ADUN Sungai Air Tawar meninggal dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malek meninggal dunia pagi ini selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Sungai Air Tawar.


Pegawai Khas Allahyarham, Mohamad Fariq Roslan ketika mengesahkan kematian itu berkata, arwah ditemukan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 9 pagi ini selepas gagal dihubungi sejak awal pagi.

“Sepatutnya beliau menghadiri program Ziarah Kasih Sedetik Bersamamu di Kampung Sekendi pagi ini,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Arwah yang berusia 59 tahun adalah timbalan ketua Umno Sabak Bernam dan ketua Umno cawangan Sungai Air Tawar.

Selain itu, arwah turut menjawat kerusi exco Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi (MPIC) ADUN BN Selangor dan pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Bernam Jaya (PPK).

Arwah yang popular dengan panggilan 'Cikgu Zaki' merupakan bekas guru besar Sekolah Kebangsaan Seri Mawar dengan mempunyai pengalaman selama 37 tahun dalam dunia perguruan.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, arwah mengalahkan calon PAS, Wahid Rais.

Sementara itu, Bernamamelaporkan, menurut pemandu arwah, Mohd Sufaat Salimin, kematian wakil rakyat BN itu disedari kira-kira pukul 8 pagi ini ketika beliau mahu mengambil arwah untuk menghadiri satu program di DUN berkenaan hari ini.

Menurut Mohd Sufaat, menyedari Allahyarham tidak keluar dari kediamannya, beliau terpaksa bertindak memecahkan pintu dan menemukan Kamarol Zaki terbaring tidak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan kematian itu, namun tidak memberikan maklumat lanjut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan