PRN Serawak: 5 calon Amanah ini berpeluang menang

MALAYSIA DATELINE
Lima calon Amanah yang dijangka berpotensi untuk menang dalam Dun yang ditandingi mereka dalam PRN Sarawak.
Lima calon Amanah yang dijangka berpotensi untuk menang dalam Dun yang ditandingi mereka dalam PRN Sarawak.

Selepas 4 hari kempen berjalan, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak.

Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.

Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).

Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.

Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).

Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).

Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).

Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.

Rapelson, seorang OKU kini mendapat simpati pengundi selepas beliau diserang kerana kekurangan beliau padahal calon Amanah ini mempunyai banyak kelebihan termasuk menjadi orang kepercayaan anak Sarawak untuk memperjuangkan isu tanah di negeri ini.

Beliau akan berhadapan dengan calon BN, bekas menteri muda kerajaan negeri, Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB) yang sebelum ini bertanding di Simunjan.

Sementara itu, Abang Abdul Halil, seorang jurutera yang mewakili Amanah di Muara Tuang pula dikatakan bergerak sejak sekian lama di sini untuk bertanding kali ini.

Sebagai Setiausaha Amanah Sarawak, Abang Naili, bekas aktivis Ikram banyak dibantu oleh jentara dari NGO Islam itu.

PRN Serawak: Petugas PAS diusir dari masjid

Tranungkite
JEPAK, 29 April : Petugas kempen PAS di Dun Jepak diarah keluar dari sebuah masjid ketika sedang makan selepas menunaikan solat Zuhur di situ.

Menurut sumber, pengerusi masjid tersebut memberi amaran kepada mereka untuk tidak lagi makan di situ.

Mereka diminta meninggalkan masjid sebaik sahaja selesai makan. Bahkan pengerusi itu mencadangkan agar makan sahaja di luar dan tidak lagi di masjid.

Mereka diarah keluar tanpa penjelasan yang sewajarnya. Para petugas hanya menumpang makan dan tidak melakukan sebarang aktiviti lain sama ada berkempen mahupun perkara yang mencemari masjid.

Mereka meninggalkan masjid tersebut sebaik sahaja selesai makan seperti yang diminta. Tiada sebarang pertengkaran dan pergaduhan yang berlaku.

Islam Adalah Hadiah Terbesar Dari Allah Dalam Hidup Saya! - Profesor Okuda

Prof. Dr. Atsushi Kamal Okuda, Profesor bidang Politik di Universitas Keio yang juga merupakan Ilmuwan muslim Jepang dan pendidik ahli di sejumlah universitas di Tokyo Jepang.

Dr Kamal Okuda telah lama berjuang mencari kebenaran dan agama yang haq, sampai akhirnya ia memutuskan untuk memeluk agama Islam. Dia menjelaskan hidupnya sebelum memeluk Islam:

“Sebelum memeluk Islam hidup saya adalah barbar .. Sangat barbar! Jahil.. saya buta akan kebenaran!”

Dr. Okuda adalah contoh yang sangat baik bagi umat Islam di Jepang. Dia mengambil minat dalam perundang-undangan Islam, ia pindah ke Aleppo-Syria untuk melanjutkan studi dan belajar bahasa Arab. Dia mengatakan: “Pada saat itu saya masuk Islam .. Saya percaya bahwa ini adalah hadiah terbesar dari Allah dalam hidup saya!”.

Saat ini, Dr Okuda bekerja keras dengan rekan-rekannya dan para mahasiswa di Jepang untuk menyebarkan Islam di Jepang untuk menyelamatkan bangsa mereka. Semoga Allah memberi mereka keberkahan dan kelancaran dalam dakwahnya. Amiin

Sumber: Islam In Japan

Apa cerita sebenar di Terengganu?

Tuan Nazurri
Terengganu Darul Iman sekali lagi bergolak melibatkan krisis antara Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin
Segala-galanya bermula selepas Sultan Mizan menarik balik semua gelaran yang diberikan kepada Menteri Besar Terengganu ke-14 itu berkuatkuasa 22 April lalu.

Maka, tersebar pelbagai dakwaan kononnya Sultan Terengganu murka dengan teks ucapan yang dibacakan Sultan Mizan yang memperkecilkan sumbangan Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Akhbar Cina pula membuat spekulasi bahawa krisis itu berpunca apabila Ahmad Razif menyokong pendakwah dari India, Dr Zakir Naik dan menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.

Apapun spekulasi punca krisis itu bermula, kedudukan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar dikatakan ibarat ‘nyawa di hujung tanduk’ kerana sebagai ketua pentadbir sebuah kerajaan, Menteri Besar mesti mempunyai hubungan sangat baik dengan Sultan Terengganu.

Menteri Besar bertanggungjawab menghadap Sultan sama ada sebelum atau selepas Mesyuarat EXCO Negeri untuk memaklumkan perkembangan negeri dan keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan negeri yang memerlukan perkenaan daripada Sultan.

Jika hubungan Menteri Besar dan Sultan tidak baik, pentadbiran negeri terganggu dan banyak keputusan-keputusan tidak dapat dilaksanakan.

Justeru, dalam krisis di Terengganu ini, jalan paling baik adalah menukar Menteri Besar supaya krisis itu tidak terus berpanjangan.

Jika dikatakan kerusi Menteri Besar Selangor panas, sebenarnya Terengganu lagi panas berdasarkan sejarah Datuk Seri Idris Jusoh apabila beliau tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua selepas pilihan raya 2008.

Beberapa kain rentang yang berbunyi “Kami nak Idris, natang”, yang bermaksud “kami hendak Idris, binatang” dalam loghat Terengganu, telah dipamer di depan kediaman rasmi bekas Menteri Besar Terengganu itu dan beberapa tempat strategik di bandar itu oleh orang yang tidak diketahui.

Tiada siapa mengaku memasang kain rentang itu tetapi insiden itu telah menimbulkan persepsi berlaku penderhakaan kepada institusi beraja di negara ini

ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai Menteri Besar ke-13 menggantikan Idris yang mendapat perkenan Sultan Terengganu, namun Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi mempertikai hak Sultan melantik Menteri Besar, dengan berkata bahawa pelantikan Ahmad Said “tidak mengikut Perlembagaan”.

Pada Mei 2014, pelantikan Ahmad Razif pula menjadi perhatian selepas Ahmad Said ‘dipaksa meletak’ jawatan Menteri Besar. Ahmad yang terkenal dengan gelaran ‘nelang’ atau ‘berani melawan’ pada mulanya enggan meletak jawatan dan mengugut mendedahkan rahsia kerajaan tetapi akhirnya akur.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu tahun lalu, Ahmad menggegarkan negara apabila mendakwa peletakan jawatan Menteri Besar ada kaitan dengan Terengganu Invesment Authority (TIA) yang sekarang dikenali 1MDB.

Katanya, dia pernah menolak cadangan 1MDB untuk pajak gadai hasil petroleum dan gas di Laut Terengganu yang menyebabkan Perdana Menteri tidak puas hati dan mendesaknya meletak jawatan.

Berbalik kepada krisis Ahmad Razif dan Sultan Terengganu, penganalisis politik berpendapat jalan terbaik adalah menggantikan Menteri Besar baharu.

Spekulasi pula menyebut dua nama, ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan ADUN Telemong, Datuk Pozi Mamat bagi menggantikan Ahmad Razif.

Namun antara kedua-dua calon itu, peluang Mohd Jidin lebih cerah kerana lebih berpengalaman dan pernah menjadi Ahli Parlimen Setiu dan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadap Sultan Terengganu dalam waktu terdekat ini dan cerita mula tersebar pihak Istana Terengganu sudah bersiap sedia untuk majlis mengangkat sumpah Menteri Besar baharu.

Dikhabarkan pula Najib dan pihak istana mempunyai calon masing-masing untuk mengetuai pentadbiran negeri.

Adakah Ahmad Said ada kaitan dalam krisis ini? Ini kerana beliau pernah meramalkan Ahmad Razif bakal kehilangan jawatan Menteri Besar.

Ahmad Said menafikan perkara itu dan mengaku tidak tahu menahu Sultan Terengganu menarik semua gelaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif.

Biar apapun, rakyat Terengganu berharap krisis ini tidak berpanjangan seperti di Kedah, kerana ia boleh mengganggu pentadbiran negeri selain ia memberi gambaran sebenar bahawa UMNO sedang menghadapi masalah besar di negeri itu.

Pusingan 'U' Najib Dalam Perlantikan Gabenor Bank - GST Naik Ke 8%? - Baca Laporan Ini.

Tranungkite


Kena blocked. Maka yang tak reti nak by pass tak boleh nak baca. Copy paste kat bawah neh untuk sebaran awam.



Najib buat pusingan U dalam melantik Gabenor Bank Yang Baru.

How much immense effort Najib and his PR folk have to put into scoring such trivial points! 

There is a reason this appointment was delayed to the 59th minute of the 11th hour in the middle of a major financial crisis, which was that the Agong had signed off the 1MDB Advisory Board member Irwan Serigar Abdullah and was entitled to refuse to change his position.

Once the WSJ had pre-empted the scandalous appointment it took all Najib’s energy to get the nomination changed by a rightly angry Agong – just so he could point-score that the WSJ had been ‘proved wrong’.

Insiders in Putrajaya have been laughing at the matter for weeks and the desperate PM has achieved nothing from the stunt, which like the earlier Saudi minister event, is like tossing pins at a rolling tank of justice that is bearing down upon their heads.


The appointment of Muhammad Ibrahim as the new Bank Negara Malaysia governor has once again exposed The Wall Street Journal‘s “lies and total disregard for facts” in its reporting on Malaysia, charged Prime Minister Najib Abdul Razak’s press aide.

“WSJ reported as fact multiple times, including by Ken Brown on April 20 and Tom Wright on March 11, that the prime minister appointed Irwan Serigar Abdullah to be the new governor and that he was linked to 1MDB.

“This was despite no announcement having been made, and based on anonymous sources,” added Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad in a media statement.

He pointed out that Putrajaya had today named current deputy governor Muhammad Ibrahim as the new governor to replace Zeti Akthar Aziz, who has retired.

Muhmammad Ibrahim would assume his duties starting May 1. - http://www.sarawakreport.org/






Okay. Gabenor bank yang baru ialah Muhammad Ibrahim. Bukannya Irwan Serigar. Dalam laporan di atas menyebut Najib pada asalnya nak melantik Irwan sebelum dia membuat pusingan U dan melantik orang lain. Spekulasi di laman sosial mengatakan isu 1MDB In Default dan kompaun BNM yang menyebabkan Najib buat pusingan U. Bernama pada semalam menafikan semua laporan media yang mengatakan Najib buat pusingan U dalam perlantikan gabenor bank yang baru. WSJ dalam penulisannya semacam menyindir respon pegawai komunikasi antarabangsa Najib yang mengatakan bahawa WSJ terbukti bohong dalam isu perlantikan gabenor bank baru. Seolah2 seperti memancing team Najib mencabar, mereka seperti mempunyai bukti seperti SURAT PERLANTIKAN IRWAN sebagai GABENOR BANK yang baru sebelum ditukar kepada Muhammad Ibrahim. Pertembungan Najib VS WSJ sama-sama kita saksikan kesudahannya kelak.



Dan selepas Muhammad Ibrahim diumumkan sebagai gabenor bank yang baru, aku dapati beberapa facebooker (tak check id dan status) mengcopy paste satu keterangan bahawa berdosalah mereka yang menuduh Najib dan paste berita Muhammad Ibrahim dilantik sebagai gabenor bank yang baru di pelbagai pages. Masa nampak mereka beria2 copy paste berita tu aku ada rasa sesuatu. Rupa2nya ini adalah sebahagian dari drama bersiri Putrajaya rupa2nya..



Dan satu lagi laporan dari MC.



GST Naik 8% Menjelang Tahun 2017 Untuk Cover Hutang 1MDB.



Muhammad Ibrahim should send a postcard thanking The Wall Street Journal for exposing an initial decision by Najib administration, allegedly to appoint bootlicker Irwan Serigar Abdullah as the next Bank Negara (Central Bank) Governor. Muhammad, presently the Deputy Governor of Bank Negara Malaysia will take over from Zeti Akhtar Aziz effective from May 1, for 5 years.



It’s absolutely hilarious seeing Prime Minister Najib Razak, red-faced, make a major U-turn just to prove the WSJ was wrong. Perhaps Najib’s overpaid band of bloggers should challenge the WSJ to produce documents showing Irwan Serigar’s supposedly “done-deal” appointment. In retaliation, the WSJ might publish the “proof” so that Najib could be humiliated – again.

Only time will tell if Harvard-graduate Muhammad Ibrahim is too weak to stand against interference and instruction from Putrajaya and becomes Najib Razak’s new pet. For now, this guy is relatively better than Irwan Serigar, who sits on the board of 1MDB as an advisor and various other important boards, acting as the prime minister’s eyes and ears.
All eyes are on the new Governor Muhammad Ibrahim if he would clear PM Najib Razak of all wrongdoings in the 1MDB scandal, the same way newly appointed Attorney General Mohamed Apandi Ali and Public Accounts Committee Hasan Ariffin had done. If he’s a man of integrity and honour, the new governor can do real damage with his powerful post to Najib.
While Najib Razak is trying very hard to walk, act and look cool, the Malaysian prime minister is actually under tremendous pressure from not only domestic demands but also international authorities on his 1MDB scandal. We had written about a possible snap election to be called this year, and we believe theprobability has just increased that Najib would proceed with it this year.

What’s keeping him from calling it yesterday is the Sarawak state election, which is now in full swing. Najib’s Barisan Nasional (BN) government is expected to win big in Sarawak, thanks to internal fighting between DAP and PKR, two of three opposition parties forming Pakatan Harapan (Coalition of Hope), which doesn’t really seem to promise any hope at the moment.
Still, Najib needs to know – officially – what the people of Sarawak think about his administration. Here’s the puzzle: can Chief Minister Adenan’s popularityoffset 1MDB scandal and GST issue? More importantly, they need to know the number of parliamentary seats that can be won after the redelineation of parliamentary and state constituencies in the state.

And the results from the state election can provide the answer whether BN could maintain, or increase their parliamentary seats won in 2013. Out of 31 parliamentary seats allocated for the state of Sarawak, BN won 25 in 2013 as compared to 30 in 2008 national election. The latest redelineation was unfairly drawn to help BN recapture the 5 seats lost.
But why’s the rush for a snap election now when the 1MDB refuses to die a natural death? That’s precisely why Najib needs to call for a new mandate. The 1MDB is now a full-blown crisis so serious that it’s not about a village boy fights between Najib Razak and Mahathir Mohamad anymore. The fight has escalated and is now between Najib and the World.

While US$50 million is not a huge amount, the fact that Najib chose to default on the interest payment has made it a huge issue. Essentially, bond holders are facing at least US$4.5 billion (RM17.6 billion) in potential liabilities.Soon, sovereign credit rating agencies such as Moody’s and S&P may be forced to downgrade Malaysia’s rating.
In a nutshell, Najib needs truckloads of money to fix his 1MDB debt problems before Moody’s and S&P swing into action. What about the RM2.3 billion cash sitting in bank as claimed by 1MDB President Arul Kanda? Well, if you believe him that 1MDB is really debt-free, then you should believe Tooth Fairy is your neighbour and Donald Trump is still a virgin (*grin*).

Therefore, the only place to get money is through taxes unless the prime minister plans to jump start Malaysia into a regional drug-trafficking hub. One has to remember under Najib, the country’s total gross external debt has climaxed in excess of RM830 billion. That means tons of money would disappear into thin air annually just on interest payment alone.
The only place to raise taxes is none other than the existing 6% GST cash cow. Actually this is not really a secret anymore. If you’re a business owner, especially in the trading and services sector, chances are your suppliers would have tipped you that Najib Razak is planning to increase the GST rate to 8%, a 2% jump, effective 1 April 2017 (next year).

Since its introduction on 1 April, 2015 until end of January 2016, the government happily collected RM51 billion. That’s roughly RM5.67 billion in monthly collections for a period of 9 months, translating into RM67.92 billion for 12 months. A simple calculation shows an additional 2% increase in GST to 8% would bring in a staggering RM22.64 billion every year.
In other words, Najib Razak will be flushed with an “extra RM1.88 billion” –every month – when the GST is increased from 6% to 8%. That’s freaking lots of money to pay whatever outstanding debts from his screwed up 1MDB project. On paper, 2% doesn’t look awfully huge but 2% from 6% is actually a33.33% or one-third increase.

The amazing part is this. When raised eventually, the additional 2% GST tax will be permanent, not temporarily, even after 1MDB scandal and debt are solved. What this means is Najib will be laughing all the way to the bank withRM90.56 billion of 8% GST, screwed from 30 million Malaysians’ hard-earned money – every *****ing year.
Now, some speculate that the quantum of increase would be much higher, from 6% to 10%. But we think that would be overkill and could trigger a serious“people uprising”, a risk Najib isn’t willing to take. Furthermore, if GST is indeed increased from 6% to 10%, the pricing of goods and produce could be jacked up by as much as 50% by suppliers and traders, thanks to zero government enforcement.

Regardless whether the new rate to be introduced is 8% or 10%, everyone in the business community agrees on this – the GST is set to increase next year. Not only is the extra RM22.64 billion annual income critical to the lavish-spender Najib regime, it’s also necessary to satisfy sovereign credit rating agencies such as Moody’s and S&P not to downgrade Malaysia’s rating.
Because a period of 12-month is too close for comfort, Najib cannot risk increase GST in 2017 and dissolve Parliament for national election due in 2018. Of course, he can always call for a snap election next year and push up the GST rate in 2018 after he win the election. But his 1MDB scandal couldtake a turn for the worse between now and 2017. - http://www.financetwitter.com/
(rujuk)



Okay, pendapat aku satu je. Najib kena declare samada ya atau tidak laporan di atas. Betul ke Najib nak naikkan kadar GST kepada 8%? Sebelum neh memang ada penafian bahawa kekononnya DAP fitnah Najib nak naikkan kadar GST kepada 8%. Tapi pelik beb. Website finance tu pun tak dapat di akses selain dari MC yang memang dah lama kena block dengan SKMM. Website2 yang kerajaan block biasanya melaporkan sesuatu yang kritikal kepada kerajaan dan laporan2 tersebut kebanyakkannya terbukti berasas dan ada kebenarannya.



Jadi, Najib perlu buat pengisytiharan terbuka bahawa KERAJAAN TIDAK AKAN MENAIKKAN KADAR GST kepada apa-apa KADAR sekalipun samada dalam MASA TERDEKAT atau MASA TERJAUH. Phewww..



Bukan apa. Aku rasa BN akan menang di Sarawak. Jika ini berlaku, dan selepas itu kerajaan tetap menaikkan kadar GST maka ada la benda yang kita sebagai masyarakat kena buat..



Oke bai.



Sumber LINK

Budak ‘terbang’ ditiup angin pusar (Gambar)

Terbang
Beijing: Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun cedera selepas ‘terbang’ akibat dilambung beberapa meter di udara oleh angin pusar yang tiba-tiba melanda di sekolahnya.

Dalam kejadian itu yang sempat dirakam dan tersebar di Internet, Li Jiaqi, pelajar gred tiga di sekolah rendah di daerah Guazhou itu sedang bermain di padang bersama rakannya sebelum tiba-tiba diangkat angin seperti puting beliung kecil itu.

Kejadian itu menyebabkan kanak-kanak yang berada di atas padang terkejut dan bertempiaran menyelamatkan diri manakala pakaian, beg dan sampah-sarap berterbangan.
Li satu-satunya mangsa yang cedera selepas terjatuh beberapa meter dan dikejarkan ke hospital selepas kejadian.

Dia bagaimanapun cuma mengalami kecederaan ringan sebelum dibenarkan pulang.

Guazhou mengalami fenomena cuaca pelik sejak kebelakangan ini termasuk ribut pasir kuat yang hanya bertahan selama 10 minit.
-kualalumpurpost-

Hilang kerja, dihalau selepas peluk Islam Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir Naik

Harinder Pal Singh
Harinder Pal Singh
SHAH ALAM - Seorang lelaki berketurunan Sikh kelahiran India, Harinder Pal Singh mengakui hilang pekerjaan serta dihalau dari rumah sewa selepas memeluk Islam ketika sesi ceramah Dr Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalik 14 April lalu.

Harinder berkata, dia kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak diperbaharui dan turut dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Katanya lagi, dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Sementara itu, memetik My News Hub penyanyi Noh Hujan yang kini berada di Timur Tengah bersama isterinya Mizz Nina bersedia membantu Harinder dengan menawarkan pekerjaan di restoran miliknya.
-sinarharian
------------------------

MASIH ingat kepada Harinder Pal Singh, lelaki yang melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu?

Syukur, Harinder yang berketurunan Sikh kelahiran India, kini sudah menemukan hidayah menuju jalan Allah.

Cuma harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.
Diboikot Kerana Lafaz Syahadah Ketika Ceramah Dr Zakir
Kini Harinder kehilangan pekerjaan sebagai penjawat swasta kerana kontraknya tidak lagi diperbaharui. Lebih tragik, Harinder dihalau keluar rakan serumah kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

“Saya perlukan pekerjaan,” katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa #PenghijrahanFenomena.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya.

Pelukan dan tepukan yang diterima sebaik sahaja melafazkan syahadah secara langsung tidak cukup, inilah waktunya pertolongan saudara-saudara baharu cukup bermakna buat Harinder.

Janganlah pulang sahaja Dr Zakir Naik dari Malaysia maka perasaan meraikan saudara-saudara baru kita turut pergi bersamanya!

Kisah Harinder yang memerlukan bantuan kita semua ini, akan disiarkan dalam program yang bakal bersiaran di saluran Al-Hijrah tak lama lagi.. 
– MYNEWSHUB.CC

Gambar supercar buatan pertama Malaysia yang bakal dijual dengan harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit

Supercar3
Kira-kira 11 tahun yang lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Esna Venere, iaitu nama yang sering dimomokkan sebagai supercar pertama Malaysia.

Esna Vanere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan yang bernama Esmail Naziadin.

Esnasports pada asalnya merancang untuk dipertontonkan kepada umum dalam acara Geneva Motor Show 2006 dan menguji jentera tersebut dalam Le Mans 24 Hours Endurance Race pada tahun berkenaan.

Kereta ini dijangka dibuat terhad kepada 150 unit sahaja dengan 20 unit dilaporkan sudah mula ditempah pada tahun berkenaan yang mana dijangka dijual pada harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit.
Supercar
Bagaimanapun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere ditamatkan serta merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.


Mengikut perancangan Enasports, kereta ini sepatutnya dikeluarkan untuk pasaran pada tahun 2006 namun disebabkan namun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere telah ditamatkan serta-merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja.
supercar1
Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang berkemungkinan mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sport car yang lain seperti Porche dan Ferrari.

Spesifikasi Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder superchargeddipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon. Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara. 
– Mynewshub

Lelaki cuba tanggalkan seluar dalam kekasih di khalayak ramai (Gambar)

Kes curang
Seorang lelaki di China yang mengesyaki kekasihnya curang, telah bertindak keterlaluan apabila cuba menanggalkan seluar dalam teman wanitanya itu di khalayak ramai, di depan restoran makanan segera McDonald.

Dia sanggup merebahkan diri ke tanah semata-mata mahu menarik seluar dalam berwarna merah milik wanita itu.

Meskipun dia dipukul dan ditampar namun lelaki berkenaan tidak mempedulikan maki hamun yang diterimanya daripada kekasihnya itu.

Lelaki itu mendakwa wanita itu berlaku kejam dengannya kerana mempunyai kekasih lain.
Adegan berkenaan telah dirakamkan dan apabila ia tersebar di media sosial, netizen telah mencemuh orang ramai yang menyaksikan drama tersebut.

“Malangnya tiada siapa yang membantu wanita berkenaan tetapi mereka tidak melepaskan peluang untuk merakamankan adegan terbabit,” bidas seorang netizen.
-kualalumpurpost-

Dharmendran didera polis sehingga mati – Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Adam Abu Bakar
yaakodnelayan
PUTRAJAYA: Anggota polis yang menyoal siasat N Dharmendran bertanggungjawab terhadap kematian tahanan itu dalam lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), pada 21 Mei 2013.

Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Yaacob Md Sam berkata, siasatan suruhanjaya itu mendapati, kematian Dharmendran berpunca daripada penggunaan kekerasan fizikal oleh anggota polis.

Jelasnya, laporan bedah siasat dari Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati, wujud 52 kecederaan dalam bentuk kesan lebam pada mayat Dharmendran.

Kesan lebam itu dipercayai berpunca daripada hentakan objek atau benda tumpul yang mengakibatkan kehilangan darah dengan banyak sehingga menyebabkan renjatan hipovolemia.

“Terdapat dua dawai kokot tertanam di telinga si mati, iaitu satu di telinga kanan dan satu di telinga kiri yang meninggalkan kesan berlubang.

“Pakar forensik mengesahkan dawai kokot ini diketip di telinga si mati, semasa si mati masih hidup yang dianggarkan tidak lebih daripada dua hingga tiga hari, sebelum tarikh bedah siasat,” katanya dalam sidang media di Bangunan Menara Usahawan, hari ini.

Lebih mengejutkan, katanya, EAIC turut mendapati, laporan polis berhubung kematian Dharmendran yang dibuat anggota sentri Lokap D9 atas arahan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Risikan dan Operasi IPKKL mengandungi maklumat palsu.

“Suruhanjaya mendapati ada perlakuan salah laku yang serius melibatkan pegawai-pegawai kanan PDRM untuk melindungi fakta sebenar keadaan kematian si mati.

“Mereka telah bertindak mereka-reka maklumat yang diketahui sebagai tidak benar atau palsu yang menghalang siasatan kes dilakukan secara adil dan saksama,” katanya.

Sehubungan itu, Yaacob berkata, laporan siasatan EAIC itu akan diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Peguam Negara, hari ini.

Beliau berharap laporan setebal 229 muka surat itu boleh dijadikan bukti untuk mendakwa anggota polis terbabit atas pemalsuan maklumat dan pengubahan dokumen.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013, atas dakwaan cuba membunuh membabitkan senjata api.

Pada 26 Februari 2016, Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur memerintahkan Inspektor S Hare Krishnan, 42, Sarjan Jaffri Jaafar, 46, Koperal Mohd Nahar Abd Rahman, 47, dan Koperal Mohd Haswadi Zamri Shaari, 34, membela diri atas pertuduhan membunuh Dharmendran, selepas mengetepikan pembebasan mereka oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Terdahulu, pada 12 Disember 2014, Datuk Kamardin Hashim yang ketika itu merupakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan empat anggota polis itu daripada pertuduhan membunuh Dharmendran, kerana mendapati tiada kes prima facie terhadap mereka.

EAIC telah mengadakan lima sesi pendengaran awam kes Dharmendran yang dibuka kepada orang awam dan pihak media, mulai 27 Julai 2015 hingga 16 November lalu.
-freemalaysiatoday

Pengakuan Arul Kanda: KPN, SPRM, Peguam Negara, Menteri Kabinet tolong jawab

Khairuddin Abu HassanDatuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Peguam Negara dan menteri kabinet menjawab pengakuan Arul Kanda Kandasamy mengenai berlakunya unsur penipuan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata dengan perkembangan terkini yang mana Arul Kanda selaku Presiden /Pengarah Eksekutif 1MDB yang dulunya buat pelbagai penafian salah laku 1MDB telah mengaku ujudnya unsur-unsur penipuan di dalam urus-tadbir syarikat bermasalah tersebut.

"Jadi kini saya nak tanya ketua polis negara, peguam negara, sprm serta semua' kaki-kaki bodek' dan menteri-menteri bangang Umno, apa macam?

"Selama ini siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kes skandal kewangan yang terbesar di negara kita sudah muncul secara amat jelas.

" Apa macam... Salleh Tun Said Kruak, Azlina Othman Said, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Tengku Adnan Mansor, Nazri aziz, Mustapha Mohamad, Annuar Musa, Shabery chik, Puad Zarkashi, Shahril Samad, Rahim Tamby Chik, Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan dan beberapa lagi 'kaki bodek' pemimpin-pemimpin di dalam Umno.

"Apa yang saya perjuangkan selama ini adalah untuk selamatkan wang kerajaan serta duit rakyat dari diselewengkan. Saya lah yang nak selamatkan ekonomi negara bukan untuk sabotajnya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Justeru katanya lagi, Najib selaku perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat lembaga penasihat syarikat 1MDB mesti bertanggungjawab dalam kes penyelewengan yang berlaku.

Walaupun apa juga alasan yang Arul Kanda beri ujarnya, perlu bertanggungjawab .

"Arul Kanda selama ini telah menipu seluruh rakyat. Mereka yang mengkhianati amanah rakyat mesti diambil tindakan undang-undang tanpa belas kasihan." ujarnya.

Khairudin berkata dengan pengakuan daripada Arul Kanda selaku Ketua Eksekutif 1MDB telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB sebelum ini, adalah betul sehingga beliau didakwa di bawah Akta Sosma pada 2014 lalu.

"Saya telah ditangkap oleh pihak polis dan didakwa di bawah Akta Sosma dan ditahan di lokap Ibu pejabat polis Dang Wangi selama 24 hari seterusnya di penjara Sungai Buloh selama lima minggu.

"Ketua polis negara kata saya ditangkap kerana cuba sabotaj ekonomi negara. Manusia kerdil macam saya pada hakikatnya mampukah nak sabotaj ekonomi negara?

" Orang yang buat laporan polis ditangkap tetapi kalangan yang dilaporkan serta disyaki terlibat dengan unsur-unsur jenayah tidak disiasat," ujarnya.

Menurut beliau laporan polis yang pernah dibuatnya mengenai 1MBD dua tahun lalu masih lagi tidak mendapat sebarang hasil siasatan dilakukan.

"PDRM dan pejabat peguam negara telah mendakwa saya di bawah akta Sosma sehingga kini pihak pejabat peguam negara masih merayu di mahkamah untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi yang telah membebaskan saya dari akta itu.

"Kes masih lagi berjalan sehingga hari ini." ujarnya.

Tidak berdendam

Dalam apa jua keadaan sekalipun yang berlaku Khairuddin berkata, beliau tidak menyimpan dendan terhadap kerajaan masa kini.

"Walaupun kerajaan masa kini telah menganiayai saya selama ini saya tidak pernah berdendam malahan amat bersyukur pada Allah swt yang sedang menunjukkan kebenaran

" Satu demi satu telah terbuka dan kebenaran mutlak akan muncul dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah.

"Walaupun terpaksa merintis pelbagai dugaan serta cabaran yang paling hebat dalam sejarah hidup saya; perjuangan ini akan tetap diteruskan sehingga semua pihak yang terlibat dalam kes skandal 1mdb dan mana-mana penjawat awam yang berkonspirasi untuk melindungi kes penyelewengan kewangan yang terbesar di negara kita ini semuanya ditangkap ataupun tertangkap.

"Sudah sampai masanya keseluruhan rakyat bangun secara sepadu untuk lawan rasuah di negara kita. Rasuah bakal rosakkan keselurahan bangsa, agama dan tanahair kita yang tercinta ini.

"Sebab itulah keseluruhan 30 juta rakyat malaysia kena sokong Deklarasi Rakyat yang ditunjang Dr Mahathir dengan semua pemimpin-pemimpin lain dari pelbagai parti-parti politik, ngo-ngo serta gerakan anak muda kearah untuk Selamatkan Malaysia," ujar Ahli Jawantan kuasa Sekretariat/Koordinator Pusat Selamatkan Malaysia.
Arul Kanda Kandasamy
Arul Kanda dakwa media salah lapor
Dalam satu kenyataan baru-baru ini Arul Kanda mendakwa akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.

Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.

Sebaliknya Arul Kanda semalam menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Arul Kanda dipetik berkata, 1MDB tidak pernah 'mengaku berlaku penipuan' sepertimana yang didakwa oleh pelbagai personaliti dan seterusnya disalah lapor oleh media tertentu.

"Apa yang saya katakan ialah, berikutan kandungan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland pada 12 April 2016, 1MDB kini terbuka kepada kemungkinan penipuan, itu tidak boleh diketepikan," katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama.

Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya juga berkata penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik sebelum ini di seluruh dunia diakui benar oleh Arul Kanda. Arul Kanda walaupun akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengeluarkan kenyataan yang sama di mana beliau mendesak Arul Kanda menceritakan perkara sebenar susulan daripada kenyataanya sebelum meletakkan jawatan.

Dilaporkan, Arul Kanda akan meletakkan jawatannya di dalam 1MDB selepas segala urusannya di dalam syarikat kontroversi itu selesai.
-malaysiadateline

Wanita diculik dan dirogol 18 lelaki

Wanita dirogol 18 lelaki selepas diculik
Gurgaon, bandar yang paling dekat dengan kampung mangsa
HARYANA - INDIA. Seorang wanita India didakwa dirogol oleh 18 lelaki di sebuah kawasan terpencil selepas diculik di rumahnya.

Wanita berusia 20 tahun yang identitinya tidak didedahkan memberitahu polis, sekumpulan lelaki memanjat pagar dan memecah masuk ke rumahnya di Kadarpur, dekat Gurgaon di utara India, Haryana.

Ahli keluarganya mangsa tidak berada di rumah ketika kejadian.

Menurut mangsa, suspek menggunakan bahan kimia yang disembur pada sapu tangan sebelum merogolnya di tempat yang terpencil.

Kesemua 18 lelaki yang dituduh dikenali mangsa.

Ketua polis Badshahpur, Krishan Kumar memberitahu India Today kesemua 18 tertuduh adalah penduduk kampung Kadarpur.

"Menurut mangsa semua ahli keluarganya berada di luar apabila tiga lelaki memasuki rumahnya dengan melompat dinding dan salah seorang suspek menekup mukanya dengan sapu tangan yang disembur bahan kimia.

"Wanita itu dibawa ke sebuah tempat terpencil di mana dia didakwa dirogol," katanya.

Kumar berkata, tiada tangkapan dibuat setakat ini.

2 wakil rakyat Pas diberi surat tunjuk sebab kerana menyokong deklarasi rakyat

Tranungkite
Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Dua wakil rakyat Pas diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatan mereka dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri ini.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dikatakan menerima surat berkenaan selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, di mana Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada surat pekeliling Pas Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program Amanah dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, Pas juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Musoddak berkata, poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan Amanah, DAP dan Team B Umno, jelas membuktikan penglibatan dua wakil rakyat Pas itu, dan tindakan wajar diambil.

Sementara, Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, sehingga semalam belum menerima surat dimaksudkan, namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli Pas, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan,” katanya.

Menurutnya, tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari Pas, berikutan hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya.

Mohd Nasir menegaskan, perjuangannya tetap dengan Pas, namun menyokong GSM kerana itu yang rakyat mahukan.

“Satu minit pun saya tidak bersetuju jika Najib dikekalkan. Isu 1MDB dikaitkan dengan beliau sudah lama berlarutan dan perlu diselesaikan segera, namun jawapan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati,” katanya.

Menurutnya, inilah yang perlu diperjuangkan rakyat, bukannya memberi tumpuan kepada isu remeh.

Mahfuz ketika dihubungi bagaimana pun enggan mengulas buat masa ini

BIAR BETUL!!! Sokong Zakir Naik punca Ahmad Razif lucut darjah kebesaran?

Tranungkite
PETALING JAYA: Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyokong pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dikatakan adalah punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah-ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.

Selaku penaung Yayasan Penyelidikan Islam, Zakir telah bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri itu.

Empat ceramah Zakir di Terengganu berjalan lancar, selepas mendapat kelulusan pihak polis, berbeza dengan keadaan di Melaka, di mana forum bertajuk ‘Similarities Between Hinduism And Islam’ terpaksa ditukar kepada ‘Islam – Problems and Solutions to Humanity’, pada 17 April lalu.

Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri penceramah luar itu mungkin menyebarkan ajaran sesat.