Menang gembira, kalah lebih gembira: Nik Abduh
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui tidak terasa hati dengan kekalahan yang dialaminya dalam pemilihan peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019 pada kelmarin.
Katanya, walaupun tewas dalam pemilihan itu, apa yang penting baginya adalah terus kekal istiqamah dalam perjuangan parti.
"Menang gembira, kalah lebih gembira...istiqamah, bertanding biasa sahaja itu, latihan," katanya ringkas kepada Sinar Online.
Ketika menjawab pertanyaan yang dirinya sudah ditolak akar umbi dan ada yang memburukkannya, ini jawab Nik Abduh "biasa tu... 24 jam," katanya.
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas itu gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua dari penyandangnya Dr Izani Husin yang mendapat 209 undi berbanding Nik Abduh yang memperoleh 37 undi.
Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
-sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan