(Gambar) Pemerintah Syiah Rafidhah Iran menghukum mati 375 tahanan muslim Ahlus Sunnah

Pemerintah Syiah Rafidhah Iran menghukum mati 375 tahanan muslim Ahlus Sunnah
Teheran (Arrahmah.com) – Kebencian dan permusuhan orang-orang Rafidhah terhadap kaum muslimin sudah mendarah daging sejak era Abdullah bin Saba’ Al-Yahudi. Mereka senantiasa membuat makar untuk menghancurkan Islam dari dalam. Negara Rafidhah Iran kini merupakan garda terdepan kelompok Rafidhah dalam melancarkan peperangannya kepada kaum muslimin.Dalam minggu ini, sebagaimana dilaporkan oleh wartawan situs mukhtashar.com dari Teheran, pemerintahan Rafidhah Iran menjatuhkan hukuman mati terhadap 250 tahanan muslim Ahlus Sunnah wal Jama’ah di penjara Qazl Hishar, dekat Teheran. Seminggu sebelumnya, pemerintah Rafidhah Iran juga telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 82 mujahid ahlus sunnah dari kelompok Mujahidin Khalq Iran.

Keputusan pemerintah Rafidhah Iran itu disambut dengan aksi mogok makan para terpidana mati di penjara Qazl Hishar. Para sipir menghadapi aksi pemogokan itu dengan kekerasan, sehingga menyulut kerusuhan dalam penjara. Terjadi aksi pembakaran barang-barang di Blok II penjara Qazl Hishar. Sampai saat ini, suasana di penjara tersebut masih tegang.

Di penjara Kuhar Dasyet di distrik Karj, sebelah Barat ibukota Teheran, para sipir memindahkan 43 tahanan ahlus sunnah yang dijatuhi hukuman mati ke blok isolasi khusus. Para tahanan diperlakukan dengan kasar dan keluarga mereka tidak diperkenankan membesuk. Hal itu direspon oleh para terpidana mati dengan aksi mogok makan. Semoga Allah meneguhkan ahlus sunnah di Iran dan meruntuhkan pemerintahan Rafidhah. (Muhib al-Majdi/Arrahmah.com))

Budak 12 Tahun Dari Taiping Tumbangkan Juara Dunia Muay Thai

Tranungkite
Malaysia mencipta kejutan di bumi Thailand selepas peserta Malaysia, Iskandar Zulqarnain Mohamad Ezry A’Zamin mengungguli kategori bawah 12 tahun Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Muay Thai Peringkat Dunia pada perlawanan akhir di Bangkok, semalam.

Lebih manis, kejayaan pelajar Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering yang lebih mesra dipanggil ‘Khuntab Iskandar’ itu muncul selepas dia menewaskan peserta tuan rumah, Tannapon Pennikorn juara dunia tiga kali, sekali gus menobatkan dia selaku juara pertama pada kejohanan julung-julung kali diadakan itu.

Bapanya, Mohamad Ezry A’Zamin Abdul Wahab ketika dihubungi BH Sukan mengakui terkejut selepas anak sulungnya itu menumbangkan lawannya yang memiliki kelebihan fizikal lebih tinggi.

Ezry yang juga jurulatih Muay Thai berkata, kejayaan Iskandar merangkul gelaran dunia pastinya dapat menyuntik semangat anaknya itu untuk terus memperkembangkan bakatnya dalam sukan tempur terbabit dan membuka mata orang ramai untuk membabitkan diri dalam sukan itu.

Jadual ‘pertempurannya’ juga sudah dipenuhi hingga hujung tahun ini dengan Iskandar bakal menyertai kejohanan di Eropah yang pastinya menjanjikan cabaran yang besar sebelum ke Uzbekistan dan ke Indonesia pada hujung tahun nanti.

Tahniah daripada kami untuk Zulqarnain Ezry. Teruskan prestasi anda.

Belah Mayat Saudara Untuk Selamatkan Anak Dalam Kandungan (Gambar)


ABUJA: Seorang wanita terpaksa membelah perut ibu saudaranya yang mati dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan anak selepas doktor enggan.

Wanita warga Cameroon terbabit yang identiti dan usianya masih tidak diketahui meninggal dunia sebelum sempat sampai ke hospital, tetapi anak kembar dikandungnya masih hidup dan bergerak di dalam rahimnya.

Doktor dan jururawat enggan membedahnya kerana dia tidak mempunyai wang, walaupun nyawa dua bayi itu semakin terancam.

Disebabkan itu, anak saudaranya terpaksa menggunakan pisau untuk membelah perut mangsa di depan doktor dan jururawat berkenaan, di luar hospital dalam keadaan cuaca panas terik kerana mereka enggan membenarkan mayat mangsa dibawa masuk.

Akibatnya, tempat ‘pembedahan' dilakukan dipenuhi darah dan kakitangan hospital terpaksa mencuci kawasan berkenaan selepas mayat mangsa dibawa pergi.
-hmetro-

Dapat upah RM50 datang program Najib

FMT Reporters
najib-king-jason
PETALING JAYA: Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke negeri Pahang pada Sabtu ini didakwa menggunakan ahli-ahli UMNO di seluruh negeri itu yang akan diberikan upah.

Menerusi maklumat yang tersebar di laman sosial, penganjur program Himpunan Solidariti bagi menyambut ketibaan Najib itu menyenaraikan beberapa lokasi kunjungannya yang harus diletakkan orang.

Peserta juga perlu menunggu di beberapa kawasan bermula dari Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Kuantan serta 14 lokasi lain.

Turut disenaraikan jumlah peserta yang harus ditempatkan di satu-satu lokasi mengikut jumlah bas yang akan membawa mereka.

Semua peserta yang akan hadir digalakkan memakai baju korporat UMNO atau baju T warna merah dengan segala kos pengangkutan dan wang saguhati bernilai RM50 dibiayai oleh UMNO negeri Pahang.

Hudud: Haji Hadi pakar U-Turn?




Hudud: Pas perjelas salah faham kenyataan Ikatan
SHAH ALAM: Pas mendakwa terdapat kekeliruan dan salah faham dalam laporan media berhubung kenyataan Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga, semalam.

Pengarah Media Baru Jabatan Penerangan Pas Pusat, Syaiful Hizam berkata, dalam konteks sebenar kenyataan Presiden Ikatan itu adalah sebagai seorang Muslim kita tidak dapat lari daripada menerima hudud kerana ia terpakai ke atas setiap individu Muslim.

Namun untuk melaksanakannya terserah kepada rakyat dan sistem demokrasi negara iaitu pilihan raya.

“Dalam kenyataan beliau juga menyebut berdasarkan keutamaan terkini ialah isu salah guna kuasa, rasuah, ekonomi, bahasa kebangsaan, pekebun-pekebun kecil dan pelbagai isu yang melanda negara.

“Tidak sesekali ada kenyataan daripada beliau yang menyebut beliau atau Ikatan menolak hudud,” katanya dalam satu kenyataan.

Tajuk video ‘Pas, Ikatan Setuju Tangguh Hudud’ yang dimuat naik sebuah portal berita menjadi tumpuan netizen terutama di media sosial.

Video itu menunjukkan kenyataan pemimpin Pas dan Ikatan tentang hudud yang dirakam ketika sidang media pengumuman pembentukan blok politik ketiga itu.

Melalui video itu, Presiden Ikatan menyebut bahawa sebagai orang Islam kita perlu menerima hukum hudud namun dalam Islam, ada keadaan-keadaan tertentu di mana lebih elok jika ia ditangguhkan maka ia perlu ditangguhkan seketika kerana pada akhirnya nanti rakyat yang akan menentukan pelaksanaan tersebut.

Dalam pada itu, Syaiful menasihatkan agar orang ramai menyemak maklumat secara tepat serta daripada sumber berita yang benar dan rasmi.

“Segala kenyataan yang lain daripada kenyataan di atas adalah salah serta lari daripada konteks kenyataan asal serta menimbulkan salah faham dan keresahan di kalangan rakyat,” katanya.

Semalam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media tersebut ketika ditanya tentang agenda hudud Pas berkata, pihaknya menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong untuk memperkasakan mahkamah syariah.

“Sebab itu kita sokong cadangan kerajaan untuk menaik taraf mahkamah syariah. Ini yang perlu diutamakan. Adapun undang-undang (nanti), selepas itu,” katanya.
-sinarharian-

‘Itu sahaja cara untuk tanya Najib’

FMT Reporters
kadir jasin
PETALING JAYA: Tokoh wartawan veteran, Datuk Abdul Kadir Jasin mempertahankan dua wartawan Australia yang dikatakan cuba melepasi garisan keselamatan untuk bertanya soalan kepada Datuk Seri Najib Razak di Sarawak baru-baru ini.

Beliau berkata, itu sahaja cara yang masih ada bagi wartawan untuk mendapat jawapan terus daripada Perdana Menteri.

Katanya lagi, hanya wartawan arus perdana yang boleh bertanya soalan kepada Najib, dan itu pun menerusi sesi wawancara yang sudah diatur dan dengan soalan yang dikemukakan lebih awal.

“Sekarang tidak ada cara lain menemuramah Mohd Najib selain ‘menyerang hendap’. Ketakutan telah menyebabkan beliau mengelak bersemuka dengan wartawan.

“Menurut beberapa orang pengarang media arus perdana, Mohd Najib sudah lama tidak mengadakan sidang akhbar. Ada tidak pun ketika lawatan rasmi ke luar negara. Itu pun hanya dengan para pengarang yang mengiringi beliau,” katanya dalam artikel terbaru di blognya hari ini.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga memaklumkan telah bertanya kepada salah seorang setiausaha akhbar Najib bagi mengesahkan dakwaan tersebut, tetapi masih belum mendapat jawapan.

Pada 12 Mac lalu, PDRM Sarawak menahan dua wartawan ABC Australia, Linton Besser Louie Eroglu atas sebab ‘menghalang tugas penjawat awam’.

Mereka tidak didakwa atas apa-apa kesalahan, tetapi dihantar pulang kerana melanggar Seksyen 18(3)(h) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau membandingkan layanan tersebut yang jauh berbeza ketika era pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tunku Abdul Rahman.

“Ketika zaman yang disifatkan media propaganda Mohd Najib sebagai tidak bebas dan autokratik, khususnya era Tun Dr Mahathir Mohamad, wartawan bebas tanya soalan. Sidang akhbar menjadi darah daging media massa,” katanya.

Ketika era Tunku pula, Bapa Kemerdekaan itu sentiasa melayan semua wartawan dengan baik, tanpa membezakan antara wartawan kanan mahu pun yang baru dalam bidang itu.

‘Saya tahu siapa berkomplot nak jatuhkan Najib’ – Muhyiddin

FMT Reporters 
muhyiddin_najib_umno_600PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui, memang wujud komplot yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Malah, beliau menegaskan komplot terbabit turut mempunyai matlamat untuk menumbangkan kerajaan.

“Bila timbul isu komplot untuk menjatuhkan kerajaan saya tidak terlibat walaupun ada usaha yang dibuat oleh beberapa pihak datang jemput saya, tapi saya kata tidak kerana saya tak mahu jadi sebahagian daripada itu.

“Saya tahu siapa yang terlibat. Saya tahu apa yang mereka nak buat. Bukan kata nak menumbangkan kerajaan tetapi nak menukar Perdana Menteri pun saya tahu,” katanya menerusi satu rakaman audio yang menjadi viral di laman sosial.

Berdasarkan maklumat, rakaman berkenaan dipetik ketika Muhyiddin menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 September tahun lepas.

Menerusi audio itu juga, Muhyiddin yang kini digantung jawatan dalam parti turut memberitahu, bahawa beliau sememangnya tahu kewujudan dana khas yang diurus oleh Presiden parti semenjak memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden pada 2009.

Bapa rogol anak, ugut bunuh guna pedang samurai

JOHOR BAHRU - Seorang tentera bukan sahaja tergamak merogol anak perempuannya berusia 17 tahun malah turut mengugut membunuh mangsa menggunakan pedang samurai sekiranya tidak menuruti kemahuannya.

Mangsa tinggal bersama ibu kandungnya di Selangor dikatakan datang ke Johor untuk mengubati penyakit 'epilepsi' yang dihidapinya dan bermalam di rumah suspek di Taman Desa Tebrau, di sini.

Kedua-dua ibu bapa mangsa sudah berpisah dan tinggal berasingan sejak 2006 dan mempunyai tiga orang anak.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek berjaya ditahan sebaik sahaja menyerah diri di balai polis kira-kira jam 7.30 malam, semalam.

Katanya, polis menerima laporan mangsa dirogol oleh suspek berusia 43 tahun itu dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi pada Selasa lalu ketika mereka sedang tidur di rumah sewa suspek.

"Mangsa tiba di Johor pada 11 Mac lalu dan pada 14 Mac suspek telah membawa mangsa bersiar-siar di sekitar Bandaraya Johor Bahru dan pulang semula ke rumah sewanya kira-kira jam 12.30 malam pada 15 Mac.

"Suspek turut mengamuk ketika sampai di rumah sewanya dan menendang kesemua barang perhiasan kerana mabuk.

"Kemudian pada kira-kira jam 2 pagi, suspek tiba-tiba bertindak memeluk dan mencium mangsa dengan pelik dan mangsa cuba melawan tetapi suspek memegang tangannya dengan kasar sambil menutup mulut mangsa," katanya.

Sulaiman berkata, suspek bertindak mengugut mangsa dan mengambil sebilah pedang samurai yang disimpan di dalam almari baju dan mengugut membunuh mangsa apabila pelajar perempuan itu masih mencuba melepaskan diri.

"Suspek meletakkan pedang di sebelah mangsa sambil berkata 'Jangan melawan. Diam. Kau nak hidup atau kau nak mati. Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut kemahuan suspek," katanya.

Katanya, mangsa telah menghubungi ibunya pada keesokan pagi dan ibunya bergegas datang dari Selangor membawa mangsa membuat laporan polis.

"Suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 376A/377C Kanun Keseksaan," katanya.
-sinarharian-

Shah Rukh Khan ditampar wanita tidak dikenali

Shah Rukh Khan
Pesona yang dimiliki Datuk Shah Rukh Khan (SRK) pastinya digilai ramai wanita tidak kira di dalam mahupun di luar layar perak.


Selebriti itu tanpa berselindung mengakui pernah ditampar seorang wanita tidak dikenali apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Mumbai lebih 30 tahun lepas.

“Saya menyangkakan tempat tidur dalam gerabak kereta api itu kepunyaan saya kerana telah membayarnya.

“Saya ditampar seorang wanita yang memberitahu tempat tidur itu kepunyaan semua orang, bukan milik saya seorang.

“Dia menampar saya dengan kuat sehingga menyebabkan saya tergamam,” ujarnya.
-kualalumpurpost-

Padah kencing dalam gelas

Kencing
Pemain tengah MK Dons, Samir Carruthers berdepan dengan siasatan kelab selepas tindakannya yang kencing ke dalam gelas kosong dirakam ketika hari pembukaan Festival Cheltenham pada Selasa.

Selain Carruthers, turut dirakam berkelakuan tidak senonoh itu adalah pemain pertahanan Bristol City, Luke Ayling ‘mengisi’ gelasnya dan membawa di sekitar majlis yang dihadiri oleh golongan ternama.

Lebih buruk, pemain Northampton Town, James Collins turut kencing ke dalam gelas kosong sebelum mencurahkannya ke balkoni tanpa mempedulikan keadaan di bawah.

Carruthers yang beraksi dalam Liga Kejuaraan Inggeris memberitahu, dia dirakam oleh jurufoto ketika sedang membuang air kecil di balkoni bahagian atas.


Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MK Dons pada Rabu: “Pihak kelab telah memulakan siasatan dalaman mengenai perkara itu”.

MK Dons kini hanya kekurangan satu mata untuk berada di zon penyingkiran ke Liga Kedua Inggeris.

Selain itu, pihak penganjur Cheltenham berkata: “Berdasarkan imej kelakuan yang memalukan pada semalam, kami telah membatalkan tempahan mereka pada hari ini.”

Festival Cheltenham di United Kingdom merupakan sambutan pembukaan musim perlumbaan kuda kebangsaan selama empat hari.
-kualalumpurpost-

15 Kelebihan Buah Limau Purut Yang Mungkin Anda Tak Tahu

T
Limau purut amat popular digunakan dalam masakan Kemboja, Melayu, Myanmar dan Indonesia. Daunnya boleh digunakan dalam keadaan segar mahupun setelah dikeringkan.

Selama berkurun lamanya, daun limau purut telah digunakan sebagai bahan mengawet makanan dan menjadikannya lebih membuka selera. Jom semak nikmat lain tentang limau purut...
1. Limau purut juga digunakan sebagai pembersih dan dalam penyediaan perubatan herba dan tradisional.

2. Dalam perubatan tradisional, air buah limau purut dipercayai mampu digunakan dalam jampi untuk mengalih semangat jahat dan menyegarkan mental individu.

3. Daun dan buah limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.

4. Ekstrak daun limau purut mempunyai sifat anti-pertumbuhan kuman, boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

5. Daun limau purut dikatakan boleh digosok pada gusi dan gigi untuk tujuan menyihatkan gigi.

6. Minyak yang diekstrak daripada daun limau purut pula dikatakan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Antaranya, digunakan dalam produk-produk mandian seperti sabun dan syampu.

7. Minyaknya juga merupakan pencuci rambut dan kulit kepala.

8. Air buah limau purut dikatakan boleh digunakan untuk tujuan mencuci pakaian.

9. Ada yang menggunakannya sebagai peluntur semula jadi untuk membuang kesan kotor yang sukar dicuci.

10. Aroma daunnya dikatakan boleh memberi rasa awet muda. Tambahkan beberapa titis minyak atau hancurkan beberapa helai daunnya dalam air mandian anda.

11. Digunakan sebagai salah satu bahan untuk mandi wap. Dikatakan fikiran negatif akan hilang sekali gus memberi minda dan tubuh fikiran positif.

12. Minyaknya juga dikatakan digunakan sebagai tonik untuk membantu masalah pencernaan dan membersihkan darah.

13. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromaterapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri.

14. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

15. Daun limau purut juga mampu merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.

Dapatkah Najib jernihkan isu derma RM2.6b dengan Saudi?

SUBKY LATIF
KUNJUNGAN kerja dan umrah PM Najib ke Saudi tentulah memberi banyak faedah kepada kedua negara. Itulah yang lazim apabila ketua kerajaan keluar negara.
Di samping itu dapat mengerjakan umrah. Orang berumrah mengabdikan diri kepada Allah, membuat pahala dan menghapuskan dosa.

Tapi yang orang banyak perhatikan atas ke Saudinya kali ini ialah tentang kecoh derma RM2.6 bilion yang dikatakan daripada keluarga istana Saudi. Isu ini amat menggegarkan politik Malaysia dan Saudi sudah disabitkan, betul atau tidak duit yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib itu dari Saudi atau dari sumber lain.

Najib adalah PM yang amat dipertikai dalam negara sekarang dan nasibnya tidak menentu. Masa depannya bergantung kepada keupayaannya memperbodohkan rakyat dan orang Umno. Hitler, Suharto, Ghadafi, Husni Mubarak semuanya tidak selamat atas modal memperbodohkan orang.

Maka tidaklah selesa bagi keluarga diraja Saudi bermuamalat dengan watak politik seperti ini baik atas kapasiti peribadi atau justeru negara. Apabila Najib ke sana sepatutnya isu ini dijernihkan.

Jika betul dari kantung Saudi, tentu Saudi terganggu ia terlibat dengan orang politik luar yang boleh dikira campur tangan atas urusan politik Malaysia. Jika dibuat demikian negara dan negara, mengapa masuk akaun peribadi orang? Tentulah ia seperti membodohkan istana Saudi. Saudi tentulah berminat supaya dibersihkan namanya.

Dan derma iu dikatakan sudah dipulangkan. Apa ceritanya dan adakah sudah selesai?

Tetapi pembabitan Saudi iu sudah kabur. World Street Journal yamg membongkar penerimaan duit sebanyak itu bertegas lagi ia bukan daripada Saudi tetapi daripada 1MDB yang juga bermasalah besar. Moral daripada pendedahan WSJ itu menggambarkan Saudi dijadikan kambing hitam.

Jika Saudi diheret sedang ia tidak tahu menahu, maka inilah yang saudi hendak tahu sangat mengapa ia dijadi buah catur?

Adakah Najib pergi bagi membisikkan hal ini kepada Raja Saudi supaya dia boleh membersihkan pembabitan Saudi itu bukan palsu. Dan Raja Saudi tentunya bertanya mengapa Saudi boleh diheret jika ia bukan dari Saudi? Jika duit dari Saudi mengapa pula dipulangkan selepas dimasukkan ke akaunnya?

Penjelasan atas ini tidak dijelaskan hasil daripada kunjungan ke saudi itu. Adakah sudah selesai? Adakah Najib minta maaf? Dan adakah Raja Saudi bertanya hal itu? Adakah Saudi puas hati atas segala penjelasan?

Saudi sekarang tidak oleh boleh menyelesaikan isu itu secara sesama persaudaraan Islam. WSJ mengatakan ia bukan duit Saudi tetapi duit dari syarikat Malaysia sendiri.

Untuk mengata WSJ karut dan khianat tidak semudah itu. Pertama ia yang mendedahkan RM2.6 bilion masuk ke kantung bank Najib. Ia dibuktikan betul. Najib mengaku pernah duit itu masuk ke banknya.

Cara mana Najib hendak mengelak dan ke mana ia hendak ditutup adalah masalahnya, tetapi WSJ sudah buat pembongkaran yang tepat. Sekarang ia tegaskan lagi Najib tidak terima dari Saudi.

WSJ tidak beri bukti kerana mungkin ia tunggu Najib saman. Jika Najib sedia, maka WSJ akan jawab di mahkamah. Raja saudi tidak boleh diam. Mereka mesti jelaskan kerana kata Muhyiddin Yassin, mantan Peguam Negara memberitahunya kes najib itu membabitkan jenayah.

Raja Saudi tidak wajar bersubahat dengan kemungkinan jenayah saudara seislam dari Malaysia.

Kunjungan ke Saudi Najib tidak menjelaskan isu ini. Umrah tidak boleh melenyapkannya.

Persenda Nabi, Menteri dipecat

Padah persenda Nabi, Menteri Mesir dipecat
KAHERAH - MESIR. Gara-gara mengeluarkan kenyataan mempersendakan Nabi Muhammad SAW, dua hari lalu, Menteri Kehakiman Mesir, Ahmed al-Zind menerima padah selepas beliau akhirnya dipecat.

Kelmarin, jurucakap kerajaan memaklumkan Perdana Menteri, Sharif Ismail memutuskan untuk melucutkan jawatan Zind, 70.

Perintah itu dikeluarkan selepas Zind sewenang-wenangnya menyatakan beliau akan memenjarakan sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang termasuk Nabi.

"Mana-mana individu termasuk hakim yang didapati bersalah akan turut dihukum penjara," katanya dalam wawancara bersama saluran satelit, Sada al-Baladand.

Susulan kenyataan kontroversi itu, penduduk Mesir telah melancarkan #trial for Zind dan ia turut menerima respons dari pihak berkuasa agama tertinggi Mesir, al-Azhar.

"Semua yang terlibat dalam wacana awam di media perlu menghormati Rasulullah.

"Baginda tidak wajar dipersendakan walaupun tanpa niat," kata jurucakapnya.

Difahamkan, Zind telah memohon maaf di atas ketelanjurannya kata-katanya melalui panggilan telefon dengan stesen TV, CBC pada Sabtu lalu.

Januari lalu, beliau pernah mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi menyokong pembunuhan beramai-ramai ke atas anggota gerakan Ikhwanul Muslimin. - Press TV
-sinarharian-

PAS-IKATAN sepakat hudud tidak sesuai di Malaysia

Adam Abu Bakar 
Abdul-Kadir-Sheikh-Fadzir-hudud-ikatan-pasKUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi.
-fmt-

Pesta bogel di Taman Negara P.Pinang dapat kebenaran

BALIK PULAU: Mahkamah Majistret di sini diberitahu hari ini bahawa petugas Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang memberi kebenaran kepada sekumpulan pelawat yang meminta untuk tidak berpakaian ketika mengadakan aktiviti di pantai Teluk Kampi di taman itu.

Pekerja Rendah Awam Sharudin Isa, 41, berkata, dia membenarkan mereka berbuat demikian dengan syarat perlu mengenakan semula pakaian jika ada pelancong lain di kawasan itu.

"Seorang wanita berambut pendek datang kepada saya meminta kebenaran untuk bermalam di situ dan meminta bagi pihak kumpulan itu, kebenaran untuk tidak berpakaian.

"Pada masa itu, lebih kurang 15 orang ada di situ.

"Saya benarkan dan minta mereka memakai semula pakaian jika ada pelancong lain di situ.

"Hari itu hanya saya seorang sahaja yang bertugas menjaga pos kawalan di pantai Teluk Kampi dan tidak ada pelancong lain selain mereka," kata saksi keenam itu di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Sharudin berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Mahadi berhubung kes empat individu didakwa menyertai pesta bogel di Teluk Kampi, Taman Negara itu pada 30 Mei dua tahun lalu.

Pada 28 Ogos 2014, tiga wanita iaitu Chew Tok Hwa, 59; Chan Chia Wen, 29; Teh Guan Hoon, 39; serta seorang lelaki, Kong Meng Leong, 40; mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mendatangkan kegusaran kepada orang awam kerana berbogel di Pantai Teluk Kampi.

Kejadian berlaku antara pukul 3 dan 6 petang, 30 Mei dua tahun lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama enam lagi individu - Loh Kok Hong, 43; Mu Wai Peng, 36; Justin Ang Ji Keng, 26; Yam Kam Hoong, 56; Lionel Loo Joo Heng, 54; dan R. Nanda Kumar, 42.

Bagaimanapun enam individu terbabit mengaku bersalah dan masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan penjara sebulan.

Ditanya apa lagi yang berlaku pada hari kejadian, Sharudin yang berkhidmat selama 12 tahun dengan Taman Negara itu berkata, mereka mengadakan aktiviti di tepi pantai pada sebelah petang sebelum mengadakan aktiviti di dewan serbaguna yang berdekatan pada sebelah malam.

"Mereka tidak membawa khemah dan meminta kebenaran untuk menggunakan dewan serbaguna yang terdapat di situ.

"Saya benarkan mereka gunakan (dewan). Mereka juga meminta kebenaran untuk membuat unggun api dan saya beri mereka zink untuk alas unggun api. Selepas itu saya kembali ke pos kawalan.

"Saya lihat mereka menari mengelilingi unggun api dalam keadaan tidak berpakaian. Saya nampak lelaki dan wanita yang tidak berpakaian...mereka beraktiviti di dewan itu sehingga lewat malam," katanya.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Chew, Chan dan Kong kemudian bangun mempersoalkan waktu kejadian berikutan saksi mengatakan nampak kesemua tertuduh tidak berpakaian pada sebelah petang dan malam sedangkan kertas pertuduhan menyebut waktu kejadian antara pukul 3 dan 6 petang.

Shafiq kemudiannya memohon pindaan lisan kepada pertuduhan untuk menukar waktu kejadian kepada antara pukul 3 petang hingga 11 malam.

Mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapat persetujuan pihak pembelaan dan pertuduhan dibacakan semula kepada keempat-empat tertuduh.

Ketua Unit Pendakwaan, Datuk Razali Che Ani turut mewakili pihak pendakwaan manakala peguam Jason Khor mewakili Teh.

Mahkamah kemudian menetapkan perbicaraan bersambung 15 April depan.
-Bernama-

Ahli PAS persoal penubuhan blok ketiga

Blok ketiga: Pas perlu muktamar khas
Pas
KOTA BHARU: Pas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.

Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut telah mengejutkan banyak pihak.
“Sejurus itu juga beberapa parti membuat penafian akan penglibatan mereka dengan blok ini. Malah, pengumuman itu pastinya juga menyebabkan ahli di akar umbi terpinga-pinga.

“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini? Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?” katanya.

Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9) Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan,

"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ''embuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.'' Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya," katanya.

Katanya, Pas perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan.

“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.

“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.
-sinarharian-

Keadaan Islam di akhir zaman

DARI Huzhaifah bin Al-Yaman (ra) berkata, “Manusia biasa bertanya pada Rasulullah s.a.w. tentang kebaikan, sedang aku bertanya kepada beliau tentang kejahatan, kerana khuatir akan menimpaku.” Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, kami dahulu pada masa Jahiliyah penuh dengan kejahatan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini (Islam). Apakah setelah kebaikan ini ada lagi keburukan?” Rasul s.a.w. menjawab, “Ya.” Saya bertanya: “Apakah setelah keburukan itu ada kebaikan?” Rasul s.a.w. menjawab, ”Ya, tetapi ada dukhan.”

Saya bertanya: “Apa dukhan itu?” Rasul s.a.w. menjawab, ”Kaum yang mengambil hidayah dengan hidayah yang bukan dariku, engkau kenali dan engkau ingkari (lawan mereka).”

Saya bertanya, ”Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan?”Rasul s.a.w. menjawab, “Ya, tetapi ada para penyeru ke neraka jahanam; barang siapa yang menyambut seruan mereka, maka akan ke neraka, maka mereka melemparkannya ke dalam neraka.”

Saya bertanya, “Ya Rasulullah, terangkan ciri mereka pada kami?” Rasul s.a.w. menjawab, “(Kulit) mereka sama dengan kulit (bangsa) kita, bercakap sesuai dengan bahasa kita.” Saya bertanya, “Apa yang engkau perintahkan padaku jika aku berada pada situasi itu?” Rasul s.a.w. bersabda, “Komitmen dengan jemaah muslimin dan imamnya.”

Saya bertanya, “Jika tidak ada pada mereka jemaah dan imam?” Rasul s.a.w. menjawab, “Tinggalkan semua firqah itu, walaupun engkau harus menggigit akar pohon sampai menemui kematian dan engkau tetap dalam keadaan tersebut.”

(Hadis Sohih riwayat Imam al- Bukhari dan Muslim) Merujuk kepada penerangan Imam an-Nawawi dan lain-lain kepada hadis di atas, kita boleh membuat beberapa kesimpulan ringkas seperti berikut:

1. Keadaan Jahiliyah sebelum Islam penuh dengan kejahatan dan keburukan. Oleh itu Nabi (s.a.w.) sentiasa mengelak perbuatan-perbuatan Jahiliyah.

2. Islam di zaman Rasulullah (s.a.w.) adalah Islam yang murni dan tulen, sekali gus ianya pujian ke atas sahabat-sahabat Rasulullah (s.a.w.) yang diajar oleh Rasul dan beramal Islam seperti ianya diturunkan.

3. Zaman Ali (r.a) selepas pembunuhan Othman (r.a) adalah zaman keburukan yang dicemari perpecahan dalam kalangan umat Islam.

4. Zaman Muawiyah adalah zaman kebaikan di mana umat Islam telah bersatu semula.

5. Zaman Muawiyah dan seterusnya dicemari oleh dukhan (asap), di mana Islam bercampur dengan perkara-perkara bukan Islam, Sunnah bercampur dengan bidaah. Inilah maksud: ”Kaum yang mengambil hidayah dengan hidayah yang bukan dariku, engkau kenali dan engkau ingkari mereka.” Di dalam riwayat lain disebutkan: “Imam-Imam yang tidak mengikut petunjukku, dan tidak mengikut sunnahku.”

6. Selepas zaman Muawiyah, keadaan Islam makin bertambah teruk sehinggakan muncul Syaitan bertopengkan Islam memanggil ke jalan Neraka.

Mereka muncul daripada kaum itu sendiri, tetapi berdakwah kepada kesesatan dan kekufuran. 7. Nasihat Rasulullah (s.a.w.) kepada umat akhir zaman agar terus berpegang kepada kerajaan Islam yang ada dan Imamnya.

8. Sekiranya tiada kerajaan, maka tinggallah semua kelompok-kelompok yang tidak mengikut al-Quran dan Sunnah dan bersabar.

9. Dicela sesiapa sahaja yang menjadikan sebagai agama sesuatu yang bertentang dengan al-Kitab dan Sunnah

10. Wajib membantah kebatilan yang bertentangan dengan petunjuk Nabi, walau siapa pun orang yang mengajak kepadanya. Oleh itu, janganlah kita terkejut sekiranya ada di antara amalan, atau kepercayaan yang kita sudah lama pegang dan amalkan dalam masyarakat orang Islam, tetapi pada hakikatnya, bukan menurut petunjuk Nabi Muhammad s.a.w.

Inilah juga salah satu sebab yang sangat penting umat Islam berada di dalam kehinaan dan lemah.
-detildaily-

Kanak-kanak 2 tahun dirogol, dikelar

India: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun kini bertarung nyawa selepas dirogol dan dikelar lehernya, dalam satu lagi kejadian rogol yang mengejutkan penduduk di India.

Ketika kejadian, kanak-kanak yang tidak dikenalpasti itu sedang bermain di luar rumahnya di Punjab apabila dia tiba-tiba hilang.

Ia memaksa bapanya melaporkan kepada polis dan tidak lama kemudian kanak-kanak malang itu ditemui di dalam sebuah rumah terbiar dalam keadaan berlumuran darah.

Senjata tajam turut ditemui di situ. Dia dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal.

Menurut doktor, ketika dibawa ke hospital, kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan di bahagian leher dan alat sulit.

Susulan itu polis menahan seorang budak lelaki berusia 14 tahun, yang sebelum itu dilihat bermain-main bersama anak-kanak terbabit.

Kanak-kanak tersebut tinggal di kawasan setinggan berhampiran stesen keretapi dan bapanya bekerja sebagai penjaja.

“Apabila anak saya hilang, kami mula mencarinya dan kami kemudian mendengar bunyi jeritan dari sebuah rumah yang terbiar dan dikunci dari luar.

“Saya pecah masuk ke dalam bilik itu dan mendapati anak saya terbaring dalam keadaan separuh bogel serta berlumuran darah,’’ kata bapanya.

Budak lelaki yang bertanggung jawab melakukannya ditangkap ketika cuba melarikan diri dan dia akan didakwa atas tuduhan merogol serta cubaan membunuh.
-kualalumpurpost-

Blok politik ketiga: PAS hanya nak kacau daun

Pakar: Laluan sukar untuk blok politik ketiga
 Ahmad Marthada MohamedSHAH ALAM – Tindakan Pas membentuk blok politik ketiga di negara ini untuk menyayingi Pakatan Harapan bakal berdepan laluan sukar kerana pengundi akan meneliti terlebih dahulu sama ada gabungan baharu itu mempunyai kekuatan dan pengikut tersendiri.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, keadaan berbeza dengan parti-parti yang sememangnya mempunyai penyokong tersendiri di dalam Pakatan Harapan.

“Saya lihat, apa jua gabungan oleh parti Islam itu perlu dinilai sama ada rakan kerjasama mereka mempunyai kekuatan tersendiri ataupun hanya mengharapkan kekuatan daripada Pas semata-mata.

“Jika mereka hanya mengharapkan kekuatan Pas, penubuhan blok politik ketiga ini sememangnya akan berdepan laluan sukar,” katanya kepada Sinar Online.

Marthada menambah, penubuhan blok politik ketiga tersebut juga dibimbangi akan menyebabkan berlakunya pertembungan tiga penjuru dan memberi kesan kepada parti-parti politik lain yang bertanding.

Menurutnya, sekiranya perkara tersebut berlaku, ia pastinya akan menyebabkan berlakunya pecah undi serta memberi kelebihan buat Barisan Nasional (BN).

“BN mempunyai kekuatan tersendiri dan jika berlaku pertembungan tiga penjuru, ia akan memberi kesan kepada jumlah undi,” katanya.

Pas akan mengumumkan pembentukan blok pembangkang baharu yang akan melibatkan sebuah parti pelbagai kaum dan NGO, hari ini.
-sinarharian-

Rombakan Kabinet Dalam Masa Terdekat ?

Zabidi Hj Saidi
Semalam Mingguan Malaysia melaporkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz disebut-sebut bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam masa terdekat.
Othman, 57, yang merupakan ahli politik kanan di Kedah, ketika ini adalah Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri.

Pelantikan itu bagi mengisi kekosongan ditinggalkan penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang dilantik sebagai Menteri Besar Kedah baru-baru ini.

Ahmad Bashah pernah memegang jawatan timbalan menteri kementerian berkenaan sejak 2013.

Sementara itu, Othman ketika dihubungi memberitahu, terlalu awal untuk beliau memberi reaksi mengenai pelantikan itu.

"Saya tidak tahu mengenai pelantikan ini. Tunggu pengumuman dulu sebab saya memang tidak tahu apa-apa (pelantikan sebagai timbalan menteri)," ujarnya.

Pada 3 Februari lalu, Ahmad Bashah meletak jawatan dalam Kabinet selepas dilantik menjadi Menteri Besar baharu bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ketika ini diterajui menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Minggu lepas sudah heboh di parlimen rombakan kabinet akan dibuat dalam masa terdekat di mana beberapa menteri akan digugurkan. Ini memandangkan hanya beberapa orang menteri sahaja yang beriya benar mempertahankan Najib Razak iaitu Nazri Aziz, Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan.

Manakala ramai menteri membisu dalam isu serangan pembangkang terhadap Najib terutamanya menteri-menteri Umno. Sementara itu, sumber berkata Najib dijangka membawa masuk ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet.

Minggu lepas Najib telah menemui Ku Li setelah empat kali Najib membuat temujanji

baru dapat menemuinya. Di Gua Musang dua hari lalu Ku Li telah memberitahu pemberita beliau telah menemui Najib dan memberi nasihat kepada Najib menjawab semua isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

Adakah Najib menawarkan jawatan kabinet kepada Ku Li hanya dapat diketahui apabila ada rombakan kabinet nanti.
http://catatanzabidi.blogspot.my

Mengapa Orang Kafir Masuk Neraka Meskipun Suka Berbuat Baik? Ini Jawaban Dr Zakir Naik

Tranungkite
Salah satu keyakinan dalam Islam adalah orang kafir, meskipun suka berbuat baik, ia akan masuk neraka dan kekal di dalamnya. Apalagi jika sudah kafir lantas memusuhi dan memerangi Islam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ وَالْمُشْرِكِينَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أُولَئِكَ هُمْ شَرُّ الْبَرِيَّةِ

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang yang musyrik (akan masuk) ke neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya. Mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk” (QS. Al Bayyinah: 6)

Dr Zakir Naik pernah ditanya tentang prinsip tersebut. Karena yang bertanya adalah non muslim, ahli perbandingan agama itu pun menggunakan analogi untuk menjelaskannya.

“Saudara, jika kita mengikuti ujian, misalnya aku ujian ke perguruan tinggi, ada enam ujian yang harus kuikuti: sains, matematika, bahasa Inggris, bahasa India, sejarah dan geografi, aku harus lulus semuanya. Jika aku mendapat nilai 100 dalam lima mata pelajaran tapi dalam satu pelajaran, sains, aku mendapat nilai 20, apakah aku akan lulus? Aku akan gagal,” kata Dr Zakir Naik.

“Jadi sama seperti itu, persyaratan untuk pergi ke surga yang pertama kau harus memiliki iman, kemudian amal saleh, mengajak orang lain kepada kebenaran dan menasehati orang lain agar bersabar.

Kau mungkin orang yang baik, kau mungkin bersedekah dan sebagainya, tapi jika kau tidak punya iman, jika kau tidak beriman kepada Tuhan yang Maha Esa, jika kau tidak menyembah Sang Pencipta yang sejati, kau gagal dalam ujiannya.

Jadi agar engkau lulus, kau harus lulus dalam keempat persyaratan ini: iman kepada Tuhan yang Maha Esa, jangan menyembah berhala, tidak beriman kepada tuhan yang salah. Yang kedua, melakukan amal kebaikan. Yang ketiga, mengajak orang lain dalam jalan kebenaran (dakwah). Yang keempat, menasehati orang lain agar bersabar.

Jika kau tidak beriman kepada Tuhan yang Maha Esa dan kau menyekutukanNya, maka kau tidak lulus dalam ujian akhirat. Kau gagal.” [Ibnu K/Tarbiyah]

Dalang Pertukaran Ketua Puteri Terengganu ?

Zabidi Hj Saidi
Hujan tidak ribut tidak tiba tiba Ketua Puteri Umno Terengganu, Rozita Ismail ditukar. Namun demikian Ketua Puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati Samsuddin menangguhkan pertukaran tersebut ke tarikh lain selepas keluar berita bahawa Rozita diganti oleh Ketua Puteri Umno bahagian Besut, Erniesalwani Saidi.
Pertukaran ini ditangguhkan kerana Terengganu baharu sahaja digemparkan dengan berita usul undi tidak percaya oleh ADUN Kijal, Ahmad Said kepada MB Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman. Menurut sumber, Rozita yang juga Ketua Puteri Umno Bahagian Hulu Terengganu tidak ngam dengan Mas Ermieyati.

Malah beliau pernah dikatakan sabotaj lawatan Timbalan Menteri Pelancongan itu ke negeri Terengganu sehingga beliau membatalkan lawatan tersebut. Rozita dikatakan rapat dengan pejabat MB dan penangguhan pertukaran itu dikatakan dimainkan peranan oleh pegawai di pejabat MB.

Sebenarnya ada dalang di sebalik pengguguran Rozita ini. Ketua Puteri Umno di sebuah bahagian dikatakan merancang konspirasi untuk menjatuhkan Rozita dan mahu jadi Ketua Puteri Umno negeri dengan harapan apabila dilantik sebagai Ketua Puteri negeri maka peluang untuk jadi calon terbuka luas. Tetapi begitulah kehendak Tuhan. Manusia cuma merancang tetapi Allah yang menentukan. Orang yang merancang kejatuhan Rozita ini kecewa kerana beliau tidak dilantik Ketua Puteri negeri sebaliknya Ketua Puteri Umno Besut yang dilantik.

Dalang itu sudah tentu terkejut kerana pilihannya tidak dilantik oleh Mas Ermieyati. Yang lebih menghairankan bagaimana kononnya berita Bernama disebar dalam wasap grup yang mengatakan bekas Ketua Umno Bahagian Dungun, Rosli Mat Hassan sanggup menjadi penasihat Puteri Umno terengganu lantaran pertukaran Rozita.

Ketua Biro Bernama Terengganu telah membuat laporan polis bahawa berita yang disebarkan dalam wasap itu adalah berita palsu dan memang tak logik orang lelaki jadi penasihat puteri. Berita itu memuji kehebatan puteri Umno Bahagian Dungan sedangkan kerusi parlimen Dungun yang ditandingi Pok Li pada PRU 13 kalah. Sepatutnya pemimpin yang sudah ditolak rakyat seperti Pok Li ini berehat sahaja dan tidak payah campur politik lagi.

Semoga pertukaran ini bila dikuatkuasakan kelak tidak menjejaskan jentera puteri Umno Terengganu nanti.
http://catatanzabidi.blogspot.my