Warga emas didakwa lakukan kelucahan melampau

Tertuduh, Ismail Adam
Kota Baharu – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk melakukan kelucahan melampau pada Mac lalu.

Tertuduh, Ismail Adam , 69 yang layak bergelar seorang datuk bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan lebih tiga kali di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Ismail didakwa telah menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah beralamat di Kampung Belukar Muda, Gunong Bachok di sini pada pukul 3.30 petang, 12 Mac lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai petani itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Bazli kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 
-Kosmo-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan