Bukan bakar Kaabah tapi cubaan bunuh diri

FMT Reporters
PETALING JAYA: Pasukan keselamatan Masjidil Haram di Mekah menafikan ada cubaan untuk membakar Kaabah seperti yang dilaporkan media sebelum ini, lapor Gulf News hari ini.

Memetik berita Arab Sabq, jurucakap tentera Mejar Sameh Al Salmi berkata lelaki yang ditahan pihak berkuasa itu cuba membunuh diri dengan menyimbah petrol pada dirinya.

“Dia dipegang (oleh orang ramai) sebelum sempat mengorbankan dirinya secara dramatik dan tingkah lakunya juga menunjukkan dia seorang pesakit mental,” kata Sameh.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki Arab ternampak seorang lelaki menyiram gasolin di Kaabah.

“Saya mengelilingi Kaabah kira-kira 11.40 malam pada Isnin, saya ternampak seorang lelaki mencurah petrol dari botol di Kaabah sambil mengucapkan ungkapan berbaur ‘takfiri’ (mengkafirkan),” kata Ghazi Darwesh.

“Saya cepat-cepat memegang beliau dan meminta bantuan dari orang di sekeliling saya. Pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian lalu membawanya pergi,” katanya.

Kaabah menjadi kiblat semua umat Islam apabila mahu menunaikan solat 5 waktu sehari dan menjadi tumpuan utama ibadat haji dan umrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan