Isteri bunuh suami kerana tolak melakukan hubungan seks

Isteri bunuh suami kerana tolak seks
Seorang wanita dari Ahmedabad, India dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh suaminya, baru-baru ini.

Vimla Vaghela, 54, didakwa membelasah suaminya, Narsinh sampai mati gara-gara ajakannya untuk melakukan hubungan seks ditolak oleh mangsa.

Vimla yang bengang, dikatakan mengambil sebatang kayu lalu memukul Narsinh beberapa kali sehingga dia menemui ajal.

Selepas kematian suaminya, Vimla sendiri pergi membuat laporan polis namun membuat kenyataan palsu bahawa dia bertindak sedemikian untuk mempertahankan dirinya daripada dipukul.

Namun berdasarkan bukti, pihak mahkamah menolak alasan berkenaan dan menghukum Vimla menghabiskan seluruh sisa hidupnya dalam penjara.

Dia juga diarahkan membayar denda sebanyak 2,000 rupee (RM121) atas kesalahannya itu.
-kualalumpurpost-

Bekas pegawai perisikan tentera dan dua orang lagi didakwa lakukan seks luar tabii

Kuala Lumpur: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang penganggur, awal bulan ini.

Mohd Syahmi Afiq Salehuddin, 27, bekas pegawai perisikan tentera, Mohd Readzuan Yaacop, 34, peniaga dalam talian dan Izzad Izzaidi Fuad Rosman, 28, pembantu perubatan sebuah hospital, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mohd Syahmi Afiq dan Mohd Readzuan didakwa telah melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii ke atas seorang lelaki berusia 29 tahun itu di sebuah rumah di Pandan Mewah, di sini antara 6 pagi hingga 12.30 tengah hari, 6 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Izzad Izzaidi Fuad pula didakwa telah memasukkan objek iaitu jari ke dalam dubur mangsa yang sama di lokasi dan pada waktu dan tarikh yang sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene tidak menawarkan sebarang jaminan kerana ia merupakan satu kesalahan serius dan dikhuatiri ketiga-tiga tertuduh akan mengganggu mangsa dan saksi.

Mohd Syahmi Afiq dan Mohd Readzuan yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan mereka perlu menanggung keluarga selain memberitahu mereka tidak mengenali mangsa secara rapat kerana berkenalan hanya melalui aplikasi We Chat.

Peguam MK Thas yang mewakili Izzad Izzaidi Fuad memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan tertuduh masih bekerja dengan sebuah hospital kerajaan dan berpendapatan RM3,000 sebulan perlu menyara keluarga.

Hakim Azrul membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan syarat tambahan iaitu mereka perlu melapor diri setiap sebulan sekali di Balai Polis Ampang sehingga kes selesai dan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes.
-Bernama

Pihak yang membenarkan warga Israel ini masuk ke Malaysia patut diambil tindakan

Warga Israel 'terlepas' masuk Malaysia jadi viral
Foto yang dimuatnaik oleh laman Facebook StandWithUS

FOTO seorang seorang lelaki yang didakwa warganegara Israel mengambil selfie di hadapan Menara Berkembar Petronas viral di laman Facebook, kelmarin.

Tinjauan Sinar Online mendapati foto tersebut dimuatnaik oleh laman Facebook 'StandWithUs', sebuah NGO dari Israel pada 11 Jun lepas.

"Warga Israel Rudy Rochman meminta dunia menghentikan diskriminasi terhadap Israel," antara tertulis di kapsyen foto tersebut.

Laman tersebut mendakwa foto tersebut diambil di Malaysia di mana negara itu melarang sebarang kemasukan warga Israel.

"Beribu-ribu warga Israel melawat Asia untuk mempelajari budaya setiap tahun selepas latihan mandatori tentera.

"Tetapi, Malaysia membuat keputusan untuk mengharamkan kemasukan warga Israel (ke Malaysia)," kata laman tersebut.

Perkongsian yang dianggap 'perli' tersebut pantas menarik perhatian pelayar dari Malaysia dimana sesetengah mereka membalas perli tersebut.

"Minta maaf, Israel wujud ke? Yang saya tahu cuma Palestin," kata seorang pelayar dari Malaysia.

"Israel tak pernah wujud," balas ringkas dari seorang lagi pelayar.
-sinarharian-

Hasrat Husam sertai Amanah: Masa depan politik Husam selamat dalam Amanah - Adun PAS

Detikdaily
PETALING JAYA: Datuk Husam Musa bebas menyertai Amanah kerana beliau tidak lagi bersama PAS, menurut seorang pemimpin PAS.Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Nik Mazian Nik Mohamad berkata, perjuangan politik bekas naib presiden PAS itu juga akan lebih cerah berbanding berjuang secara bersendirian.

“Itu pilihan dia, saya sokong, dia tidak boleh bersendirian. Lebih baik duduk di bawah satu jemaah dan jemaah akan menegur dia (Husam) dan menasihat dia, malah ada Amanah juga jemaah macam PAS.

“Kalau dia masuk Amanah itu lebih selamat berbanding dia duduk sorang-sorang, bagi saya kalau dia masuk Amanah itu perkara biasa, dia bukan masuk parti kafir, dia masuk parti Islam juga,” katanya kepada FMT ketika diminta mengulas hasrat Husam menyertai Amanah.

Husam sebelum ini menyampaikan hasratnya menyertai Amanah ketika turun membantu calon parti serpihan PAS itu di Kuala Kangsar Ahad lalu.

Beliau dipecat PAS 23 April lalu, kerana dituduh melakukan tindakan dan perbuatan yang bersalahan dengan perlembagaan parti.

Suami didakwa paksa isteri minum racun

Kota Bharu – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memaksa isterinya meminum racun selepas pasangan suami isteri terbabit mengalami masalah rumahtangga pada awal bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Abdullah Zaini, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Abdullah didakwa telah memaksa Syarifah Mohd. Yusoff, 35, untuk meminum racun dan telah mengakibatkan kecederaan kepada mangsa di sebuah rumah beralamat di Kampung Pak Roman, Machang dekat sini pada pukul 6 petang, 2 Jun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim Ahmad Bazli kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk memperoleh laporan perubatan mangsa dan laporan kimia jenis racun yang digunakan. 
-Kosmo-

Lelaki warga asing cabul gadis dalam lif (video)

Remaja-cabul
Kuala Lumpur: Seorang gadis dipercayai berusia lingkungan belasan tahun, dicabul oleh seorang lelaki warga asing di dalam lif.

Video berdurasi 1 minit 40 saat itu telah ditonton 176,000 netizen dan mendapat 2,977 perkongsian di laman Facebook sejak dimuat naik.

Kejadian tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mula menunding jari terhadap warga asing di negara ini.

“Inilah sebabnya kenapa saya selalu menggunakan tangga berbanding lif. Golongan lelaki miang sentiasa ada di mana-mana. Budak kecil pun nak dicabulnya,” komen Dayang Nadia Rina.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi kejadian berlaku. Berdasarkan video, individu yang merakam video terbabit dikatakan mahu membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

Golongan wanita dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menggunakan lif sekiranya menghadapi situasi seperti ini.
-Mynewshub.

Cara ajar isteri curang

Cara ajar isteri curang
New Delhi – Seorang lelaki di India membelasah isterinya dan kekasih wanita itu dengan kejam di khalayak ramai.



Dalam rakaman yang tersebar, lelaki itu dilihat mengikat kedua-dua mangsa terbabit pada tiang kayu sebelum memukul mereka menggunakan kayu serta tali sambil diperhatikan orang ramai.




Isterinya yang bersari menjerit apabila disebat dan cuba mengelak pukulan dengan mengelilingi tiang berkenaan.




Lelaki itu kemudian dilihat membelasah kekasih isterinya pula.




Orang ramai termasuk kanak-kanak yang ada di situ hanya memerhatikan kejadian tanpa perasaan, tetapi tidak jelas sama ada mereka mempunyai hubungan persaudaraan dengan suami terbabit.

-kualalumpurpost-

Penyanyi dangdut dipenjara kerana gangguan seksual

JAKARTA – INDONESIA. Penyanyi dangdut popular Saipul Jamil dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Negeri Jakarta Utara di sini hari ini setelah didapati bersalah melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki pada Februari lepas.

Menurut laporan berita portal, Ketua Hakim, Ifa Sudewi dipetik sebagai berkata mahkamah berpuashati dengan bukti-bukti kes dan Saipul didapati bersalah di bawah Fasal 292 Kitab Undang-undang Hukum Pidana (KUHP).

Katanya, hukuman penjara tiga tahun itu adalah sesuatu yang telah diringankan berbanding permintaan pihak pendakwa yang mahukan penyanyi itu dikenakan hukuman tujuh tahun penjara.

Pada kejadian 18 Februari itu, Saipul, 36, didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja lelaki yang juga pembantunya di rumah beliau di Kelapa Gading di sini.

Remaja lelaki itu dikatakan mengalami trauma dengan kejadian itu dan kemudiannya membuat laporan polis dan Saipul ditahan di lokap sehingga hari ini.

Saipul pernah berlakon dalam filem tempatan.

Beliau sering dilantik sebagai anggota juri dalam pertandingan nyanyian anjuran stesen televisyen tempatan.

Saipul pernah berkahwin dengan artis tempatan Dewi Persik selama tiga tahun sebelum bercerai pada tahun 2008. Pasangan itu tidak mempunyai anak. - Bernama

Padah rakam bawah skirt wanita (video)

Padah rakam bawah skirt wanita
China: Seorang lelaki menerima padah apabila perbuatan terkutuknya merakam seluar dalam seorang penumpang wanita terbongkar dalam kejadian yang berlaku di sebuah stesen kereta api Shanghai, China.

Insiden memalukan itu turut dirakam oleh penumpang lain yang berada di tempat kejadian dan klip video suspek ditampar dan dimalukan yang tersebar di laman Weibo menjadi viral di negara itu.

Menerusi sebuah klip video berdurasi 2 minit 13 saat itu, seorang lelaki berkemeja putih beritndak menampar dan memalukan suspek di hadapan penumpang lain yang berada di stesen berkenaan.

Menurut sebuah portal, lelaki berkemeja putih bertindak sedemikian untuk mengajar suspek kerana tindakannya itu telah mencemarkan maruah lelaki.

“Saya tidak mempunyai rasa hormat terhadap lelaki seperti ini dan jika mana-mana lelaki yang melihat perbuatan kamu ini, pasti mereka akan menghalangnya,” katanya.

“Tengok. Inilah wajah yang merosakkan maruah kaum lelaki,” jeritnya marah.

Rata-rata netizen menyokong tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan kerana berjaya menghalang kelakuan tidak senonoh suspek.

Namun ada juga segelintir yang mempersoalkan tindakan memalukan suspek dikhalayak ramai itu sama ada wajar ataupun tidak
-kualalumpurpost-

Bayi dilahirkan tanpa kulit (Gambar)

New Delhi – Seorang bayi perempuan dilahirkan tanpa kulit di India dengan badannya hanya diselaputi lapisan keras yang merekah.

Mukanya juga tidak sempurna dengan hanya dua lubang hidung, kelopak mata terbalik, tiada telinga dan mulut seperti ikan.

Bayi itu yang menghidap apa yang dikenali sebagai ‘Harlequin Ichthyosis’ atau turut digelar ‘bayi Harlequin’ adalah yang pertama dilaporkan di India selepas kanak-kanak berkenaan dilahirkan secara pembedahan pada usia kandungan lapan bulan.

Pakar pediatrik Yash Banait berkata: “Bayi dilahirkan seperti ini amat mudah dijangkiti kuman kerana organ dalamannya terdedah.

“Kami hanya mampu memastikan ‘kulit’ bayi ini lembap dengan menggunakan jeli petroleum dan minyak kelapa. Buat masa ini kami masih belum memastikan sama ada dia mempunyai bebola mata.”
-kualalumpurpost-

DI MANA NOKTAH SENGKETA UMMAH??

▶Pimpinan Utama UMNO, PAS & AMANAH,
▶Calon PRK Umno, Pas & Amanah
▶Semua Pendokong dan Pekerja Parti Umno, Pas & Amanah
▶Semua penyokong totok dan ekstrim Umno, Pas dan Amanah
▶Semua rakyat Malaysia.

Assalamu-'alaikum , Salam sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Kekeluargaan,

PERUTUSAN TALI ALLAH
*********************

1- Sejarah telah tercipta bahawa UMNO telah berpecah tragis kepada Semangat 46, Team A & Team B dan KeADILan. Kira-kira 20 tahun negara goyah dan rakyat terabai.

2- Sejarah termaktub isu kafir mengkafir tahun 1980-an. Ramai yang berdosa tak terampun sesama sendiri kerana takfiri kafir mengkafir, zalim menzalimi dan serang menyerang hingga berlaku pembunuhan sesama SAUDARA SENDIRI. Tidak kurang juga berpecah keluarga dan cerai-berai suami isteri kerana ideologi politik berbeza. Kesatuan lemah dan ummah terpinggir selama 30 tahun.

3- Kini pula, sejarah baru setahun jagung diukir bahawa Parti IKON Melayu Islam iaitu P AS juga hancur kepada firqah baru iaitu AMANAH. Ummah berselerak terabai dan pengikut bercakaran menyusun dosa hampir setahun.

4- Perihal PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar - rasanya yang PASTI iaitu 2 - 3 hari lagi sebelum hari mengundi nanti mungkin calon PAS @ UMNO akan tarik diri daripada SALAH SATU PRK iaitu samada di SUNGAI BESAR @ KUALA KANGSAR dan pengundi-pengundi mereka disuruh mengundi UMNO/PAS demi memastikan mendapat undi maksimum PASTI menang, yang mana UMNO menang Parlimen Sungai Besar dan PAS pula menang Parlimen Kuala Kangsar....Manakala parti Amanah/calon Bebas akan kalah. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk Umno/Pas ' to apply smart partnership strategies ' yang mereka idam-idamkan sekian lama.

5- Apapun diharap SEMUA TIGA PIHAK yang bertanding daripada UMNO, PAS dan AMANAH samada daripada pemimpin besar atau kecil, yang serban 2.5 kg atau yang berjubah, yang bertaraf VVIP atau Dato, penyokong totok atau pekerja kempen ekstrimis dan lain-lainnya untuk menjaga TATASUSILA PERKATAAN, PERBUATAN, TINDAKAN, KENYATAAN AKHBAR dan ARAHAN TINDAKAN mengikut lunas Islam , berakhlak dan demokrasi professional tinggi.

6- Ini kerana segala tindak tanduk dari TIGA Parti (UMNO, PAS, AMANAH) yang berteraskan semua "ORANG ISLAM" ini diperhatikan oleh MAD'U kita seluruhnya termasuk bukan Islam! Gambaran Islam itu adalah pada amalan perbuatan susuk tubuh penganutnya.

7- Kesalahan tindakan dan buruk tingkahlaku dari TIGA PARTI MUSLIM ini akan membawa FITNAH BESAR kepada ISLAM dek kerana perlakuan penganut-penganutnya(mukmin).

8- Sesungguhnya semua orang Islam atau MUKMIN itu adalah khalifah dan da'ie yang TUGASNYA menyeru ke arah kebaikan terhadap semua manusia, walhal jabatan kerajaan , agensi, pertubuhan, PARTI POLITIK, Ngo-Ngo, jawatan dan pangkat hanyalah WASILAH untuk menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di mukabumi ini.

9- Jadilah insan mulia yang tetap boleh menerima kebenaran walaupun pahit .Mohon jagalah ADAB-ADAB SESAMA SAUDARA SEAGAMA. Semua kebenaran itu adalah DARI Allah SWT dan BUKAN dari penulis. Saya yang menyampaikan ini pun dari Qudrat dan Af-'al Allah jua. Penulis dan kita semua adalah patung wayang sahaja yang dipinjamkan nyawa oleh Allah swt melata di bumi untuk menunaikan amanahNya.

10- Dosa kita dengan Pencipta kita boleh mudah terus mohon pengampunan, akan tetapi dosa dengan dengan manusia akan dibawa ke kubur...(jika tidak diselesaikan).Semoga Allah swt memberikan ibrah buat semua termasuk penulis sendiri....In Syaa Allah. Aamiiin...

Salam ukhuwah.

Yang Benar,

HJ IBNI KHALID JURAIT.
Sri Hartamas.
Kuala Lumpur.
011-1093-2926.

14 Jun 2016, 10.02 pagi.

Warga emas didakwa lakukan kelucahan melampau

Tertuduh, Ismail Adam
Kota Baharu – Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk melakukan kelucahan melampau pada Mac lalu.

Tertuduh, Ismail Adam , 69 yang layak bergelar seorang datuk bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan lebih tiga kali di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Ismail didakwa telah menggalakkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau dengannya di sebuah rumah beralamat di Kampung Belukar Muda, Gunong Bachok di sini pada pukul 3.30 petang, 12 Mac lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai petani itu didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Bazli kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 
-Kosmo-

Berasap telinga, pedih mata bila baca berita yang macam ini

MANGSA BANJIR DERITA TINGGAL DI BANGSAL BURUK, ANAK PULA SAKIT BENGKAK HATI
ARIANNA
mangsa banjir kelantan NURUL HAFIZAN MAT RAZALI
Nurul Hafizan Mat Razali masih tinggal di bangsal buruk di Kampung Aring 2, Gua Musang bersama dua anaknya. – Gambar Utusan Malaysia

KELANTAN – GUA MUSANG: Kemiskinan hidup yang dialami menyebabkan sebuah keluarga di sini hanya mampu tinggal di dalam bangsal yang tidak sempurna di Kampung Aring 2, di sini.

Lebih malang bagi ibu muda, Nurul Hafizan Mat Razali, 19, dia terpaksa tinggal bersama anak sulungnya, Fatira Aisya Mohd. Khairi, 5, dan anak lelaki yang mempunyai penyakit bengkak hati, Mohd. Haiqal, setahun dua bulan.

Menurut Nurul Hafizan, selepas kediamannya dihanyutkan banjir besar penghujung tahun 2014, mereka tidak berkemampu­an untuk membina kembali rumah mereka.

Katanya, demi menyara keluar­ga, suaminya, Mohd. Khairi Mat Zain, 23, terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur dan gajinya hanya dapat menampung makan serta minum mereka sekeluarga.

“Bangsal yang dibuat daripada kayu serta zink terpakai ini telah dibina dengan bantuan orang kampung. Kerana kesempitan hidup, inilah satu-satunya pilihan yang kami ada.

“Selepas melahirkan Mohd. Haiqal, saya mengetahui anak saya mempunyai penyakit bengkak hati ketika umurnya dua bulan.

“Kami terpaksa membawa Mohd. Haiqal sebulan sekali ke Hospital Kuala Krai untuk menjalani rawatan susulan. Namun kini, saya bersyukur apabila penyakitnya sudah semakin sembuh,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia semalam.

Nurul Hafizan yang bernikah seawal umur 14 tahun dengan suaminya reda dengan takdir hidup mereka sekeluarga, namun berharap ada pihak yang sudi memberi bantuan rumah kepada mereka secepat mungkin.

“Selepas rumah musnah di­hanyutkan banjir, kami ada membuat permohonan bantuan rumah baharu.

“Dua ahli keluarga saya yang menjadi mangsa banjir sudah terse­narai untuk mendapat rumah baharu, cuma kami sekeluarga masih menunggu bantuan tersebut.

“Harapan kami jika mempunyai rumah baharu, kehidupan kami pasti selesa berbanding bangsal yang serba kekurangan itu,” katanya.

Tragedi banjir terburuk dalam sejarah Kelantan pada penghujung 2014 melibatkan lebih 150,000 mangsa di daerah-daerah Kota Baru, Tumpat, Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang, Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh. – MRM


-malaysiastylonews

*Apa pemimpin-pemimpin melayu yang sedang memegang kuasa tu buat. Nak salahkan DAP ke? bila ada orang melayu miskin?

Teguran pedas dari Prof. Mohammad Agus Yusoff kepada UMNO-PAS (Mesti Baca)

HABIS-HABIS MENYALAHKAN ORANG LAIN, WALHAL YANG BERMASALAH KITA, UMNO-PAS
Mohammad Agus Yusoff
Tidak habis saya fikir, kenapa apabila b erlaku kekecohan dalam politik Melayu, baik itu dalam UMNO atau PAS, maka DAP, LGBT, dan kaum Cina yang dipersalahkan?Pada saya, cukuplah kita menyalahkan kaum lain dengan masalah yang kita hadapi. Takkanlah masalah politik UMNO dan PAS hari ini adalah disebabkan oleh DAP dan kaum Cina?

Sepatutnya, jika kita orang Melayu bergaduh, kita muhasabah diri dan bertanya—apa puncanya? Adakah itu kerana terlalu mengejar kuasa, menjaga kuasa, memburu kekayaan, terlalu berpuak, atau adakah kerana terlalu sombong dan angkuh?

Selepas itu, tanya lagi diri kita. Sudah cukupkah kita membantu orang Melayu? Sudah cukupkah tindakan yang kita buat untuk menyatukan politik Melayu?

Dalam kita mencari jawapan kepada pertanyaan di atas, elakkanlah dari terus bersikap denial syndrome dengan hanya menyalahkan kaum lain. Lihatlah pada integriti kita, komitmen kita dan perancangan kita dalam menyelesaikan masalah Melayu.

Yang perlu sekarang ialah kita memahami keresahan rakyat. Cukuplah kita melihat masalah politik orang Melayu sekarang dari aspek polarisasi kaum.
  1. Yakinilah, masalah kita tidak akan selesai jika sikap dan pemikiran kita tidak berubah. Dan ini harus dimulakan oleh pemimpin kita!

Gempar: Peniaga ditangkap menjual daging yang dikata daging lembu, rupa-rupanya daging babi

Peniaga ditahan
Surabaya: Polis di bandar Kota Besar di sini telah berjaya menahan tiga penjual daging di tempat berasingan kerana menipu pembeli dengan menjual daging babi yang dikatakan daging lembu.

Peniaga terbabit, semuanya lelaki yang berusia antara 34 dan 61 tahun dituduh menjual daging babi yang mereka dakwa daging lembu.

Dua daripada mereka ditahan ketika berniaga di pasar Mangga Dua Wonokromo, sementara seorang lagi di Pasar Lakarsantri.

Menurut jurucakap polis Surabaya, Shito Silitonga berkata, ketiga-tiga mereka memberitahu daging itu adalah daging lembu yang kurang berkualiti, disebab itulah mereka menjualnya dengan murah.

Harga yang ditawarkan adalah Rp90,000 (RM 27.531) jika dibandingkan dengan harga daging lembu biasa yang bernilai Rp130,000 (RM 39.767) sekilogram.

“Caranya, jika ada orang datang membeli, semua daging yang dijual dikatakan daging lembu. Padahal sebenarnya yang diberikan adalah daging babi”, terang Sinto.

“Biasanya, mereka memberitahu kepada pembeli, daging babi yang mereka jual itu adalah daging lembu yang kurang kualiti, sebab itu harganya lebih murah iaitu Rp90,000 (RM 27.531)sekilogram. “, kata Shinto lagi.

Akibat perbuatan itu, ketiga mereka kini berhadapan hukuman penjara maksimum empat tahun. 
-Siakapkeli

14,000 hadir solat jenazah Muhammad Ali (Gambar&video)

LOUISVILLE: Lebih 14,000 orang menunaikan solat jenazah untuk legenda tinju dunia, Muhammad Ali di kampung halamannya di sini, Kentucky.

Pengasas Sekolah Muslim Liberal di Zaytuna College, Berkeley, California, Imam Zaid Shakir mengetuai solat jenazah itu.
Beliau melaungkan “Allahu Akbar” dan bacaan ayat al-Quran di depan keranda jenazah Ali yang diselimuti kain warna hitam dan emas.

Ali, juara tiga kali tinju heavyweight dunia terkenal sebagai ahli sukan dengan kelincahannya di dalam dan luar gelanggang.
Beliau yang meninggal dunia Jumaat lalu pada usia 74 tahun juga dikenali sebagai aktivis politik dan pejuang hak asasi manusia.

Ramai yang terpikat dengan Ali kerana menjadikan Islam lebih diterima di AS dan menjadikan orang Islam di negara itu sebagai pejuang yang sama kedudukannya dengan warga Amerika lain.

Presiden Barack Obama dalam akaun Facebooknya yang disiarkan secara langsung dari Rumah Putih memberi ucapan takziah sambil memegang senaskhah buku, “GOAT: A Tribute to Muhammad Ali,” dan menandatangani sepasang sarung tangan tinju yang diberikan oleh Ali kepadanya.
“Amat jarang sekali seorang tokoh mencetuskan satu imaginasi kepada seluruh dunia. Dia adalah antara salah seorang dan dalam buku saya ini dialah sentiasa yang terhebat,” kata Obama.

Ali dijangka dikebumikan lewat hari ini selepas satu upacara penghormatan awam yang dijangka turut dihadiri bekas Presiden AS, Bill Clinton, Presiden Turki, Tayyip Erdogan dan pelawat terkenal, Billy Crystal yang berlangsung di KFC Yum Center.
“Ali tidak akan ‘mati’. Semangatnya terus hidup,” kata promoter tinju, Don King kepada Reuters dari Freedom Hall, kompleks di mana Ali menumbangkan Willi Besmanoff pada 1961, iaitu pertarungan terakhirnya di Louisville.

Mereka yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah pejuang hak asasi AS, Jesse Jackson dan penyanyi Yusuf Islam, yang sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens.
-Reuters

Nik Abduh kata PAS mahu dekati, fahami Umno

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui parti Islam itu cuba memahami Umno dalam usaha mendekati parti Melayu itu.

Kata beliau usaha berkenaan dijalankan atas dasar "kepentingan Islam".

Menurut anggota parlimen Pasir Mas itu, PAS mahu meyakinkan Umno bahawa persefahaman atas dasar Islam perlu khusunya melalui rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa PAS bagi meminda Akta 355.

Nik Abduh berkata selain Umno PAS juga cuba memahami pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.

“PAS cuba faham elok-elok Umno, NGO, kalau mereka tumpu di atas jalan ini (agama), akan sampai satu masa kita boleh bersatu.

"Kita buat perbincangan, kita akui kita dekati Umno untuk fahamkan mereka - bukan hanya rakyat - bahawa ada benda yang kita bertengkar (khususnya) soal politik dan nak tukar pemimpin, ada benda kita kena kongsi bersama, iaitu agama.

"Setakat mana Umno faham agama yang boleh kita yakinkan mereka? Kalau mereka terima, alhamdulillah, itu baik,” katanya dilapor Sinar Harian, hari ini.

Nak maju kena bersatu

Menurut Nik Abduh lagi, PAS bukan sahaja berniat, malah berazam untuk bersatu dengan Umno.

Katanya ia kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah bagi menyatukan umat "di atas jalan yang betul", selain aspek penyatuan parti politik.

“Memang PAS ditubuhkan untuk menyatukan ummah. Bukan hanya niat, dia (ada) niat, azam, ada belaka," katanya.

Pada masa sama dalam temu bual itu juga Nik Abduh menyentuh tentang kerjasama PAS dengan parti pembangkang lain.

"Jadi tiada sebab kita nak berpisah dengan PKR, nak balas dendam dengan DAP.


“Islam suruh menyatukan umat manusia, bukan umat Islam saja.

"Tapi saat ini kita berpecah (dengan parti pembangkang lain). Suatu hari nanti, kita tak tahu. Itu (perpaduan) kita usahakan sebab memang manusia ini memang tidak akan maju kalau tak bersatu,” katanya.

Bagaimanapun tambah Nik Mohamad Abduh, penyatuan Umno dan PAS bukan berlandaskan politik, tetapi ia lebih kepada memperkasakan Islam sebagai agama persekutuan di negara ini.