Wanita dihukum mati bersubahat bunuh suami

Sibu – Seorang wanita dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah bersubahat membunuh suaminya lima tahun lalu.

Hakim Datuk Norcahaya Arshad berkata, kes tersebut telah berjaya dibuktikan melampaui keraguan munasabah bahawa Ling Hang Tsyr, 36, bersubahat dalam pembunuhan suaminya, Wong Jing Kui, 31, di rumah mereka di Jalan Ulu Sungai Merah pada 1.30 pagi, 14 Jun 2012.

“Tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, disabitkan pertuduhan dan dijatuhi hukuman mati dengan digantung di leher sehingga mati,” katanya.

Hang Tsyr dilihat menundukkan kepalanya ketika hukuman dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Kerani bank bahagian pemulihan kredit itu didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan teman lelakinya, Tiong King Guan, 31. 
-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan