Pensyarah hadis terkejut MP PAS nak sekeh kepala mufti

Seorang pensyarah universiti menyambut 'tawaran' debat Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang mempertikaikan sikap sesetengah pihak menolak cadangan pindaan Akta 355.

Menurut Dr Rozaimi Ramle beliau "dengan rendah hati" menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.

"Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini," kata Rozaimi melalui kemas kini status Facebooknya hari ini.

Bersama kenyataan itu ialah klip video memaparkan Khairuddin berceramah mengenai pindaan Akta 355.

Melalui ceramahnya Khairuddin berkata, beliau berani mengatakan bahawa wajib melakukan pindaan pada akta berkenaan dan bersedia berhujah dengan sesiapa yang mengatakan sebaliknya.

Malah, pada klip video sepanjang kira-kira 4.30 minit itu Khairuddin juga mencadangkan supaya disekeh kepala mufti yang menganggap pindaan Akta 355 itu bukan wajib.

"Yang kita (PAS) bawa itu membolehkan hukum Allah dilaksanakan di peringat negeri. Tidakkah ia menjadi wajib? Wajib ke, sunat?" katanya bertanya kepada hadirin.

Ia kemudian dijawab "wajib" oleh orang ramai.

"Wajiblah. Sunat ikut mana? Kalau ada Tok Peti (mufti) kata (pindaan itu) sunat, sekeh kepala dia," katanya lagi.

Butiran tentukan kemudian

Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS kemudian menyatakan kesediaannya berhujah dengan sesiapa yang tidak sependapat dengan pendirian PAS itu.

"Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.

"Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.

"(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

"Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?" katanya pada ceramah yang dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.

Rozaimi berkata beliau memperoleh rakaman berkenaan daripada seorang sahabatnya.

"Setelah menontonnya, saya terkejut dengan bahasa yang digunakan sehingga nak sekeh kepala mufti," katanya.

Dalam video ini juga, kata Rozaimi, Khairuddin mencabar mana-mana pihak untuk berhujah dengan beliau tentang isu kewajipan menyokong cadangan meminda Akta 355 yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Justeru beliau menerima tawaran berkenaan"dengan rendah hati".

"Penganjur, format dan lokasi diskusi akan ditentukan kemudian. Moga Allah menunjukkan kita kebenaran," katanya.

Sebenarnya kedua-dua tokoh terbabit bukanlah asing sejak akhir-akhir ini.

Rozaimi pada hujung Oktober tahun lalu pernah menyatakan pertemuan dengan wakil PAS bagi mendapatkan gambaran mengenai cadangan parti itu membawa usul meminda Akta 355 di parlimen.

Bagaimanapun Rozaimi kurang berpuas hati selepas ada anggota parti itu memberi gambaran kurang tepat mengenai pertemuan berkenaan.

Justeru pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris itu bercadang untuk mendedahkan rakaman perbualan mereka.

Khairuddin pula beberapa hari lalu menjadi sasaran sindiran dan kecaman sesetengah pihak ekoran pendedahan mengenai hadiah kereta Audi Q7 kepada isterinya.

Hubungan antara Rozaimi dan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilihat memang dekat dan kedua-dua mereka sering sepentas ketika berceramah.

Pendekatan kedua-dua tokoh terbabit juga dilihat sama antara satu sama lain.
-malaysiakini

(Ulama PAS nak sekeh kepala mufti perlis) Pensyarah hadis sedia berhujah dengan ulamak Pas Akta 355

MALAYSIA DATELINE
Rozaimi RamlePensyarah Hadis Dr Rozaimi Ramle menerima ajakan Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat Khairuddin Aman Razali untuk berdiskusi mengenai kewajipan menyokong pindaan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) atau Akta 355.
Beliau berkata, mungkin ada perkara baharu yang boleh dipelajari beliau melalui diskusi atau wacana yang dianjurkan.

"Dengan rendah hati, saya menerima tawaran beliau untuk berdiskusi atau berwacana. Mungkin ada perkara yang beliau tahu yang saya tidak tahu maka saya boleh belajar dari beliau melalui diskusi ini.

"Penganjur, format dan lokasi diskusi akan ditentukan kemudian. Moga Allah menunjukkan kita kebenaran," tulis Rozaimi di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ceramah Khairuddin pada 12 Februari yang lalu yang mengajak mana-mana pihak untuk berhujah mengenai Akta 255 yang disifatkan sebagai wajib dilaksanakan.

Khairuddin dalam ceramahnya di Kelantan itu mengecam Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempersoal cadangan pindaan Akta 355 itu.
khairuddin aman razali
"Kalau ada tok peti (mufti) yang kata sunat (pindaan Akta 3555) saya nak sekeh kepala dia. Saya nak ajak berhujah. Siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 harus, sunat ke makruh ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.

"Saya berani berhujah pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus apatah lagi makruh atau haram. Wajib disokong. Kenapa? Dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam dapat dihukum megikut al Quran dan sunnah. Takkanlah perkara macam ini Mufti Perlis tak boleh faham. Hujah ikut mana lagi? Melainkan tutup mata, tutup telinga," kata Khairuddin dalam ceramah yang rakamannya turut dikongsikan Rozaimi di Facebooknya hari ini.
Rozaimi berkata, beliau terkejut dengan bahasa yang digunakan Khairuddin itu.

"Seorang sahabat memberikan potongan rakaman ini. Setelah menontonnya saya terkejut dengan bahasa yang digunakan sehingga nak sekeh kepala mufti.

"Di dalam video ini juga beliau mencabar mana-mana pihak untuk berhujah dengan beliau tentang isu kewajipan menyokong RUU 355 yang dibawa oleh MP Marang," katanya.

Khairuddin turut mendakwa Asri menjadi modal kepada golongan liberal untuk menentang pindaan Akta 355.

Asri dalam Forum “Sejauh Mana Anda Memahami Hudud” anjuran Angkatan Amanah Merdeka di Rumah Kelab Parsatuan Alumni Universiti Malaya 12 Februari lalu mempersoalkan sejauh mana syarat untuk melaksanakan Akta 355 itu sudah dipenuhi.

“Sebahagian orang berfikir bila kita tidak potong tangan pencuri, itu maknanya halal untuk mencuri. Tetapi sebenarnya mencuri tetap haram, ia tetap salah dan akan di hukum di sisi Tuhan.

“Apa yang kita persoalkan ialah syarat melaksanakan (RUU 355) itu cukup atau tidak, adakah kita boleh menghukum, adakah syarat cukup untuk kita menghukum. Tuhan menuntut supaya kita bertanggungjawab,” katanya,

Padah tumbuk, pijak isteri

Kuala Lumpur – Perbuatan seorang suami yang menumbuk dan memijak badan isterinya serta menjirus wanita itu dengan air, menerima pembalasan selepas Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan terhadapnya.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Syafiq Abdul Halim, 25, seorang pembantu pejabat selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya yang berusia 25 tahun.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Feb lepas.

Tertuduh telah dengan sengaja mencederakan isterinya di sebuah flat di Pandan Jaya, di sini pukul 6 petang, pada 20 Feb lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau dengan sebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian berlaku perselisihan faham antara pasangan itu sehingga tertuduh bertindak menumbuk bahagian belakang badan mangsa dan juga telah menarik mangsa ke bilik air serta menjirus wanita itu dengan air.

Ahmad Syafiq kemudian mengheret isterinya ke ruang tamu dan menolaknya ke lantai sebelum memijak belakang badan dan tangan isterinya.

Tertuduh juga menyepak mangsa dan menghalau wanita itu dan anak mereka yang berusia dua tahun empat bulan keluar dari rumah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira kepentingan awam.

Katanya tertuduh sepatutnya melindungi isterinya bukannya memukulnya sebegitu rupa.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia insaf dan kesal atas perbuatannya itu.
-Bernama

Sekeluarga maut minum racun


Bali – Sungguh tragik pengakhiran keluarga dari Bali, Indonesia ini apabila bertindak nekad ‘mencabut’ nyawa mereka dengan meminum racun serangga.

Kejadian yang berlaku di Banjar Dinas Jero Kuta, Desa Bondalem, Kecamatan Tejakula, Buleleng ini menyaksikan sepasang suami isteri dan dua anak maut selepas meminum racun jenis Diazinon yang dicampur air minuman soda.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Kadek Artaya, 32, isterinya, Kadek Suciani, 27; serta dua anak mereka, Putu Wahyu Adi Saputra, 7; dan Kade Dwi Cahya Putri, 3; ditemui di atas katil di sebuah bilik di kediaman mereka.

Tribunnews melaporkan semua mangsa ditemui bapa saudara mereka, Made Suardana, 59, pada Khamis pagi kira-kira pukul 5.30 pagi waktu tempatan ketika hendak solat.

Suardana berkata, keempat-empat ahli keluarga itu tidak berada di dalam bilik tidur mereka dan dia mencarinya di kawasan dapur selepas tercium bau busuk dan bau gas.

Menurutnya, semua mangsa ditemui di dalam bilik berkunci dari dalam di bahagian dapur dan dia terpaksa memecahkan pintu tersebut sebelum menemui semua mangsa yang sudah tidak bernyawa.

Jelasnya, empat ahli keluarga itu ditemui dalam keadaan berpelukan dan mulut masing-masing berbuih.

Semua mangsa tidak dibawa ke hospital dan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Komang Ari Wirama mengesahkan kematian tersebut dan menjelaskan empat ahli keluarga itu meninggal dunia lebih kurang lima hingga enam jam sebelum ditemui.

Suardana mengakui anak saudaranya iaitu Kadek yang bekerja sebagai tukang kebun tidak mempunyai masalah selain dari keletihan akibat bekerja.

“Tidak pernah sekalipun dia bercerita masalahnya kepada saya kecuali dia penat bekerja,” katanya yang menjelaskan anak saudaranya itu bersifat terbuka dan akan menceritakan kepadanya jika mengalami masalah.

Difahamkan, keluarga ini tidak mempunyai masalah yang serius selain si isteri dan anak lelakinya sering mengalami penyakit batuk yang tidak pernah sembuh.

Sementara itu, polis Buleleng, Made Sukawijaya berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian. – Mynewshub

Gadis ini terima padah ambil gambar kemaluan, payudara OKU


Melaka – Seorang jurujual wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, tengah hari tadi, atas kesalahan merakamkan gambar mengaibkan seorang wanita, Januari lalu.

Najlaa Khairunnissa Mohd Younes, 20, mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengambil gambar kemaluan dan payudara seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 23 tahun.

Kesalahan dilakukan tertuduh di kedai kasut di sebuah pasar raya di Taman Lagenda, di sini, jam 4 petang sebelum sambutan Tahun Baru Cina lalu.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baru bagi hukuman dan fakta kes serta mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000.

Tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menawarkan jaminan sebanyak RM500 selain menetapkan 20 Mac ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen.
-hmetro

Setelah bersama Amanah, Abby Abadi dikeji ahli Pas

MALAYSIA DATELINE
Abby AbadiStatus facebook artis Abby Abadi baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi luahan perasaannya setelah tidak lagi bersama Pas yang disertainya pada tahun 2012 lalu.

Perkongsian itu antara lain mendedahkan dugaan yang terpaksa dilaluinya yang kini berjuang dengan Parti Amanah Negara.

Tindakkannya itu jelas Abby, telah mengundang 'serangan' dari pengikut-pengikut Pas dengan pelbagai cercaan dan kata-kata nista.

Ada pengikut Pas katanya, mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak betul, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya apabila menjauhkan diri dari perjuangan Pas.

"Bila saya makin lama makin menjauh (dari Pas)… ikut Amanah, ikut Pakatan Harapan, orang Pas pulak yang maki hamun saya, konon saya tak betul, kembalilah ke pangkal jalan, semoga diberi petunjuk, cium bont*t DAP, khadam DAP dan sebagainya," luah Abby.

Namun, segala cercaan pengikut Pas terhadapnya tidak mampu menafikan sikap profesionalisme yang ditonjolkan pemimpin-pemimpin DAP dalam melaksanakan tanggungjawab mereka, lapor Roketkini.com.
"Cuma jujur, saya suka Mr Lim Guan Eng, Mr Lim Kit Siang… Nampak lebih berakhlak dan bersungguh menjaga amanah rakyat di Penang.

"Cakap kurang kerja lebih. Macam tulah bagus," katanya.

Jelas Abby, banyak perkara yang dipelajarinya mengenai agama dan pentadbiran negara sewaktu Pas dipimpin Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

“Allah bagi saya faham jelas berkaitan agama-Dia. Waktu tu saya ada Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz tempat belajar, bersembang, bertanya apa sahaja,” luah Abby.

Pada waktu itu katanya, beliau amat berbangga dengan imej Pas dan tidak gentar walaupun diserang habis-habisan oleh tentera siber Umno-BN ketika itu sehingga digam dari siaran televisyen dan menghadiri majlis rasmi kerajaan.

“Semua kerana bersama dengan perjuangan Pas.

“Alih-alih lepas ketiadaan Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, segalanya berubah,” katanya.

Abby menulis statusnya di facebook sebagai respon kepada status twitter @tmjdtfc pada 18 Februari baru-baru ini yang menyebut: “Malang bg sesetengah pihak terutamanya artis yg ingin mencari Islam tetapi terjumpa Pas”.

Apa kisah Hasmah tentang Dr M dan sultan Johor?

Selepas kritikan keras sultan Johor ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Facebook penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir tampil dengan kisah 'mesra' lain bekas perdana menteri itu dengan istana Johor.

Mukhriz Mahathir FC hari ini mengketengahkan hasil perbualan seorang anggotanya, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin, bersama isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Perbualan dua jam mereka dikatakan bermula dengan jenama jam yang dipakai Siti Hasmah.

“Jam itu berjenama Bvlgari. (Entah macam mana nak sebutnya tak reti),” tulisnya.

Tulisan Adam Mukhriz cuba membayangkan hubungan baik dan hormat menghormati antara sultan Johor ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar dengan Mahathir, walaupun pemimpin itu kuat menegur pihak istana.

“Tun Dr Siti Hasmah menceritakan bagaimana almarhum sultan Johor (ayahanda kepada sultan Johor sekarang) sangat sayang kepada Tun Dr Mahathir walaupun Tun M kuat mengkritiknya dan menegur almarhum.

“Jam ini dihadiahkan oleh Almarhum satu set. Satu untuknya dan satu lagi untuk Tun Mahathir,” katanya.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam menyindir keras sikap seorang pemimpin, yang dipercayai merujuk kepada Mahathir.

Tanpa menyebut nama, baginda menyindir mungkin “orang luar” ini telah lupa bahawa zamannya telah berlalu.

"Jika dia bukan pelupa mungkin ada sedikit nyanyuk akibat faktor usia,” titah baginda ketika merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong di Muar semalam.

Sementara itu Adam Mukhriz juga berkata, Mahathir dan Hasmah juga melawat almarhum ketika gering.

“Masa nak balik bila berjalan balik Tun terkejut tengok almarhum ada belakang bangun nak menghantar mereka ke lif walaupun memang terlantar saja di katil sebelum itu.

“Sanggup dan gigih.

“Betapa sayang dan hormatnya almarhum dengan Tun,” katanya.

Malah, Mahathir juga diberi "DK1" oleh almarhum – pingat tertinggi Johor, katanya yang turut menggunakan hashtag #KongsiCeritaBenar, #SejarahTidakMenipu, #RakyatTidakLupa dan #TidakNyanyuk.
-malaysiakini

Umno, Pas kini memang sah 'sekapal' (Gambar)

BORHAN AHMAD
Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pemimpin Pas dan Umno sekapal dalam Nautical Aliya. Khalil, Nuridah dan Sanusi antara pemimpin Pas bersama Azeez Rahim di atas kapal itu.
Pas dan Umno kini benar-benar sekapal melalui "Food flotilla for Myanmar" dan ia menambah kukuhkan lagi persepsi bahawa kedua-dua parti itu bekerjasama walaupun cuba dinafikan oleh Pas.
Datuk Mahfuz Omar
Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku di atas kapal Nautical Aliya ini menambahkan persepsi masyarakat terhadap perkara itu.

"Ahli Pas kini gelisah. Sejak dari kecil mereka dilatih bencikan Umno, tiba-tiba pemimpin mereka berbaik dengan Umno.

"Benarlah persepsi bahawa Umno dan Pas kini sudah sekapal sebagaimana ditunjukkan dalam flotilla ini," kata bekas naib presiden Pas itu merujuk kepada bendera Umno dan Pas memenuhi pelabuhan yang menerima kepulangan kapal yang membawa 28 NGO itu.

Menurut Mahfuz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berada di atas kapal 'Food flotilla for Myanmar' itu sendiri tidak berpuashati dengan tindakan parti politik Umno dan Pas yang 'merampas' (hijack) misi yang mereka sertai.

"Mereka hubungi saya dan menyampaikan rasa tidak puas hati mereka," dedah ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.
Bendera Pas dan Umno dikibarkan menyambut kepulangan Nautical Aliya di Perlabuhan Klang semalam.
Antaranya, cerita Mahfuz, Umno dan Pas dilihat cuba menonjolkan diri mereka dan memperlihatkan misi ini adalah lebih kepada soal kerjasama antara Pas dan Umno bukan membantu kesengsaraan yang dialami oleh umat Rohingya.

Antara pemimpin Pas yang berada di atas kapal yang dilepaskan bersama oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah ketua muslimat, Nuridah Salleh, timbalan ketua pemuda yang juga anak presiden Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi, AJK Pas Pusat, Sanusi Mohd Nor dan lain-lain.

Pemimpin Umno pula adalah Datuk Seri Azeez Rahim yang juga pengerusi Tabung Haji dan ramai lagi.

Sejak dari awal lagi, Pas sentiasa mengajar pengikutnya bahawa Umno adalah musuh mereka.
AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.
AJK Pas Pusat, Sanusi Mat Nor bersama seorang pemimpin Umno bergembira dalam Nautical Aliya.
Sebab itu, bagi mengelakkan anak-anak mereka menyertai kelas Tadika Kemas yang dikawal oleh Umno, Pas menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).

Selepas itu, katanya, Pas tubuhkan sekolah rendah dan menengah Islam bagi mengelakkan anak-anak pergi ke sekolah kebangsaan yang dikawal oleh kerajaan Umno.

Di surau-surau kampung pula, katanya, ahli-ahli Pas tidak akan sembahyang di belakang imam yang menyokong Umno.

Beliau berkata, ekoran kekeliruan hubungan antara Pas dengan Umno ini telah menyebabkan ramai ahli Pas yang kini lebih rela mendiamkan diri dari aktif.

"Walapun mereka tidak isytihar keluar Pas, namun mereka menyepikan diri menyebabkan sokongan kepada pas mengecil dan pudar," kata Mahfuz.

"Bagi saya Pas tidak pecah, tetapi sokongan kepada Pas yang menyusut. Dari segi organisasi Pas kuat tetapi sokongan sudah berkurangan," katanya merujuk kepada kenyataan timbalan presiden Amanah, Salahudin Ayub Pas kini berpecah sekali lagi.

Dangkalnya Pemuda Pas Kelantan

Halang Husam: Alasan Pemuda Pas Kelantan dangkal
ARIF ATAN

Kecaman Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari bahawa Penasihat Amanah negeri itu, Datuk Husam Musa tidak profesional dan membuat provokasi dalam ceramah di Kota Bharu adalah tidak berasas, bidas Ahli Jawatankuasa (AJK) Biro Undang-undang Amanah (Kanun), Faiz Fadzil.

Menurutnya, permintaan Husam untuk berucap selaras dengan haknya di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan selepas dijemput untuk hadir dan nama beliau dijadikan tajuk ceramah.

"Hak membela diri daripada sebarang dakwaan adalah selaras dengan undang-undang dan hukum syarak yang seharusnya dihormati oleh Pas.

"Alasan Ahmad Fadhli bahawa Datuk Husam tidak dibenarkan berucap kerana nama beliau tiada dalam permit adalah dakwaan yang dangkal dan bertentangan dengan undang-undang kerana kebenaran ceramah sekarang ditadbir oleh Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman menghendaki pemberitahuan diserahkan kepada pihak polis di mana nama penceramah tidak dihadkan dan ia bukanlah sesuatu yang mandatori," tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional berkata, pemberitahuan mengikut Seksyen 9 dan 10 Akta Perhimpunan Aman hendaklah dibaca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan agar amalan demokrasi dapat berjalan dengan adil dan baik.

"Sesungguhnya, tiada lagi permit yang perlu dipohon seperti dakwaan Ahmad Fadhli menurut undang-undang masa kini.

"Pemuda Pas patut semak terlebih dahulu undang-undang dan merujuk kepada pakar peguam Pas sebelum memberikan alasan yang bercanggah dengan undang-undang dan perlembagaan, tidak demokratik, tidak profesional dan tidak matang untuk mewajarkan tindakan mereka menghalang Datuk Husam berucap," jelasnya lagi.

Pada 20 Februari lalu, Husam hadir di pentas ceramah yang mengecam dirinya di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu tetapi tidak diberikan peluang untuk berucap.

Perbuatan kejam pengasuh taska terbongkar



Singapura – Kejam lagi tidak berperikemanusian, itulah yang berlaku terhadap beberapa kanak-kanak di sebuah taska di Singapura selepas dipercayai diseksa oleh pengasuh mereka.

Apa yang lebih memilukan adalah kanak kanak yang dianggarkan berusia antara satu hingga empat tahun itu turut disuruh memakan najis sendiri.

Menurut portal Stomp, perbuatan kejam pengasuh di taska Sam’s Early Learning Centre itu terbongkar setelah seorang pengguna WeChat, Singapore Tong memuat naik beberapa keping gambar sebagai bukti kekejaman pengasuh taska berkenan.

Gambar yang tersebar itu turut memaparkan kanak-kanak disuruh tidur di atas lantai tanpa sebarang alas, mahupun bantal.

Pengguna berkenaan turut mendakwa pihak taska membuang susu tepung yang dibekalkan oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak-anak. Malah pihak taska dikatakan tergamak memberi penghuni kecilnya itu makan buah-buahan yang hampir rosak dan busuk.

Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak, (ECDA) berkata, pihaknya telah menerima aduan penderaan kanak-kanak itu beserta dengan gambar.

“Kami telah sedia maklum dengan pendedahan di media sosial ini dan kini sedang menjalankan siasatan terhadap pusat jagaan kanak-kanak berkenaan.

“Keselamatan dan kesihatan kanak-kanak di pusat penjagaan kanak-kanak adalah keutamaam ECDA,” kata jurucakap ECDA.

Sementara itu, netizen di Singapura bagaikan tidak percaya perkara seperti itu boleh berlaku di negara mereka.

Netizen juga mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih keras terhadap pemilik taska berkenaan. – Mynewshub

Kalau ulamanya dah akhlak macam tu apalah nah nak diharap ustaz2nya, jenis politik cari makan

Isu Audi Q7: Ku Seman setuju dengan MP PAS tapi...

Isu kereta mewah Audi Q7 yang dibeli Anggota Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali terus menjadi perhatian umum, kali ini diulas pula oleh bekas pengarang kanan akhbar Utusan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain.

Ku Seman berkata, beliau sangat setuju dengan Khairuddin bahawa urusan membeli kereta itu adalah haknya kerana mempunyai kemampuan.

"Saya ada terbaca kontroversi Khairuddin yang menghadiahkan kereta mewah Audi Q7 kepada isterinya. Kereta itu bukanlah mahal pun bagi MP itu walaupun berharga lebih kurang setengah juta RM. Khabarnya dia memang mampu.

"Tetapi Khairuddin kena membezakan antara membeli dan menunjuk-nunjuk kereta itu hingga menjurus kepada perbuatan riak. Kalau tidak silap saya, Islam melarang perbuatan yang menjurus kepada riak, apatah lagi dalam keadaan sesetengah rakyat terpaksa ikat perut untuk hidup.

"Saya percaya rakyat pun tidaklah zalim, kerana mereka miskin, orang yang kaya raya tidak boleh menikmati hidup yang lebih baik," kata Ku Seman dalam catatan di media sosial.

Semalam, Khairuddin mempertahankan langkahnya membeli kereta mewah Audi Q7 yang dianggarkan bernilai setengah juta ringgit buat isterinya, yang menyebabkan beliau diserang hebat di Internet.

Ketua penerangan Dewan Ulama PAS itu dilaporkan mempertahankan tindakan itu kerana ia sebahagian daripada haknya.

“Saya ada hak beli apa yang saya mahu.

“Saya boleh beli lori atau kapal terbang, ini bukan urusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

Isu itu timbul minggu ini selepas isterinya didakwa memuat naik gambar kereta itu di Facebook dengan status bertulis:

"Kita dapat hadiah kereta dari En Somi"," tulisnya.

Mengulas lanjut, Ku Seman berkata, Khairuddin dan isterinya tidak wajar merendahkan kedudukan mereka setaraf artis atau tauke kosmetik yang sesetengahnya sangat riak dengan kekayaan.

"Biarlah, mereka itu selebriti. Membuat riak macam mana sekalipun media tetap beri publisiti seolah-olah itulah yang betul.

"Saya harap Khairuddin tidak akan terganggu untuk terus menikmati kekayaan yang menjadi haknya. Tetapi tidak perlulah dihebahkan," jelasnya lagi.
-malaysiakini

Audi Q7: Hak saya nak beli kereta mewah, kata ulama PAS

MALAYSIA DATELINE
Tular dilaman sosial kereta Audi Q7  yang mana Khairuddin mengatakan ia membelinya dari sumber pendapatan yang sah.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata beliau mempunyai hak untuk membeli kereta Audi Q7 yang bernilai setengah juta ringgit untuk isterinya.

Khairuddin yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, dipetik berkata isu itu telah diperbesar-besarkan untuk mengalihkan perhatian daripada pindaan Rang Undang-Undang Syariah (RUU 355) yang dicadangkan parti Islam itu.

"Ini adalah isu kecil. Saya mempunyai hak untuk membeli apa-apa yang saya mahu. Saya juga boleh membeli sebuah lori atau kapal terbang, ia bukan urusan mereka," katanya seperti dilapor The Star Online hari ini.

Khairuddin turut menyelar " pengguna media sosial " yang suka memilih isu tersebut.

"Saya membeli kereta menggunakan sumber yang sah dan saya mampu," katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila pengguna Facebook Datin Norhayati Abd Malek, yang dirujuk sebagai isteri Khairuddin, menyiarkan gambar Audi Q7, mengatakan bahawa ia adalah "hadiah" dari suaminya.

Walau bagaimanapun,tidak diketahui jika kereta itu baru dibeli atau dari pemilik sebelumnya.

Satu lagi posting di laman Facebook beliau menunjukkan Khairuddin dan anak-anak mereka berjalan di pantai di mana dia berkata dia adalah isteri "YB Kuala Nerus".

Khairuddin dan Norhayati diketahui menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan.

PAS akan pecah beberapa bulan lagi - Salahuddin Ayub

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub mendakwa, PAS kini berdepan dengan perpecahan setelah mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan Umno.

"Saya boleh katakan hari ini PAS sudah terbelah dua dan sebenarnya sudah berpecah.

"Satu kekuatan yang saya pelajari dengan PAS (dahulu), sekiranya pemimpin itu dilihat benar-benar rapat dengan erti kata lain tidak menganggap Umno sebagai musuh mereka, PAS akan berpecah lagi.

"Saya berani menyatakan PAS akan berpecah dalam beberapa bulan akan datang," beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

Selain itu, bekas naib presiden PAS itu berkata, apa yang terjadi dalam parti berkenaan ketika ini sukar diterima terutama dalam kalangan penyokong dan ahli PAS kerana ia melibatkan soal dasar.

Sementara itu, Salahuddin turut memberitahu, ekoran daripada perpecahan yang berada dalam PAS, tidak mustahil AMANAH dapat memerintah Kelantan.

"Saya berani katakan yang PAS akan berpecah lagi untuk beberapa bulan akan datang. Sebelum ini, kami (AMANAH) sudah menyebabkan separuh perpecahan ke atas PAS.

"Akan ada yang lain yang akan menyebabkan perpecahan berlaku lagi dalam PAS.

"Kami sudah diajar (sejak dalam PAS) bahawa dasar kezaliman itu tidak boleh dirundingkan. Tiba-tiba hari ini, dasar itu terjejas, kami memang tak boleh (biarkan dasar berpecah). Sebab itu kita berpisah dengan PAS," katanya.

Salahuddin antara ramai lagi pemimpin kanan PAS yang keluar parti selepas tewas beramai-ramai dalam pemilihan parti sebelum ini.

Mereka menubuhkan AMANAH sebagai parti Islam baru yang mahu membawa pendekatan Islam yang lebih terbuka untuk semua pihak.
-malaysiakini

Proses kematangan Pas terbantut

AHMAD LUTFI OTHMAN

Reaksi segera Presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap tempoh masa sebulan yang diberikan Dr Mahathir Mohamad memang sudah dijangka. Ia juga dapat ditelah daripada sikap sebahagian besar pimpinan tertinggi Parti Islam kepada penasihat parti Bersatu itu, walaupun semasa proses rundingan masih berlangsung.

Ketika Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Pengarah Pilihan Raya, Mustafa Ali dan Naib Presiden yang juga Pesuruhjaya Pas selangor, Iskandar Abd Samad menunjukkan pendirian lebih terbuka dan bersedia untuk bertolak-ansur, Ustaz Hadi dan Mursyidul Am, Ustaz Hashim Jasin sudah lama menunjukkan mesej berbeda.

Kedua-dua pemimpin ulung pas itu seringkali menjelaskan bentuk dan syarat tahaluf yang boleh diterima, iaitu pastikan Pas yang memimpin, bukan dipimpin; Pas yang mendominasi bukan sekadar mengikuti. Kerjasama politik sebelum ini dianggap gagal disebabkan parti lain yang menguasai dan Pas terpaksa banyak berkorban.

Usah dikira kenyataan atau posting facebook yang dibuat oleh pimpinan lain yang dilihat mendukung kuat pendekatan politik ustaz Hadi, misalnya Naib Presiden, Ustaz Nik Amar Nik Abdullah, Ketua Penerangan, Nasrudin Hasan Tantawi, Ketua Pemuda, Nik Abduh Nik Abd Aziz, Ketua Ulama, Dr Mahfodz Mohamed dan orang yang dilihat strategis baru Pas, Dr Zuhdi Marzuki. Kalau mahu diambil kira pandangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat misalnya Razman Zakaria dan Ustaz Mokhtar Senik, tidak tergambar bahawa Pas berminat untuk bekerjasama lagi dengan parti seperti PKR.

Malah, apabila berulang kali ditekankan syarat ketat dan mengikat, iaitu tiada hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai persefahaman dengan DAP dan Amanah, sudah jelas terbayang isi hati dan kecenderungan sebenar Pas.

"Parti yang jelas tidak mampunyai hubungan sama sekali dengan DAP dan Amanah, hanyalah Umno-BN." kata seorang pemerhati politik, dengan nada sinis. "Soalnya, PKR yang ada hubungan rasmi dengan kedua-dua parti seteru Pas itu boleh pula terus bekerjasama. Sepatutnya keputusan sudah dibuat, tidak perlu tunggu muktamar lagi, untuk putuskan kerjasama dengan PKR."

Dirujuk perkembangan Pas, terutama selepas bermulanya era kepimpinan ulama pada 1983, pengalaman dan eksperimen politiknya menunjukkan satu proses kematangan, meningkat tahap ke tahap yang membanggakan. Dan tidak mustahil bila sampai masanya, Pas boleh menjadi parti paling berpengaruh di antara parti-parti pembangkang, khususnya selepas mendapat kepercayaan majoriti masyarakat Melayu.

Dalam pilihan raya umum 1986, Pas membuka pintu rundingan serta menjalin hubungan dengan parti-parti kecil- PRM, Nasma dan SDP - dalam pakatan yang dinamakan Harakah Keadilan Rakyat (HAK) sekali gus menunjukkan kesediannya untuk berkongsi kuasa, walaupun dilihat hanya terbatas dengan parti yang kurang menyerlah.

Sebelum itu, ditubuhkan Majlis Perunding Cina (CCC), khusus buat mendekatkan Pas dengan masyarakat Tionghua. Pimpinan Pas masuk-keluar premis tokong Cina dan mengadakan dialog secara terbuka tentang konsep Negara Islam dan yang berkaitan dengannya. Benteng yang memisahkan Pas dengan golongan bukan Islam berjaya ditembusi ketika Parti Islam itu dilanda pelbagai tohmahan negatif.

Walaupun hanya menang satu kerusi tunggal di Parlimen, iaitu Pengkalan Chepa (dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun tewas di Bachok), pada pilihan raya pertama di bawah era kepimpinan ulama, namun Pas bingkas bangun. Muktamar di Rusila, Terengganu, 1987, agak panas dan bergelegal dengan kritikan tajam terhadap kepimpinan parti tetapi semangat dan komitmen ahli tidak pudar.
Team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah ketika penubuhan Semangat 46 turut disokong Musa Hitam  dan Abdullah Badawi,
Team B diketuai Tengku Razaleigh Hamzah ketika penubuhan Semangat 46 turut disokong Musa Hitam dan Abdullah Badawi,
Sebaliknya Umno menghadapi masalah dalaman yang serius sehingga terbentuk Team A dan Team B, susulan proses pemilihan parti pada april 1987, yang kemudiannya menyebabkan Umno diisytihar haram oleh mahkamah. Pas tidak menunggu lama untuk memanfaatkan peluang yang ada, mendekatkan diri dengan kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah, yang seterusnya membentuk Parti Semangat 46.

Tidak mudah juga untuk Ustaz Fadzil Mohd Noor mengadakan kerjasama dengan Ku Li, arkitek Umno Kelantan yang merampas negeri itu daripada Pas pada 1978. Saya berpeluang menziarahi dua tokoh muda Pas, Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar di rumah masing-masing, di Shah Alam dan Alor Setar, ketika mereka baru dibebaskan dari Pusat Tahanan Kamunting ekoran tahanan ISA di bawah Operasi Lalang 1987. Kedua-duanya kuat menentang idea tahaluf tetapi kebijaksanaan dan kesabaran Ustaz Fadzil mampu menjinakkan mereka untuk menerima eksperimen politiknya.
Pada PRU1990, Pas sedia menyerahkan sebahagian besar kerusi kepada Semangat 46 walaupun diketahui parti baru itu serba kekurangan, termasuk sokongan akar umbi. Ku Li juga berjaya merapatkan serta mengendurkan ketegangan Pas dengan DAP, dengan mengadakan kerjasama tidak langsung. Pas tidak pula keluar daripada Angkatan Perpaduan Ummah walaupun Semangat 46 turut berada dalam Gagasan Rakyat, bersama DAP dan PBS, dua parti yang dipaparkan sebagai tidak mesra Islam.

Kes pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 juga membuka lembaran baru dalam proses eksperimen politik Pas. Tanpa meminta restu kepimpinan parti terlebih dahulu, Ustas Fadzil tangkas mengisi kekosongan apabila menziarahi bekas TPM yang dizalimi itu ketika Anwar masih Timbalan Presiden Umno. Pas memimpin Gerak, gabungan NGO dan parti politik yang menentang kezaliman elit penguasa. Serentak itu, keahliannya meningkat pantas. Borang untuk menjadi ahli Pas bagai pisang goreng panas.

Sesungguhnya, tidak mudah juga untuk menangani elemen dalam parti yang tidak berpuas hati dengan gerak politik berpandangan jauh Ustaz Fadzil itu. Cuma, apabila kepimpinan tertinggi mahu memacu perubahan dan cepat membaca mood rakyat, segala cabaran dalaman mampu dihadapi dengan matang. Ustaz Fadzil turun berdialog dengan ahli-ahli yang protes dan membantah; segala persoalan dan kemusykilan dijawab dengan tenang.

PRU1999 menyaksikan sikap Pas lebih terbuka. Tiada lagi dua bentuk kerjasama politik pembangkang seperti pada 1990, iaitu Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat. Barisan Alternatif yang terdiri Pas, KeADILan, PRM dan juga DAP, mengemukakan manifesto bersama dan berkaya mengelak pertembungan sesama sendiri. Pimpinan Pas dan DAP dapat bersemuka dalam mesyuarat bersama.

Walaupun ikatan dengan DAP terburai sebelum PRU2004, disebabkan isu Negara Islam, hubungan tidak rasmi nampak berjalan terus. Sekurang-kurangnya tidak timbul kes kecam-mengecam di khalayak. Kedua-dua parti masih utuh dengan jati diri pembangkang. Lagi pula konstituensi Pas dan DAP tidak bertindan.
Pernah idea kerajaan perpaduan Umno-Pas mahu dibentuk tetapi Pas menolaknya.
Pernah idea kerajaan perpaduan Umno-Pas mahu dibentuk tetapi Pas menolaknya.Tiada timbul kerisauan dan prejudis bahawa mana-mana parti pembangkang cenderung dengan Umno. Semuanya jelas menentang parti pemerintah. Malah, sebelum itu, pelawaan Dr Mahathir Mohamad untuk mengadakan pertemuan bagi merintis apa yang dinamakan perpaduan Melayu selepas PRU1999 ditolak secara berhemah oleh Ustaz Fadzil.

Menghadapi PRU2008, kedua-dua parti tidak ada hubungan formal tetapi di kebanyakan negeri, bukan saja persefahaman untuk mengelak bertanding sesama sendiri, malah kempen dapat diselaraskan dengan baik. Justeru, apabila BN dapat dikalahkan di beberapa negeri serta majoriti dua pertiga dinafikan di Dewan Rakyat, dengan pantas sekali Pakatan Rakyat dibentuk sebaik kerajaan baru negeri ditubuhkan.

Kepimpinan tertinggi Pas serta-merta menolak idea kerajaan perpaduan Umno-Pas, khususnya di Perak dan Selangor. Bayangkan, kalau diterima cadangan itu, Pas akan mengetuai empat negeri, satu kesempatan terbaik buat Pas sepanjang sejarahnya. Namun, mereka tidak tersilau dan amat menyedari mandat sebenar rakyat dan penerimaan secara terbuka oleh pengundi bukan Melayu yang tidak sepatutnya dikhianati.

Dua tiga orang pimpinan Pas negeri tertentu, seperti Pahang dan Pahang, mengakui, sebenarnya sepanjang era yang dikatakan pecahnya Barisan Alternatif itu, hubungan dengan DAP secara tidak formal tetap terjalin balik. Mereka meneruskan kerjasama dan program politik terutama membabitkan kepentingan rakyat. Mungkin kerana itu jugalah, DAP lebih mudah menerima Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar selepas gabungan parti itu bersama PKR dan Pas menang tipis dalam PRU2008 di Perak.

Malangnya, dalam masa sama, Pas seakan-akan mula diresapi sikap untuk mendominasi dan menguasai, tanpa menyedari kekuatan asas, terutama dari segi penguasaan kerusi. Sebahagian pemimpin Pas rasa terpinggir walaupun partinya diakui paling berpengalaman, mempunyai jentera akar umbi paling efisyen, dan ahlinya terbukti sedia berkorban dan cukup setia.

Ada merasakan jentera dan kesetian ahli Pas diperalatkan oleh parti sahabat sementara prinsip parti terpaksa dilenturkan. Dalam masa sama, pendekatan sederhana dan bijaksana yang dipupuk secaras bertahap sejak 1983, mula tergugat. Suara lantang dan agresif mula mengambil tempat. Desakan untuk mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat diluahkan secara rasmi.

Bukan sesuatu yang pelik dan aneh, jika mana-mana parti politik mahu lebih ke depan berbanding rakan sekutu. Juga sesuatu yang lumrah bagi setiap tokoh politik yang mengimpikan jawatan paling tinggi da;am kerjayanya. Namun, ia tidak harus mencarik persefahaman yang terjalin.

Dan jangan lupa, sesungguhnya dinamika politik sentiasa bersilih ganti. Lima tahuh memisahkan. Mungkin pilihan raya berikutnya keputusan pilihan raya berbeda dan posisi dalam kerajaan juga boleh berbeda. Misalnya pada 2008, Pas Selangor memperolehi hanya lapan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi meningkat kepada 15 pada 2013.

Kempen saraf Umno yang menyuntik rasa cemas tidak berasas terhadap "ketuanan Melayu" dan dominasi Cina-DAP juga berbekas. Presiden, Ustaz Hadi dan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din dilihat tidak senang dengan Pakatan Rakyat. Serentak itu, kecurigaan berbenih tentang kemungkinan Pas lebih mesra dengan elit penguasa, seperti ditunjukkan oleh mereka dalam isu skandal raksasa 1MDB.

Maka, proses berperingkat Pas untuk menjadi parti berpengaruh terhenti secara tiba-tiba. Daripada sebuah parti yang nampak matang dan bersikap terbuka menjadi agak angkuh dan melanggar segala hukum diplomasi.

"Kepada sebahagian pimpinan tertinggi Pas, kegagalan untuk memenangi hati pengundi masyarakat Melayu dalam PRU13 disebabkan faktor DAP. Mereka beranggapan orang Melayu akan menyokong Pas jika Pas tiada lagi hubungan dengan DAP," kata bekas ahli Parlimen yang kini menyertai Amanah.

"Bagi saya, sudah menjadi perancangan elit Umno dan strategi perang saraf Majlis Keselamatan Negara untuk memutuskan hubungan Pas-DAP ini, demi survival Umno-BN. Dan lebih malang lagi, keputusan bercerai dengan DAP dibuat dalam muktamar tanpa melalui proses perbahasan terlebih dahulu," ujarnya lagi.

Pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ditemui mati tergantung

Kuala Ketil – Seorang pelajar lelaki di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ditemui mati tergantung dalam bilik air di asrama penginapannya di sini, malam tadi.

Mayat mangsa ditemui rakan kira-kira jam 11 malam dengan lehernya dililit kain pelikat yang diikat pada saluran paip.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof, mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Perupok di Bachok, Kelantan.

“Balai Polis Kuala Ketil menerima maklumat mengenai kejadian itu, sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi. Ketika sampai, mayat mangsa sudah dibawa turun rakannya.

“Kita masih menyiasat kematian mangsa yang juga penuntut tahun satu jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah, namun sehingga kini kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi.
-bharian