Wanita potong kemaluan kekasih guna sabit

Gara-gara kecewa dengan kekasihnya yang berkahwin lain. Seorang wanita di India bertindak memotong kemaluan lelaki itu menggunakan sabit sebelum melarikan diri ke sebatang jalan raya.

Difahamkan wanita berkenaan telah merancang awal bagi menghalang kekasihnya itu daripada meniduri perempuan lain dengan menggodanya ke sebuah rumah konon untuk mereka bermadu asmara.

Namun setelah menutup mata kekasihnya yang berusia 23 tahun itu, dia lantas mengambil sebilah sabit dan mengelar kemaluan lelaki itu sebelum meninggalkannya meraung kesakitan berlumuran darah.

Ibu bapanya yang terkejut dengan kejadian itu segera membawanya ke hospital apabila mendapati anak lelakinya mengerang kesakitan di dalam biliknya.

Lelaki malang itu tidak menceritakan kejadian yang sebenarnya berlaku di rumah teman wanitanya yang terletak di Naugawan Darshan Sigh tetapi menutup kesalahan kekasihnya itu dengan mengaku bahawa dia terpotong kemaluannya sendiri.

Ketua Polis Kotwali, Anil Upadhya berkata “Satu kes cubaan membunuh telah dibuat terhadap seorang gadis berusia 20 tahun yang merupakan jiran mangsa.

“Mereka saling mencintai antara satu sama lain namun si lelaki telah dikahwinkan dengan wanita lain kerana keluarga lelaki itu mempunyai masalah dengan ahli keluarga teman wanitanya (suspek).

“Disebabkan itulah wanita tersebut bertindak sedemikian.”

Tambah Upadhya lagi, suspek wanita dan lelaki malang itu telah bercinta lebih tiga atau empat tahun.

“Dia tidak berpuas hati apabila perkahwinan kekasihnya diatur dengan wanita lain yang setaraf dari kampung yang sama.

“Suspek menjemput mangsa ke kediamannya dan memotong alat sulitnya menggunakan sabit supaya tidak dapat bersetubuh dengan wanita lain.”

Suspek ditahan dan didakwa atas pertuduhan cubaan membunuh.

Manakala senjata yang digunakan telah ditemui bersama-sama dengan alat sulit lelaki itu.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada alat sulit mangsa dapat dicantumkan semula atau tidak.

Mangsa pulang ke rumah setelah 10 hari berada di Mumbai dan menjalani proses penyembuhan di Hospital Sanjay Gandhi di Rewa.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan