Hina Jalur Gemilang: Netizen desak polis ambil tindakan terhadap penganjur F1 (Gambar)

MALAYSIA DATELINE
Aksi warga asing ketika menyaksikan perlumbaan F1 di Sepang semalam menimbulkan kurang senang netizen mahu polis mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.

Netizen hari ini menggesa pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap segelintir penonton Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang yang dikatakan menghina dan mengaibkan Jalur Gemilang semalam.

Beberapa komen di Facebook Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (YKKM)rata-rata marah dengan tindakan penonton F1 yang dipercayai warga asing, menghina Jalur Gemilang dengan menjadikan bendera Malaysia itu sebagai seluar dalam.

Mereka juga menuntut agar pihak penganjur F1 di Sepang dikenakan tindakan kerana tidak dapat menjaga kelakuan penonton mereka yang hadir.

Seorang netizen, Mohd. Zaine Md. Sharif turut memuat naik komen: "Bangsa apa ini ... Tidak hormat negara kita ???" manakala Mohamad Farid pula memberikan komen "Melampau..pihak pgurusan (pengurusan) mne (mana?)".

Dalam pada itu, Srikandy Osanthy Nunha Salia yang turut marah dengan insiden berkenaan memuat naik status "indeed immoral and insulting state malaysia (Memang tidak bermoral, menghina negara Malaysia" manakala Mohd. Din Daud pula menyatakan "OH negara ku ... ke mana perginya penganjur... atau ini salah satu slot yang penganjur selitkan..."

Sementara itu di laman Twitter, Ranes Subramaniam (@ranes1985) pula memuat naik status: "Action should be taken on them. Very disrespectful towards the National Flag. @PDRMsia @themmailonline @UMonline @BuletinTV3 (Tindakan perlu diambil terhadap mereka. Tidak menghormati bendera kebangsaan"

------------------------

Penonton Asing Hina Jalur Gemilang Ditahan
Sekumpulan lelaki dipercayai rakyat Australia berkelakuan tidak senonoh ketika menonton perlumbaan Formula Satu Grand Prix di Sepang pada 2 Oktober 2016.
SEPANG: Sekumpulan penonton warga asing ditahan polis di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kerana melucutkan seluar untuk menunjukkan seluar dalam yang tertera lambang bendera Malaysia.

Kesemua lelaki tersebut dipercayai rakyat Australia, berbuat demikian di hadapan penonton ketika perlumbaan Formula Satu Grand Prix pada Ahad.

Mereka ditahan atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam dan menghina bendera negara.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun nasib kesemua tahanan tidak diketahui./mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan