Rogol, bunuh budak 3 tahun selepas sejam gambar bersama (Gambar)


Seorang pedofilia merogol dan membunuh seorang budak perempuan berusia tiga tahun hanya selepas sejam dirakamkan bergambar bermain bersama dengan mangsa di parti hari jadi kanak-kanak.

Vladica Rajkovic dipenjara selama 40 tahun selepas menculik Angjelina Stefanovic.

Susulan penahanan tersebut, Rajkovic, 28, membuat pengakuan kepada polis bahawa dia turut membunuh perempuan simpanannya kerana wanita tersebut bersikap mendesak dan menjengkelkan.

Sekeping gambar menunjukkan Rajkovic yang berasal dari sebuah kampung Vratarnica di Serbia sedang bermain dengan kanak-kanak kecil itu semasa ‘menghiburkan’ kanak-kanak di majlis hari jadi.

Gambar itu menunjukkan dia dikelilingi kanak-kanak, termasuk mangsa yang duduk di hadapannya.
Memberi keterangan di mahkamah, Rajkovic menceritakan bagaimana dia menculik mangsa dari majlis hari jadi dan membawanya ke hutan, kira-kira 700 meter dari kampung itu.

Selepas berita kehilangan Angjelina tersebar, Rajkovic dihubungi bapanya yang bertanyakan sama ada dia mengetahui di mana kanak-kanak itu berada.

Panggilan tersebut kemudiannya terganggu dengan suara jeritan kanak-kanak itu sebelum talian terputus.

Angjelina tidak berhenti menangis semasa diserang Rajkovic sehinggalah mangsa ‘membisu’ selepas dipukul menggunakan batu besar.

Rajkovic kemudiannya terus merogol mangsa.

Semasa perbicaraan di mahkamah tinggi di Zajecar, timur Serbia, Rajkovic menafikan dia membunuh kanak-kanak berusia tiga tahun itu pada Julai tahun lalu.

Dia mendakwa kematian kanak-kanak tersebut disebabkan kemalangan sewaktu berjalan membawanya dan kemudiannya terjatuh.

Bagaimanapun dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman di atas dua kesalahan itu dan pembunuhan Dragana Stankovic, 47. – Mirror
-kualalumpurpost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan