Kerajaan Kelantan roboh halangan,18 Orang Asli pertahan hak ditangkap

ARIF ATAN

Operasi bersepadu antara kerajaan negeri Kelantan bersama polis, Jabatan Perhutanan menahan Orang Asli yang membuat sekatan terhadap pembalak di Gua Musang pagi ini.

Seramai 18 Orang Asli di Gua Musang ditangkap sehingga tengahari  dalam operasi pihak kerajaan negeri Kelantan memusnahkan halangan (blocked) laluan lori balak.

Kesemua mereka yang ditahan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di blocked Simpang Petei itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Antara Orang Asli yang ditahan pagi ini.Senarai mereka yang ditahan setakat pagi ini adalah seperti berikut:

1.Azmi bin Badul2.Ayel bin Ajib3.Majid bin Along4.Yusmab bin Andok5.Alang bin Along6.Arif bin Pandak7.Angah bin Tegau8.Radi bin Uda9.Manglo bin tegau

Sumber juga memberitahu Malaysia Dateline, pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan turut memusnahkan halangan di Simpang Petei yang dibina Orang Asli sebelum ini.

Halangan berkenaan sebagai protes komuniti tertindas itu selepas kerajaan negeri dilihat enggan mengambil kira bantahan mereka supaya aktiviti pembalakan tebang habis di hutan simpan kekal dihentikan.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak NGO difahamkan akan mengadakan Solidariti Selamatkan Orang Asli mulai malam ini.

Kesemua mereka ketika ini ditempatkan di dalam Trak Polis dan ditahan didalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Betis dan semua tahanan sedang dalam perjalanan ke IPD Gua Musang.

Berikut adalah Kronologi peristiwa hari ini.

7:00 pagi: Pihak Polis Gerak Am (PGA) dengan kekuatan lebih kurang 100 Anggota kelihatan berkumpul dan mendengar taklimat di perkarangan IPD Gua Musang.

8:00 pagi - Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) diiringi oleh Polis Gerak Am (PGA) mula memasuki Hutan Simpan Balah melalui Kuala Betis.

10:30 pagi - 3 Buah kenderaan 4wd JPNK tiba di Blockade Simpang Petei.

11:30 pagi - Lebih kurang 27 buah kenderaan 4wd JPNK dan 8 buah Land Rover PGA dengan kekuatan Anggota lebih kurang 150 orang mula mengepung Blockade Simpang Petei.

12:00 tghr - Peserta Blockade dipanggil berkumpul dengan Anggota Penguasa, berlaku ketegangan - Perang Mulut dan ketika ini pihak JPNK mula memusnahkan Blockade dan Pondok2 OA dengan menggunakan chainsaw.

1:00 tghr - Tangkapan pertama seramai 6 orang, disusuli dengan tangkapan kedua seramai 10 orang dan seterusnya 2 orang (sehingga berita ini dikemaskini)

Rampasan - Semua Telephone Bimbit, Video Camera milik Orang Asli termasuk 4 buah motor.

Semua tahanan sedang dalam perjalanan ke IPD Gua Musang.

Perkembangan selanjutnya akan dimaklumkan Malaysia Dateline dari semasa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan