Bagaimana PAS boleh menang padahal perbicaraan belum bermula

Hanipa Maidin
1. Bila saya mula mula baca tajuk berita ( lampiran ) saya fikirkan perbicaraan saman fitnah parti suci ke atas Sarawak Report ( SR ) telah tamat dan parti suci tlh menang. Maka saya berniat nak tulis ucapan tahniah saya pada parti suci kerana menang saman itu.

2. Tapi bila saya baca isi kandungan berita itu rupanya yg saya fikir tu rupanya x betul.

3. Sebenarnya perbicaraan belum bermula pun dan parti suci bukan menang bicara penuh ( full trial ). Kes baru ditahap case management.

4. Rupa rupanya permohonan SR utk minta Pas byr apa yang dipanggil " security for cost" ditolak oleh Mahkamah dan SR spt yang diduga kena perintah utk byr kos kpd parti suci sebanyak € 15,000-00

5. Saya harap parti suci x lah " jual" pada orang kampung di bwh yg ia dah menang bicara...belum lagi..

6. Izinlkan saya jelaskan sikit isu teknikal..

a. Dlm mana mana kes sivil jadi lumrah mana mana pihak spt SR utk pohon pihak luar drp UK spt parti suci byr "security for cost"..di Malaysia saya pun saya biasa buat begitu jika saya wakili client tempatan yg menyaman atau disaman pihak luar ( party outside jurisdiction ).

b. Asas "security of cost" yg didepositkan di mahkamah adalah pihak spt SR ingin pastikan jika pihak spt parti suci yg tinggal di luar UK kalah dlm bicara dan di perintahkan byr kos maka jika mereka gagal byr sekalipun, SR masih boleh dptkan kos itu drp Mahkamah melalui wang sekuriti yg didepositkan di mahkamah tsbt.

c. Lagi satu, dlm undang2 ada frasa " cost follows the event"ertinya pihak yg kalah kena byr kos pada pihak yg menang. Oleh kerana SR kalah dlm permohonan utk dptkan perintah mahkamah arah parti suci byr "security for cost", maka SR kena byr parti suci kos permohonan itu yang dilaporkan € 15,000-00. Itu biasa..nothing extra ordinary.

d. Dlm konteks UK, dpt €15,000-00 tak lah dikira besar sgt tapi bila mula "diconvert to RM" memanglah nampak besar sebab matawang kita kecil dan lemah!

7. Apa pun tahniahlah parti suci kerana menang pusingan pertama ini..cuma kena ingat the journey is still far away....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan