Mayat Noriah Kasnon ditemui

B
Mangsa pertama wanita telah ditemui tidak jauh dari lokasi serpihan dijumpai 12 tengahari tadi. - Foto ihsan Twitter bombaJBPM
SEBUYAU: Mayat pertama nahas helikopter yang dipercayai terhempas di Batang Sadong dekat sini telah ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohamad mengesahkan mayat mangsa itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

"Mayat mangsa akan dibawa naik ke darat dari lokasi penemuan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi
-kosmo-

-----------------

Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'
Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'
Nahas helikopter: Rohani sambut jenazah 'adik'Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, Datuk Seri Rohani Abdul Karim tidak dapat menahan kesedihan ketika mayat mangsa pertama tiba dengan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di padang Ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) kira-kira jam 3.25 petang tadi. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim sudah menganggap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon mangsa nahas helikopter di Sarawak seperti adiknya sendiri.

Melalui kemas kini status di Facebooknya, Rohani memberitahu beliau hadir ke IPK Sarawak untuk menyambut jenazah yang dipercayai Noriah.

Namun, sehingga kini masih tiada pengesahan rasmi dibuat oleh pihak berkuasa.

“Sekarang ini saya berada di IPK Sarawak untuk menyambut jenazah adik saya YB Noriah yang merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter,” tulisnya.

Sekitar jam 12 tengah hari tadi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita tersangkut di tebing Sungai Batang Lupur sebelum dibawa ke Bilik Mayat Hospital Umum Sarawak.

Noriah merupakan salah seorang penumpang yang menaiki pesawat jenis Eurocopter AS350 dari Betong ke Kuching yang hilang petang semalam selepas terputus hubungan dengan menara kawalan.

Pagi tadi, serpihan-serpihan helikopter ditemui pasukan mencari dan menyelamat.
-sinarharian-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan