Lelaki ‘gila seks’tumbuk pelajar selepas tunjuk kemaluan

Kuala Lumpur: Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menjalani latihan industri di Pasir Gudang, Johor Bahru, menerima 14 jahitan di pipi kiri selepas ditumbuk bertubi-tubi oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Tanjung Puteri Indah, 1 pagi kelmarin.

Pelajar terbabit, Rochell Waynee Ubong, 20, juga menanggung malu apabila penjenayah terbabit bertindak membuka seluar sebelum menunjukkan kemaluannya.

Rochell berkata, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar bersama rakan yang tinggal di Kampung Pasir Putih.

“Sebaik tiba di hadapan rumah, seorang lelaki lingkungan 30 tahun muncul. Apa yang memeranjatkan saya adalah dia membuka seluar dan cuba menunjukkan kemaluannya di hadapan saya.

“Saya yang terkejut cuba berlari masuk ke rumah, namun dia menarik beg tangan saya sebelum bertindak memukul di muka sebanyak tiga kali,” katanya.

Menurutnya, dia menjerit sekuat hati menyebabkan bapa dan ibunya keluar membantu.

“Ketika itu, lelaki terbabit sudah melarikan diri,” katanya.

Rochell berkata, dia kemudian mendapatkan rawatan di klinik berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Masai.

“Saya masih trauma kerana kejadian ini berlaku dalam tempoh sangat pantas. Saya berharap orang ramai khususnya wanita lebih berhati-hati jika berjalan seorang diri,” katanya.
-hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan