Bekas pengerusi SPR ini dilantik jadi naib presiden BERSATU (Senarai Majlis Pimpinan Tertinggi) Gambar


Bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU).

Selain itu, bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times Datuk Abdul Kadir Jasin dilantik sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.

Mursyidul Am NGO Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) turut dilantik menganggotai majlis sama.
-malaysiakini
-------------

Bersatu umum senarai penuh MPT
Bersatu umum senarai penuh MPT Bersatu umum barian penuh Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ASRIL ASWANDI SHUKOR
PUTRAJAYA - Parti Bersatu hari ini mengumumkan senarai rasmi Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, ia diisi oleh bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tiga nama yang dipilih sebagai Naib Presiden ialah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bekas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman dan peguam, Datuk Abdul Rashid Asarin.

Sementara itu, Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memegang jawatan Setiausaha Agung, Datuk Mohd Salleh Bajuri (Bendahari) dan Datuk Kamaruddin Mohd Nor (Ketua Penerangan).

Jawatan Ketua Srikandi pula dipegang oleh Anina Saadudin sementara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda.

Sementara seramai 19 individu pelbagai latar belakang dilantik dan dipilih sebagai Ahli MPT Bersatu.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Muhyiddin berkata, tidak dinafikan ia memperlihatkan gandingan bekas ahli dan pemimpin Umno.

"Ini kerana mereka sudah tidak mahu menerima kepimpinan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan masalah politik Umno yang dikatakan korup. Maka mereka berhijrah ke parti yang jauh lebih baik daripada Umno.

"Perkara ini mungkin tak boleh dielakkan sebab di peringkat bawah pun, sebahagian besar yang menyertai kita telah meninggalkan Umno. Kita amalkan dasar parti terbuka dan sesesiapa saja boleh sertai Bersatu," katanya./sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan