Gadis ini rela bogel jika skuad Polo menang, tapi...

 
Seorang gadis mencuri tumpuan di tengah-tengah kehangatan Sukan SEA ke-29 selepas kenyataan beraninya untuk berbogel tular di media sosial.

"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!” katanya di laman Twitter semalam.

Keputusan acara polo ekuestrian yang dinanti-natikan ramai gadis itu berpihak kepada Malaysia dengan menewaskan Brunei 12-4.

Perlawanan itu menyaksikan pertarungan antara dua pasukan membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Bagaimanapun kenyataan yang dibuat oleh gadis berusia 23 tahun itu dipadam selepas beberapa jam, lapor Mstar.

Nurul Adilla Abd Rahim menjelaskan apa yang ditulisnya di laman sosial itu hanyalah sekadar gurauan tanpa berniat untuk melakukannya.

"Saya tak sedar gurauan saya ini dianggap sesuatu yang serius. Perkataan ‘bogel’ itu bukan bermakna saya akan betul-betul nak bogel pun.

"Ia juga bukan satu taruhan kalau pasukan Malaysia menang atau kalah. Ia bukan sesuatu yang disengajakan,” katanya yang tidak menyangka kenyataan tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Lebih dikenali sebagai Lala, anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui perkataan 'bogel' agak sensitif dan memohon maaf jika terdapat salah faham terhadap kenyataannya.

Lala juga memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan di laman sosial selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan