Pelik tapi bebar: Pusat judi haram sebelah pejabat Majlis Agama Islam

Malaysian Crime Watch



Premis ini merupakan sebuah pusat judi yang terletak di Stesen Bas Bahau iaitu dibelakang Petronas Bahau, Negeri Sembilan. Premis ini beroperasi dari jam 8 malam hingga 8 pagi setiap hari "tanpa pengetahuan" PDRM IPD Jempol.

Jika anda perhatikan betul-betul, premis judi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Baitulmal Daerah Jempol milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Bayangkan sebuah premis judi terletak bersebelahan dengan premis Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Sungguh ironi bukan?

Yang menyedihkan PDRM Jempol langsung tidak ambil peduli tentang kewujudan sebuah premis judi bersebelahan premis Majlis Agama Islam. Ini menunjukkan bahawa PDRM Jempol langsung tidak memikirkan sensitiviti agama dan apakah kerja risikan yang dibuat oleh JSJ Jempol dan D7 IPK Negeri Sembilan?

Adakah tauke premis judi ini yang bernama Sunny iaitu Raja Judi Mesin Negeri Sembilan begitu berani membuka pusat judi di sini kerana ada "tangan ghaib" yang menjaga mereka dari sebarang tindakan undang-undang? Justeru tidak hairanlah premis ini mampu beroperasi sejak sekian lama tanpa pernah “dijentik” oleh pihak berkuasa khususnya PDRM Jempol.

Baru-baru ini Menteri Besar Negeri Sembilan, Tok Mat dengan lantang menegaskan akan menghalau keluar mana-mana Ketua Polis yang gagal mengambil tindakan terhadap pusat judi yang menjalankan operasi di dalam kawasan mereka. MyWatch menggesa Tok Mat mengenakan tindakan tegas terhadap "tangan ghaib" yang melindungi premis perjudian ini. MyWatch akan menganjurkan satu protes secara aman dihadapan SUK Negeri Sembilan dalam masa terdekat jika premis-premis ini masih beroperasi tanpa sebarang tindakan pihak PDRM IPD Jempol.

"Fight Injustice Everywhere"
Dato' Sri Sanjeevan Ramakrishnan
Pengerusi MyWatch

Tiada ulasan:

Catat Ulasan