Anggota unit ronda polis pula didakwa bermesra dengan 'pelacur' (Gambar)


Belum reda isu seorang pegawai dan enam anggota polis Johor yang didapati berhibur di sebuah pusat hiburan di Muar semalam, kini timbul pula satu lagi isu baharu membabitkan pasukan penguat kuasa itu.

Kali ini, seorang anggota polis dari unit ronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dilihat bermesraan dengan seorang gadis dipercayai pelacur dalam kejadian yang turut berlaku semalam di Segamat, Johor.

Gambar kedua-dua mereka menjadi tular di laman sosial Facebook sejak petang tadi dengan kelihatan anggota polis tersebut memegang tangan gadis terbabit yang berada di dalam kereta rondanya.

Gadis itu pula dilihat berpakaian seksi dengan hanya memakai seluar jean pendek dan singlet hitam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd yang dihubungi Bernama berkata pihaknya maklum akan kejadian tersebut dan anggota itu telah dikeluarkan daripada tugas ronda serta-merta sementara menunggu siasatan dilakukan.
-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan