Kanak-kanak 12 tahun dirogol selepas diberi syabu

Alor Setar: Polis memburu seorang lelaki berusia 24 tahun yang melakukan seks dan memberi syabu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Ketua Polis Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, perbuatan suspek yang juga teman lelaki mangsa terbongkar selepas perbuatan mereka diketahui ibu kanak-kanak terbabit semalam sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama sebelum ibunya tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan kita mangsa mengenali suspek melalui aplikasi sembang WeChat sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu yang tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.

“Mereka juga sudah beberapa kali melakukan hubungan terlarang di sekitar daerah ini tanpa pengetahuan keluarga sambil mangsa mendakwa diberi dadah syabu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, tadi.

Mohd Rozi berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan
-hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan