Hadi Awang sudah hilang arah

  
ULASAN l Presiden PAS, Datuk Seri abdul Hadi Awang masih dalam proses penyembuhan masalah jantungnya. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendoakan kesembuhan beliau.
Kesabaran seseorang itu ada hadnya.
Dengan berterima kasih kepada tiga ejen provokasi di “Nothing to Hide 2”, Hadi menunjukkan
bahawa kebenaran tidak penting, yang penting ialah politik.
Dan tiada yang lebih hina daripada mengarahkan budak-budak, dengan upah serendah RM50 untuk baling selipar dan kerusi kepada seorang pakcik tua yang banyak jasanya termasuk mempopularkan perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan keharmonian sejagat.
Kita boleh pilih untuk mendiamkan diri terhadap kesalahan pengurusan, korupsi dan
penyalahgunaan jawatan di Malaysia, atau membentuk satu bentuk kerjasama tidak suci bersama
perdana menteri Malaysia sebagai dalang politik dalam politik tanah air.
Kata-kata rakan beliau, ahli parlimen Pokok Sena berkata “Tiada siapa pun masuk politik untuk
menjadi dalang, melainkan dikaburi oleh ketamakan.”
PAS, di bawah kepimpinan Hadi, Islam menjadi tunggangan untuk membawa kepentingan politik yang mana sepatutnya didahului oleh maqasid syariah dalam maqasid penjagaan dan pemeliharaan agama (deen), nyawa (nafs), intelek (aqal), keturunan (nasab) dan harta.
Masih segar dalam ingatan saya, akan pertemuan bersama Hadi tahun lalu di Hilton Kuala Lumpur, beliau ditemani dua orang tokoh yang hebat.
Saya bertanya beliau satu soalan dengan nada berterus terang, macam mana boleh PAS bekerjasama dengan Umno yang pimpinan atasannya telah lakukan banyak kekejaman mengundang kesusahan rakyat.
Mengapa? Mengapa PAS bekerjasama dengan Umno yang terlalu banyak skandal? Jawapan Hadi
sangat memeranjatkan.
“Kita bekerjasama dengan Umno untuk merungkai Umno,” kata Hadi dengan senyum sinis.
Sungguh saya tidak tahu ingin kata apa melainkan Hadi adalah “lebih ahli politik daripada ustaz”.
Saya pulang dengan rasa seram, dengan bebanan kebenaran bahawa PAS itu lebih berorientasikan politik daripada agama, tetapi ia sukar dipercayai kerana luaran mereka yang dilihat memakai jubah dan kopiah hijau.
Semua itu hanyalah, pakaian bagi meyakinkan asas mereka dan pengikut mereka mirip kultus.
Benar banyak pengikut-pengikut PAS di peringkat akar umbi juga di peringkat barisan kepimpinan yang membenci apa yang didokong Umno.
Tetapi selagi mana lima tembikai (Ahmad Samsuri Mokhtar, Nik Abduh Nik Aziz, Mohd Zuhdi Marzuki, Nasrudin Hassan dan Khairuddin Aman Razali)  mempertahankan dan mengiyakan Hadi, tidak ada yang boleh mereka lakukan walaupun oleh tokoh yang peramah dan baik seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.
Ayat-Ayat al-Quran
Sepatutnya kita merasa hairan mengapa Hadi tergopoh-gapah menyelak kembali kisah Memali tanpa memahami apa yang sebenarnya berlaku di program Nothing to Hide 2? Bukankah Islam ajarkan kita mencari kebenaran dalam setiap sesuatu? Adakah Hadi telah melupakan ayat al-Quran yang mengatakan:
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[7]
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam
kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak
menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang
beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
[8]
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(49: 6 – 8)
Adakah Hadi juga telah melupakan firman Allah dalam al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (4: 135)
Namun, Hadi tidak mengecam lansung perbuatan budak-budak itu di forum Nothing to Hide 2.
Adakah itu cara mendidik anak muda kita?
Kalau diikutkan hati, Mahathir dan BERSATU boleh sahaja mendakwa budak tiga orang itu di mahkamah. Tetapi dalam Islam, memaafkan orang lain adalah kebenaran dan keadilan.
Mahathir dan BERSATU tahu bahawa, tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu, yang budak-budak itu telah dipergunakan. Salah satu ibu-bapa anak-anak yang ditahan reman itu bertanyakan tentang
“Armada” (Pemuda BERSATU). Mereka tidak tahu pun Armada itu apa!
Kalau mereka mendapat peluang bersekolah di sekolah yang baik - andai kata wang rakyat tidak
disalah guna oleh 1MDB dan dibuat sesuka hati oleh Felda FGV - mungkin ketiga-tiga anak muda ini sudah masuk universiti. Dan ahli-ahli BERSATU rasa berbangga untuk menghadiri hari graduasi mereka.
Inilah caranya kami memanda anak-anak yang masih muda dan nakal menjadi ahli yang produktif dalam masyarakat.
Kini mereka ditahan, dan dengan perkembangan terkini dan laporan yang sedang berlaku, ramai lagi yang akan turut ditahan untuk membantu siasatan.
Walau bagaimanapun, Hadi tetap memutuskan apa yang sebenarnya berlaku di Memali, seperti juga titah beliau yang terkenal sebagai “Amanat Hadi” yang mengkategorikan semua ahli Umno sebagai “kafir”, yang mana telah membawa banyak kerosakan dari kebaikan seperti keluarga dipisahkan dan bercerai, dua pihak saling memboikot antara satu sama lain, dua Imam di Masjid yang sama yang memisahkan Ummah Islam.
Seperti biasa, lambakan ayat-ayat Quran dan hadis digunakan untuk menjustifikasikan “amanat” beliau.
Tidak dilupakan jua “bai’ah” (ikrar janji setia) yang memaksa ahli parlimen dan ahli daerah untuk menceraikan isteri (dengan talak tiga) mereka kalau mereka keluar dari PAS ke parti lain.
Sepatutnya perkara yang benar perlu dilakukan, sebaliknya Hadi menyuarakan betapa berterima
kasihnya beliau dengan PAS. Sampai bila mahu menyesatkan anak muda dengan kesesatan nyata?
Andai ibu-ayah anak-anak muda ini lihat apa yang dilakukan dalam mesyuarat perbandaran, memprovokasi dan mencemuh para tetapi juga menyerang seorang atok tua berumur 92 tahun seperti Mahathir, mereka patuhnya doa supaya mereka ditelan tanah.
Pertahan diri
Soalan-soalan yang ditanya di forum tidak kena dengan konteks, tiada asas, tetapi penuh dengan
kebencian dan membangkitkan kemarahan.
Berkenaan naratif Memali, kita sudah lupa bagaimana Ibrahim Libya yang mengakui kebal dan memprovok pengikutnya mengangkat senjata terhadap polis. Beliau juga telah gunakan wanita dan kanak-kanak sebagai barisan pertahanan pertama.
Bertembung dengan pengikut gila Ibrahim Libya di Memali, pasukan polis Kedah bertindak
mempertahankan diri bagi mempertahankan pasukan mereka.
Kita perlu ingat yang Hadi yang sebelum berlakunya peristiwa Memali pada 1984, telah
mengajak ahli PAS untuk menerima tindakan “takfir” (tindakan memanggil semua kafir atau tiada kepercayaan, selagi mana mereka bukan ahli PAS).
Adakah Hadi sanggup menjawap isu “takfir” yang beliau lakukan terhadap Umno pada tahun 1980-an sebelum arwah Yusof Haji Rawa, Fadzil Noor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengembalikan parti ke jalan yang benar?
Andai kata ketiga-tiga tokoh hebat ini tidak memimpin PAS ke arah wasatiyyah dan pengawalan, kerosakan PAS yang kita lihat sekarang telah berlaku semenjak tahun 1980-an lagi, bukan sekarang.
Kini, Hadi telah memperlihatkan kehilangan semua diplomasi. Daripada menyuruh budak-budak itu dan keluarga mereka menjadi orang-orang yang berguna, beliau menyuruh mereka membayar
dengan darah.
Apa yang Hadi lakukan ini setaraf dengan apa yang dilakukan pada era Khalifah Umayyad.
Daripada menghalang anaknya Yazid, Khalifah Muawiyah mengiktiraf sikap pengempelas dan menurut hawa nafsu anaknya. Semasa Yazid menjadi Khalifah, perkara yang pertama yang dilakukan ialah membunuh cucu Rasulillah SAW, Husayn ibn Ali pada pertengah Abad ke- AD.
Hadith Rasulullah “Barang siapa di antara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia
mengubah dengan tangan; jikalau tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah Iman.” (Muslim).
Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya doakan kebaikan mereka. Namun Hadi gagal dalam ketiga-tiganya. Ini sahaja menjelaskan sikap Hadi yang sebenarnya.
Tidak kita terkejut, Najib suka mengikuti Hadi dengan kesepiannya yang membingitkan telinga,
dengan Ahmad Zahid Hamidi rapat di belakang sering merujuk Mahathir sebagai “orang sudah lama,” dan lupa yang Zahid sendiri telah berumur.
Boleh dikatakan, hanya ada satu menteri sahaja yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap
kekecohan yang dimulakan oleh ejen provokasi, tidak sangka ia adalah Khairy Jamaluddin.

Mungkin juga masih ada sinar harapan dalam diri Khairy. Beliau hanya perlu keluar daripada kepompong zon selamat kepada zon rakyat dan negara.

DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan