Kerana Tidak Tahan Isteri Dihina Dan Dimaki, Suami Buat Sesuatu Yang Menajubkan (video)

Merasa diri dihina dan ditolak kerana hidup miskin, itulah yang membuat seorang suami beranak dua nekad melakukan sesuatu yang tidak dijangka oleh warga nagpur india.

Lelaki bernama Bapurao Tajne yang lahir dari kasta rendah menggali perigi seorang diri selama 6 jam sehari, setelah isterinya dihina dan dimaki serta tidak dibenarkan mengambil air di perigi kasta yang lebih tinggi dari mereka.

Tajne merupakan seorang pekeja buruh dan miskin di kampungnya, sebelum ini ia tidak pernah menggali perigi, ia menggali seorang diri selama 40 hari menggali tanah yang kering kontang keras dan berbatu.

Tajne yang bekerja sebagai buruh diupah secara harian, ia tidak boleh meninggalkan pekerjaannya kerana itu satu-satu nafkah untuk keluarganmya.

Oleh sebab itu pagi dia menggali perigi selama 4 jam sebelum kerja dan 2 jam selepas ia balik dari kerja, ia melakukan itu selama 40 hari tanpa henti.

Punca Tajne melakukan perkara itu kerana ia dan isterinya tidak dibenarkan mengambil air di perigi orang lain” isteri saya dihina dimaki sampai menangis, saya tidak boleh menerimanya”katanya.

“Saya tidak mahu menyebut nama pemilik perigi tersebut, takut nanti menimbulkan permasaahan dalam kampung ini, bagai manapun kami merasa dihina kerana kami miskin, pada bulan marc lalu saya hampir menangis kerana dihina dan diejek, sejak daripada itu saya tekat untuk menggali perigi, kemudian saya membeli peralatan dan saya mulai menggali ” kata Tajne pada Times of India di rumahnya yang sederhana.

Tak berbekal ilmu hydrological untuk menentukan titik dimana air berada. Semua hanya berdasarkan naluri,ia berdoa dan memulai pekerjaannya.

Warga setempat yang melihat apa yang dilakukan Tajne tidak masuk akal, sambil mengejek mereka mangatakan Tajne gila,tak seorang pun yang mahu membantu melainkan isterinya yang hanya duduk memerhati suaminya dan hanya akan pergi setelah disuruh mengambi makanan.

Lama kelamaan isterinya pun patah semangat dan memujuk Tajne untuk berhenti berbuat demikian.

Dengan berbekal semangat yang tinggi pujukan isterinya sedikit pun tidak mematahkan semangatnya hingga ia menemukan air mata air di bawah tanah bebatuan yang keras tersebut.

Susah untuk saya jelaskan perasaan saya waktu itu, saya menangis, selain dari rasa sayang saya kepada isteri niat saya hanya untuk menyediakan air pada warga setempat yang dianggap daip oleh kasta lain. kata tajne sambil menangis.
“Saya tidak membantu suami saya sedikit pun sampai ia menemukan air, dua anak kecil kami yang membantunya memperluas perigi.

Sekarang dalamnya sudah 15 kaki, lebarnya 6 kaki dan kami ingin melebarkannya menjadi 8 kaki, kami berharap ada jiran-jiran yang datang bantu kami dalam hal ini, ujarnya.

jirannya bernama Jaishree memuji Tajne dan berkata akan menolong tajne dalam membesar perigi, dia sangat berterima kasih kepada tajne dan beliau turut meminta maaf atas ejekan yang dia sebut sebelumnya.

“Terima kasih pada tajne, kini kami sudah boleh mendapatkan air bila bila masa. sebelum ini kami harus berjalan satu kilo meter untuk mendapatkan air, begitupun kadang kami balik dengan tangan kosong”,katanya.

Atas usaha tajne kini ia jadi terkenal, kisahnya disiarkan dalam channel Marathi, ia pun mendapat penghargaan dan pujian dari masyarakat luar, tidak kurang juga menjadikan tajne sebagai inspirasi pada orang lain.

Seorang pembikin fIlem indian, nana pakar, berbicara pada tajne dalam sebuah panggian, dan berjanji akan segera bertemu tajne dalam waktu terdekat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan