Kepala putus, badan hampir berkecai

NORFARHIZA MOHD ATAR

Keadaan mayat mangsa yang ditemui terputus kepala dan badan hampir berkecai.
MERAPOH - Seorang lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti maut akibat dilanggar keret api di kilometer 260 berhampiran Kampung Paya Keladi, Chegar Perah.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi tadi, mangsa ditemui dalam keadaan kepala terputus dan tubuh hampir berkecai.

Ketua Polis Lipis, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu (KTM) memaklumkan berlaku kemalangan iaitu kereta api Tren Local Shuttle 50NK dari arah Kuala Lipis menghala ke Kelantan telah melanggar seseorang.

"Sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa namun belum diketahui identitinya.

"Pihak polis terpaksa mengambil sedikit masa bagi mengutip cebisan mayat sebelum dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat,"katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta tampil bagi membantu proses pengecaman mayat.
-sinarharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan