Adalah menyalahi undang-undang jika anda membela seekor ikan emas?

ZURICH - SWITZERLAND . Di Switzerland, adalah menyalahi undang-undang jika anda hanya membela seekor ikan emas.

Ia berdasarkan satu undang-undang berkaitan hak asasi haiwan yang diperkenalkan di negara itu pada tahun 2008 yang menyatakan ikan adalah makhluk 'sosial' yang memerlukan sahabat.

Laporan techly.com dipetik Mirror.uk, kerajaan Switzerland percaya ia adalah kejam untuk memaksa haiwan seperti itu hidup secara berasingan.

Bagaimanapun, undang-undang ini bukan tertakluk kepada ikan emas sahaja sebaliknya beberapa haiwan lain seperti tikus belanda dan burung budgerigar.

Malah ada syarikat di sana menyediakan perkhidamtan memadankan tikus belanda dengan pasangan lain jika pasangan haiwan itu mati atau berlaku perkara yang tidak boleh dielakan.

Bukan itu sahaja, Switzerland turut memperkenalkan beberapa peraturan pelik berkaitan pemilikan haiwan peliharaan dan antaranya ialah pencinta anjing perlu mengambil kursus sebelum boleh membela hiawan bekenaan dan perlu menjalai latihan pratikal.

Manakala untuk membela kucing pula, pemilik perlu membiarkan haiwan itu diluar supaya dapat melihat kucing yang lain dan jika mahu menyimpannya hanya di dalam rumah, anda perlu membela dua ekor kucing.

Selain itu, bagi sesiapa yang mahu membela burung kakak tua pula, adalah salah jika anda gagal mendapatkan 'kawan' untuk bercakap dengannya.
-sinarharian

Video: Haiwan ganjil suara menakutkan ditangkap


Sebuah rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil malah kedengaran suaranya sangat menakutkan berjaya ditangkap oleh segelintir penduduk di Indonesia.

Menurut laporan media tempatan, lokasi rakaman tersebut bagaimanapun tidak pula dimaklumkan namun apa yang pastinya haiwan itu ditemui penduduk ketika berada di pinggir longkang.

Menurut penduduk, haiwan itu tidak ganas dan bukan pemakan daging tetapi penduduk tetap berhati-hati kerana masih belum diketahui dengan jelas sama ada ia boleh menyerang manusia atau tidak .

Menerusi rakaman video amatur itu, kelihatan haiwan nadir tersebut yang mempunyai bulu seakan-akan seperti bulu kucing dan binatang pelik berkenaan juga dikatakan boleh terbang.

Lebih aneh, kepalanya pula berbentuk seperti tikus sawah.
-kualalumpurpost-

Seorang doktor wanita dipenjara kerana mencabul kehormatan pesakit lelaki

Seorang doktor kecantikan dihukum penjara tiga setengah tahun pada Khamis kerana mencabul kehormatan seorang pesakit lelaki rakyat Malaysia sebanyak dua kali setelah memberinya ubat pelemah, lapor Channel NewsAsia.

Portal berita itu berkata Tan Kok Leong, 50, disabitkan kesalahan bulan lepas kerana memberi ubat pelemah, Dormicum dan Rosiden kepada mangsa, juga seorang doktor, di Hotel Oasia pada Julai 2013 selepas prosedur liposuction atau menyedut lemak.

Menurut laporan itu, Tan didapati bersalah mencabul kehormatan mangsa selama dua malam, setelah memberi ubat pelemah kepada pesakit berusia 33 tahun itu dengan alasan untuk melegakan rasa sakit.

Memetik Hakim Daerah Siva Shanmugam, portal itu berkata Tan "menyalahgunakan kedudukannya dengan mengambil kesempatan daripada kepercayaan mangsa terhadapnya", berikutan hubungan unik antara doktor - pesakit, dan mangsa, seorang doktor muda, juga menganggap Tan sebagai mentornya.

Tan memberi ubat berkenaan kepada mangsa hingga menyebabkan lelaki itu menjadi rentan dan tidak berdaya mempertahankan diri daripadanya; membogelkan mangsa untuk merakam lebih 20 gambar alat sulitnya tanpa pengetahuan atau keizinan mangsa.

Semasa perbicaraan, mahkamah diberitahu bahawa setelah mencabul kehormatan mangsa yang tidak sedarkan diri, Tan memakaikan kembali pakaiannya agar apabila tersedar, mangsa tidak menyedari apa yang dilakukan tertuduh terhadapnya.

Menurut laporan itu, pihak pendakwa yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Alan Loh dan Pembantu Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran mendesak mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun lapan bulan terhadap Tan.

Bagaimanapun, sebaik sahaja hukuman terhadap Tan diumumkan, peguamnya, Edmond Pereira memberitahu mahkamah bahawa doktor itu akan mengemukakan rayuan terhadap sabitan kesalahan dan hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Laporan itu berkata Tan dibenarkan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya.
-Bernama

Dua wanita dipukul gara-gara bawa daging lembu



New Delhi – Dua wanita Muslim telah dipukul di sebuah stesen kereta api kerana disyaki membawa daging lembu, satu perbuatan yang dianggap kesalahan di kebanyakan tempat di India.

Polis di Madhya Pradesh berkata, mereka diserang selepas sekumpulan orang awam mengesyaki mereka membawa daging kerbau.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh siaran televisyen tempatan menunjukkan sekumpulan wanita menampar, menendang dan menumbuk dua orang mangsa itu.

Sejurus kejadian itu, dua wanita itu ditahan oleh pihak polis dan mereka akan berdepan hukuman yang lebih ringan kerana membawa daging tanpa lesen.

Lembu dihormati oleh penganut Hindu dan menyembelih mereka adalah haram di kebanyakan negeri di India dan ada juga tempat yang menyekat penjualan serta pemilikan haiwan tersebut.
-kualalumpurpost-

Lelaki kerat kemaluan isteri hamil

Seorang wanita hamil cedera parah di utara Afghanistan selepas suaminya memukul dan memotong sebahagian daripada kemaluannya.

Insiden itu berlaku di daerah Ashkamish di wilayah Takhar.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an memaklumkan BBC, beliau tidak tahu punca serangan.

Kes memotong kemaluan jarang berlaku di Afghanistan, namun laporan keganasan terhadap wanita kian meningkat.

Wanita itu kini dirawat di hospital di Kunduz.

Abang mangsa mengesahkan kecederaan itu kepada BBC sambil menyatakan ibu saudaranya sudah melihat kecederaan dialami mangsa.

Seorang doktor berkata, mangsa yang hamil enam bulan mengalami keguguran akibat keganasan itu.
-kualalumpurpost 

Kes cabul: Wardina jawab Ustaz Kazim

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Personaliti Wardina Safiyyah malam tadi menepis tindakan Datuk Kazim Elias membuat laporan polis terhadapnya sebagai membuang masa pihak berkuasa.

Wardina melalui laman rasmi Facebooknya berkata bukan dirinya yang menamakan maahad yang dikaitkan kepada dakwaan pencabulan seksual pelajar.

Selain Wardina, Kazim turut menamakan aktivis Syed Azmi Alhabshi dalam laporannya.

“Yang dedahkan nama maahad bukan saya atau Syed Azmi tapi Astro Awani dan polis,” kata Wardina. “Laporan polis oleh ibu yang terbabit pun saya tak kongsi.”

“Kalau pun nak buat laporan polis, patutnya buat satu lagi laporan polis keatas ibu tersebut membuat ‘fitnah’, bukan saya atau Syed Azmi.”

Wardina berkata demikian menjawab tindakan Kazim membuat laporan polis petang tadi kerana membuat komen yang berunsur fitnah sehingga menjejaskan reputasinya sebagai penceramah agama.

Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh, Kazim berkata tindakan perlu diambil bagi membersihkan namanya dan nama sekolahnya, Maahad Tahfiz Darul Barakah.

“Jadi saya minta supaya pihak polis mengambil siasatan ke atas perkara ini supaya tidak berlaku fitnah yang berpanjangan terhadap diri saya, terhadap sekolah saya,” kata Kazim lapor Astro Awani.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sekolah itu, selepas dakwaan kejadian seks luar tabii dan pencabulan beberapa pelajar baharu maahad tersebar di laman sosial.

“Jadi? Maknanya kami tidak boleh kongsi dakwaan pencabulan seksual? Mengarut,” tepis Wardina.

“Selamat malam Malaysia,” tambahnya lagi, dan pihaknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis.

“Agama macam apa ini? Masuk potong bawah. Keluar potong atas.”

BAGAIMANAKAH jika dakwah dilaksanakan tanpa fiqih dakwah?

Ustasz Zaitung Rasming, -demikiang pelafalang nama beliau menurut sebagiang kawang dari Sulawesi-, punya cerita.

“Seorang da’i di negeri antah berantah,” demikian tuturnya, “Berhasil membawakan hidayah untuk objek dakwahnya. Masuk islamlah lelaki itu dengan amat bersemangat. Kemudian berkatalah sang da’i kepadanya:

“Karena sekarang Anda sudah menjadi muslim, mari sebentar kita pergi ke dokter bedah!”

“Hah, untuk apa kita ke dokter bedah?” tanya si muallaf.

“Sebagai seorang muslim, itunya harus dipotong.”

“Itu apanya?”

“Itu yang bawah,” kata sang da’i sambil memberi isyarat pada kemaluannya.

“Hah?” seru si muallaf terpekik. “Ah, saya tidak mau itu saya dipotong.”

“Agama kita mengharuskan ini.”

“Kalau begitu saya tidak jadi masuk agama Anda. Apa pula pakai potong yang bawah segala. Saya batalkan niat saya semula. Saya keluar saja dari agama Anda ini.”

“Kalau Anda keluar,” ujar si da’i dengan wajah prihatin, “Maka yang harus dipotong adalah ini, karena Anda murtad.” Da’i kita ini memberi isyarat pada lehernya.

“Gila!”, teriak si muallaf. “Agama macam apa ini? Masuk potong bawah. Keluar potong atas.”

Ustadz Muhammad Zaitun Rasmin, Hafizhahullahu Ta’ala, barangkali tidak berniat bercanda ketika menyampaikan kisah ini. Maka dari kepemimpinan beliau di Wahdah Islamiyah yang baru saja dikukuhkan lagi dalam Muktamar III, kita menyaksikan dakwah yang tertata dengan baik, penampilan yang asyik berterima, prioritas yang tersusun rapi, sikap santun yang teguh kukuh, dan senyum yang selalu terkembang.

Tahniah kepada beliau dan Wahdah dari kami, para penulis Pro-U Media dalam jaulah silatil-arham kemarin. Abaikan salam 4 jarinya, karena tafsir Ustadz Zaitun dengan Ustadz Fanni Rahman berbeda. Yang satu mengartikan tolak pemimpin kufur korup, yang satu bercita soal jumlah teman hidup. []
-islampos

5 Tanggapan Awal Mengenai Bezza, Sedan Pertama Perodua

Perodua berjaya mewujudkan suasana hype untuk Bezza, model kesebelas syarikat di dalam tempoh 22 tahun operasi. Buktinya kereta kompak sedan pertama keluaran Perodua itu menerima sebanyak 4,028 tempahan di dalam tempoh 5 hari sahaja. Jumlah tersebut merangkumi 50% untuk model 1.3 Advance, 35% model 1.3l Premium X manakala 15% model 1.0l Automatik dan Manual.

Berikut merupakan 5 tanggapan awal susulan majlis pelancaran Bezza:

1. Memang berbeza.
Bezza sememangnya berbeza dengan apa yang pernah ditawarkan Perodua sebelum ini. Walaupun diasaskan dari model Axia, namun ianya tidak nampak seperti sebuah Axia yang disedankan. Dari luaran tim pereka berjaya mengolah semula Axia untuk menjadikan Bezza sebuah sedan yang tersendiri. Ianya nampak seperti sebuah sedan yang sempurna melalui proportion (perkadaran) badan yang seimbang pada bahagian depan, sisi dan belakang.

2. Bonet belakang luas.
Ini adalah antara faktor utama kenapa Bezza menerima sambutan hangat dan bualan ramai. Sebuah Perodua dengan bonet yang sempurna. Melalui ‘permainan’ ruang, tim pereka berjaya menyorok bonet yang luas hinggakan apabila ianya dibuka, terasa seperti magik dari mana ruang sebesar itu datang. Saiz 508 liter untuk sebuah kereta sedan kompak adalah suatu yang mengagumkan.

3. Kompromi interior.
Dari awal, model ini disasarkan pada harga mampu milik dan beberapa aspek perlu dikompromi. Kemasan interior Bezza biasa-biasa sahaja jika dibandingkan dengan Perodua Myvi. Kerusi belakang jenis bench mempunyai kurang lekuk atau kontur untuk menyokong badan penumpang dewasa. Walau bagaimanapun, ruang kaki belakang tidak terhad susulan saiz kerusi depan yang secukup rasa. Sama seperti Axia, stereng tidak boleh dilaras ke bawah manakala kerusi penumpang depan dan pemandu varian 1.0 tidak boleh di laras untuk turun dan naik. Terasa janggal untuk saya dengan ketinggian 177cm.

4. Sistem Eco Idle.
Penggunaan teknologi ini memang mengejutkan. Teknologi yang mampu menghentikan operasi enjin sewaktu melahu secara automatik ini biasanya dipasangkan pada kereta yang berharga ratusan ribu dan tidak sangka Perodua mampu menawarkan pada varian Advance dengan harga sekitar RM50 ribu sahaja. Penggunaan teknologi ini dijangka memberi tekanan kepada pengeluar lokal atau asing sama seperti Perodua yang akhirnya berjaya mendapat skor 5 bintang ujian pelanggaran ASEAN NCAP melalui Bezza Advance selepas beberapa pengeluar mencapai skor tertinggi itu.
5. Pelbagai guna.
Walaupun Bezza adalah sebuah sedan kompak namun saya boleh membayangkan pelbagai fungsi untuk menepati gaya hidup pembeli. Saiz bonet yang luas membolehkan rakyat menyahut seruan kerajaan supaya mencari pendapatan kedua. Bonetnya boleh mengisi barangan jualan untuk berniaga hujung minggu di pasar flea atau jualan bonet. Pelbagai stok boleh diisi seperti pakaian serta penyangkutnya, kasut dan meja lipat kecil. Bukan setakat itu, ianya sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan perkongsian jika anda berminat untuk menggunakan aplikasi UBER, Grab atau seumpamanya. Malah sekarang ini kerajaan di dalam proses membuat kajian untuk melesenkan khidmat itu secara sah. Jika tidak khidmat perkongsian pun, Bezza sangat sesuai untuk dijadikan teksi atau kereta sewa. Operasi ekonomikal menyumbang kepada overhead rendah dan lebih perolehan bersih kepada pemilik.

6. Poin bonus.
Perodua Bezza dihasilkan oleh Perodua dengan kerjasama Daihatsu. Model Perodua seperti Myvi telah dijenamakan semula sebagai Daihatsu Sirion di Indonesia. Dengan pakejing Bezza, model ini dijangka akan menembusi pasaran negara membangun dengan lebih meluas lagi. Suatu yang membanggakan jika menjadi realiti – rekabentuk anak tempatan digunakan semula oleh pengeluar dari negara maju. Selepas Keon berjaya menaiki pentas pertama di dua pusingan Moto3, kini Perodua pula mendaki pentas global. ~http://geartinggi.com/

Amoi mabuk mengamuk


Georgetown: Berang dengan serbuan dilakukan Jabatan Imigresen, seorang wanita warga China yang dipercayai mabuk melakukan provokasi dengan memecahkan beberapa botol minuman keras dan cuba menghalang operasi di sebuah pusat karaoke di Jalan Persiaran Gurney, di sini, malam kelmarin.

Op Ikrar jam 11.45 malam itu dilakukan sepasukan 23 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen negeri terhadap pusat karaoke berkenaan yang sebelum ini kerap diserbu pihak berkuasa.

Serbuan itu menyebabkan keadaan di dalam premis menjadi kelam-kabut termasuk cubaan pelayan pelanggan melarikan diri.
Ketua Operasi Jabatan Imigresen negeri Fairuz Ismail berkata, wanita warga China berusia 20-an itu dipercayai dalam keadaan mabuk melakukan provokasi ketika diperiksa dan enggan memberi kerjasama.

Beliau berkata, suspek memecahkan beberapa botol minuman keras dan mengancam pegawai penguat kuasa daripada menahannya sehingga menyebabkan tiga pegawai penguat kuasa cedera ringan di tangan.

“Bagaimanapun, selepas dipujuk beberapa minit, wanita berkenaan akhirnya ditahan bersama lima lagi rakan senegaranya serta empat wanita Vietnam berusia antara 18 hingga 35 tahun.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen negeri untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B, Peraturan Imigresen 1959/1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Beliau berkat a, pihaknya turut menyiasat sama ada wujud sindiket cuba memperdagangkan wanita warga asing itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 200, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Menurutnya, siasatan dilakukan ke atas pemilik pusat karaoke berusia 35 tahun kerana disyaki melindungi dan menggajikan wanita warga asing tanpa kebenaran mengikut Seksyen 55(b), akta sama dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya.
-hmetro

Jabatan Kehakiman Amerika ‘kantoikan’ 1MDB bayar hutang judi di Las Vegas

MALAYSIA DATELINE

Pendedahan yang dibuat Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan, Andrew McCabe dalam sidang media semalam bakal memberi tamparan hebat kepada kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini bermati-matian menafikan dana syarikat terbabit kononnya tidak diseleweng.

Berikutan itu, Jabatan Kehakiman Amerika telah mengumumkan akan bertindak dengan memfailkan permohonan menyita dan merampas aset berkenaan.

Menyifatkan pendedahan ini menjatuhkan imej dan memalukan negara, Ahli Parlimen Raub Datuk Mohd Ariff Sabri berkata 1MDB yang sepatutnya menjaga amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan telah dijadikan alat semata-mata untuk memperkayakan diri sendiri.

Tambah memalukan lagi kata beliau, pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka yang mengaku ‘pejuang Melayu dan Islam’ amat sibuk dengan isu kafir harbi, konsert dan seumpamanya tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin.

“Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah.

“Pemimpin kita rasuah dan kita lihat sebahagian orang Melayu jerit sana sini mereka Islam dan mahu mempertahan Islam sampai ketitisan darah terakhir.

“Tetapi mereka masih tidak mahu menolak pemimpin yang rasuah dan mencuri duit rakyat Malaysia. Perbuatan dan pendirian demikian amat memalukan. Jika kita tidak bangkit menolak pemimpin yang korap, maka itu hipokrit dan kufur!” katanya ketika dihubungi Roketkini.

Menurutnya adalah amat ironi, sebagai negara bukan Islam, Amerika bertegas dengan tidak membenarkan sistem kewangan dan perbankan mereka dijadikan alat kepada ketua-ketua negara mencuri wang rakyat di negara mereka.

“Saya melihat ini sebagai kutukan keaatas Malaysia. Malaysia ialah negara ‘si pencuri’. Malaysia adalah sebuah negara yang rasuah dan mengamalkan budaya rasuah dan mencuri. Amerika yang membenci rasuah dan pencuri yang menyauk duit rakyat mereka sendiri ialah negara ‘kafir’,” katanya.

Dalam perkara yang sama Ariff berkata persoalan yang timbul saat ini ialah bagaimana pentadbiran Najib mempertahankan dirinya sendiri.

“Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?

“Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasathiyah dan penganjur maqasid syar’iah?” soal Ariff.

Video: Haiwan ganjil suara menakutkan ditangkap


Sebuah rakaman video yang memaparkan seekor haiwan begitu ganjil malah kedengaran suaranya sangat menakutkan berjaya ditangkap oleh segelintir penduduk di Indonesia.

Menurut laporan media tempatan, lokasi rakaman tersebut bagaimanapun tidak pula dimaklumkan namun apa yang pastinya haiwan itu ditemui penduduk ketika berada di pinggir longkang.

Menurut penduduk, haiwan itu tidak ganas dan bukan pemakan daging tetapi penduduk tetap berhati-hati kerana masih belum diketahui dengan jelas sama ada ia boleh menyerang manusia atau tidak .

Menerusi rakaman video amatur itu, kelihatan haiwan nadir tersebut yang mempunyai bulu seakan-akan seperti bulu kucing dan binatang pelik berkenaan juga dikatakan boleh terbang.

Lebih aneh, kepalanya pula berbentuk seperti tikus sawah.
-kualalumpurpost-