.

Sebelum ini empat mangsa sudah ditemui sejak semalam dengan tiga daripadanya sudah dikenal pasti identitinya.

Mangsa pertama, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon ditemui jam 12 tengah hari semalam dan telah selamat dikebumikan malam tadi.

Manakala mayat kedua yang ditemui disahkan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, mendiang Datuk Dr Sundaran Ann Amalai dan mayat ketiga disahkan sebagai pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Setakat ini, hanya seorang lagi mangsa nahas helikopter yang dilaporkan hilang Khamis lalu masih belum ditemui.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan