Wanita campak anak dari tingkat tujuh

BEIJING – Gara-gara bergaduh dengan suaminya, seorang wanita nggup mencampak anak lelakinya yang berusia dua tahun dari tingkat tujuh di sebuah pangsapuri di sini.

Ketika kejadian, kedua-dua ibu bapa kanak-kanak malang yang tidak didedahkan identiti mereka dikatakan bergaduh menerusi telefon selepas suaminya menuntut perceraian pada 14 Jun lalu.

“Tidak lama kemudian, saya menerima panggilan daripada jiran yang mengatakan anak saya dicampak dari pangsapuri menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

“Saya tidak sangka dia sanggup bertindak kejam ke atas anak saya yang tidak bersalah,” kata bapa mangsa.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga kira-kira tiga tahun lalu telah membeli sebuah pangsapuri mampu milik di daerah Hong’an, tengah wilayah Hubei.

Bagaimanapun, disebabkan mereka mengalami masalah kewangan, bapa kanak-kanak yang berusia 53 tahun sanggup bekerja di sebuah kilang di wilayah Guangdong, selatan China kerana ditawarkan gaji lumayan.

Kanak-kanak malang itu kini masih berada di unit rawatan rapi dan pihak polis telah menahan ibu mangsa untuk disoal siasat.
– AGENSI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan