Najib pikat PAS untuk kekal berkuasa

TERDESAK untuk menangi undi Melayu, Perdana Menteri Najib Razak dilihat cuba berbaik dengan musuh tradisinya PAS, sebuah parti Islam yang mahu undang-undang syariah dilaksanakan di Malaysia, lapor Bloomberg hari ini.

Walaupun ia tidak mungkin berlaku, kerjasama itu akan memberi kelebihan kepada Umno dan PAS. Jalinan kerjasama antara parti itu memberi kelebihan kepada Najib untuk Umno mempengaruhi undi masyarakat Islam, manakala Presiden PAS Abdul Hadi Awang kini lebih banyak peluang untuk mempengaruhi kerajaan berhubung polisi.

Najib membenarkan Hadi bentangkan rang undang-undang untuk memperkasakan mahkamah syariah, satu tindakan yang menimbulkan kebimbangan segelintir pihak ia akan membuka laluan kepada hudud di Malaysia.

Najib juga bekerjasama dengan pemimpin PAS untuk membantu minoriti Rohingya yang beragama Islam di Myanmar.

Isu kaum, etnik, bahasa Melayu dan terutamanya Islam sangat dekat di hati rakyat Malaysia, kata Mohamed Mustafa Ishak yang merupakan pensyarah pengajian politik dan antarabangsa di Universiti Utara Malaysia.

Najib sedar perkara itu. Malah beliau cuba untuk menjadi wira kebajikan masyarakat Islam berikutan pilihan raya umum yang semakin hampir.

Namun memberi keutamaaan kepada pengundi Islam adalah berisiko, jika tidak "sangat berbahaya" di negara dengan minoriti Cina dan India yang besar dan sejarah keganasan etnik.

“Ia juga boleh secara tidak langsung mengalakkan ekstremis agama dan fundamentalis untuk menyebarkan ideologi sesat mereka,” kata penasihat Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia Oh Ei Sun.

Namun Ketua Umno Kuala Terengganu Sabri Alwi berkata tindakan Umno bekerjasama dengan PAS adalah betul.

“Kami orang Islam, PAS juga Islam, kami boleh bersama,” kata Sabri.

“PAS sangat fleksibel mengenai rakan kerjasama selagi ia ke arah kepentingan Islam, kata anak kepada Hadi, Muhammad Khalil yang juga ketua pemuda PAS.

“Kami sedia bekerjasama dnegan mana-mana pihak atau parti,” katanya bulan lalu di ibu pejabat parti itu di Kuala

"Apa yang penting ialah ia memberi manfaat kepada Islam dan ia memberi manfaat kepada umat Islam Melayu.

“Kami jadikan Islam sebagai asas dan orang Melayu mesti menjadi asas kepada sistem pemerintahan politik negara.”

Ketua PAS Kuala Terengganu Wan Sukairi Wan Abdullah berkata “PAS adalah sama dengan Hamas,” merujuk kepada organisasi kebebasan Palestin. “Dan Umno adalah seperti Donald Trump. Kedua-duanya tidak bercampur.”

Namun, kedua-duanya “bekerja bersama demi kepentingan rakyat dan Islam. Itu lebih penting.” – 26 Ogos, 2017.

Peluang PH untuk menang lebih besar pada pertembungan tiga penjuru

Zulkifli Sulong
PERTEMBUNGAN tiga penjuru antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan PAS pada pilihan raya umum akan datang memberi peluang lebik baik kepada pakatan pembangkang, kata ahli panel pada satu forum pilihan raya baru-baru ini.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata beberapa kajian yang dijalankan di seluruh negara menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada PH di kebanyakan kerusi kerana berlaku pecahan undi Melayu antara PAS dan BN.

“Bila berlaku pertembungan tiga penjuru, undi Melayu akan berpecah kepada tiga antara Umno, PAS dan PH di mana undi bukan Melayu terutamanya Cina hampir ketara bersama PH.

"Tambahan lagi apabila terbentuknya Bersatu, sebahagian undi Melayu Umno juga akan dibawanya kepada PH, maka undi PH pun akan bertambah dan akan menang dalam pertandingan tiga penjuru,” kata Khalid pada forum "PAS rakan kongsi berisiko tinggi" di Kuala Terengganu.

Menurut Khalid, PH telah meminta Pengarah Pilihan Rayanya, Mohamed Azmin Ali untuk menyiapkan satu kertas kerja tentang usaha PKR mahu terus bekerjasama dengan PAS.

Timbalan presiden PKR yang juga menteri besar Selangor itu diminta menjelaskan tujuan dan rasionalisasi mengapa PH perlu bekerjasama dengan PAS ketika parti itu terus menerus menolak kerjasama dengan PH dan juga PKR.

Azmin telah diminta membentangkan kertas itu dalam mesyuarat Majlis Presiden PH akan datang.

Menurut Khalid, Amanah menyedari sikap PAS yang tidak mahu bersama PH itu sejak awal lagi kerana hampir kesemua pimpinannya mengenali parti Islam itu kerana mereka berasal darinya.

Baru-baru ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi memaklumkan PAS akan bertanding 42 kerusi negeri di Selangor termasuk Kajang (kerusi Wan Azizah Ismail) dan Bukit Antarabangsa (Azmin).

Dalam PRU 13 lalu, PAS hanya bertanding 23 kerusi dan menang 15 darinya.

Menurut Khalid, sebelum ini ketika Iskandar Samad adalah pesuruhjaya PAS Selangor, kesemua 13 Adun PAS telah menghantar surat kepada Presiden PAS Abdul Hadi Awang meminta diberi ruang untuk berbincang dengan PH di Selangor.

"Namun ia telah ditolak oleh PAS. Bahkan kesemua unit PAS telah mempermainkan adun-adun ini sehingga Iskandar mendakwa mereka semua duduk dalam perigi buta, yang tidak tahu kepentingan mereka terus kekal dalam kerajaan negeri Selangor," kata Khalid dalam forum itu.

Sementara itu seorang lag i ahli panel, Hasbie Muda yang juga ketua Pemuda Amanah Terengganu berkata, sejak dari dulu lagi sejarah menunjukkan PAS selalu tidak setia dengan rakan kongsinya.

Dalam tahun 1960an di Terengganu, PAS pernah mengkhianati Parti Negara apabila mereka bekerjasama melawan Perikatan waktu itu.

"Ia menyebabkan kemudiannya, tiga Adun Parti Negara pimpinan Datuk Onn ketika itu menyertai Perikatan bersama lima wakil rakyat PAS sendiri melawan kerajaan negeri pimpinan PAS sehingga ia tumbang.

"Ia menunjukkan dalam keadaan yang getirpun PAS tidak menghargai rakan muafakatnya," kata Hasbie bagi mengukuhkan hujahnya bahawa PAS tidak boleh diharapkan oleh rakan muafakatnya.

Katanya, suasana semasa dalamman parti juga sangat bahaya bagi mana-mana pihak mahu berkongsi dengan PAS.

"Dahulu PAS ada ramai pemimpin yang berkongsi kuasa tetapi kini kuasanya tertumpu kepada seorang individu," kata Hasbie merujuk kepada kuasa yang dipunyai oleh Hadi yang sangat besar dalam PAS.

Menurut Hasbie, ketika Hadi adalah timbalan presiden parti, beliau pernah berkata dalam satu program untuk menarik pengundi Cina, PAS akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Namun, kata Hasbie, ia telah disanggah oleh Fadzil Noor kemudiannya.

Begitu juga Hadi pernah mahu bekerjasama dengan Umno sebelum ini tetapi ia telah disanggah oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merupakan Mursyidul Am PAS ketika itu.

"Sekarang kuasa dalam PAS tertumpu kepada seorang individu ini," kata Hasbie dalam forum yang dihadiri pimpinan dan penyokong Amanah Terengganu itu. – 26 Ogos, 2017.

Marah dengan orang lelaki, wanita kerat kemaluan anak sendiri?

Beijing – Seorang wanita di timur China memotong kemaluan anak lelakinya dipercayai semata-mata kerana mahu kembali kepada keluarga suaminya, lapor media China.

Kanak-kanak malang itu yang dikenal pasti sebagai Xiao Wen melepasi tahap kritikal dan berada dalam keadaan stabil.

Sina.com melaporkan insiden berlaku di Chonggren, bandar Fuzhou, Jiangxi.

Xiao Wen dibawa ke hospital oleh datuk dan neneknya dalam keadaan berlumuran darah.

Doktor menjalankan pembedahan penyambungan kemaluan dan kanak-kanak itu kini dalam keadaan stabil.

Doktor berkata, dia mungkin akan berdepan kesukaran fungsi zakar, namun dia masih berpeluang mempunyai anak di masa depan jika dia sembuh sepenuhnya.

Nenek kanak-kanak itu memberitahu, wanita itu meninggalkan keluarganya sejak setahun lalu dan berkahwin dengan orang lain.

Motif wanita itu masih tidak jelas.
-mstar

Hadi Awang sudah hilang arah

  
ULASAN l Presiden PAS, Datuk Seri abdul Hadi Awang masih dalam proses penyembuhan masalah jantungnya. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendoakan kesembuhan beliau.
Kesabaran seseorang itu ada hadnya.
Dengan berterima kasih kepada tiga ejen provokasi di “Nothing to Hide 2”, Hadi menunjukkan
bahawa kebenaran tidak penting, yang penting ialah politik.
Dan tiada yang lebih hina daripada mengarahkan budak-budak, dengan upah serendah RM50 untuk baling selipar dan kerusi kepada seorang pakcik tua yang banyak jasanya termasuk mempopularkan perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan keharmonian sejagat.
Kita boleh pilih untuk mendiamkan diri terhadap kesalahan pengurusan, korupsi dan
penyalahgunaan jawatan di Malaysia, atau membentuk satu bentuk kerjasama tidak suci bersama
perdana menteri Malaysia sebagai dalang politik dalam politik tanah air.
Kata-kata rakan beliau, ahli parlimen Pokok Sena berkata “Tiada siapa pun masuk politik untuk
menjadi dalang, melainkan dikaburi oleh ketamakan.”
PAS, di bawah kepimpinan Hadi, Islam menjadi tunggangan untuk membawa kepentingan politik yang mana sepatutnya didahului oleh maqasid syariah dalam maqasid penjagaan dan pemeliharaan agama (deen), nyawa (nafs), intelek (aqal), keturunan (nasab) dan harta.
Masih segar dalam ingatan saya, akan pertemuan bersama Hadi tahun lalu di Hilton Kuala Lumpur, beliau ditemani dua orang tokoh yang hebat.
Saya bertanya beliau satu soalan dengan nada berterus terang, macam mana boleh PAS bekerjasama dengan Umno yang pimpinan atasannya telah lakukan banyak kekejaman mengundang kesusahan rakyat.
Mengapa? Mengapa PAS bekerjasama dengan Umno yang terlalu banyak skandal? Jawapan Hadi
sangat memeranjatkan.
“Kita bekerjasama dengan Umno untuk merungkai Umno,” kata Hadi dengan senyum sinis.
Sungguh saya tidak tahu ingin kata apa melainkan Hadi adalah “lebih ahli politik daripada ustaz”.
Saya pulang dengan rasa seram, dengan bebanan kebenaran bahawa PAS itu lebih berorientasikan politik daripada agama, tetapi ia sukar dipercayai kerana luaran mereka yang dilihat memakai jubah dan kopiah hijau.
Semua itu hanyalah, pakaian bagi meyakinkan asas mereka dan pengikut mereka mirip kultus.
Benar banyak pengikut-pengikut PAS di peringkat akar umbi juga di peringkat barisan kepimpinan yang membenci apa yang didokong Umno.
Tetapi selagi mana lima tembikai (Ahmad Samsuri Mokhtar, Nik Abduh Nik Aziz, Mohd Zuhdi Marzuki, Nasrudin Hassan dan Khairuddin Aman Razali)  mempertahankan dan mengiyakan Hadi, tidak ada yang boleh mereka lakukan walaupun oleh tokoh yang peramah dan baik seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.
Ayat-Ayat al-Quran
Sepatutnya kita merasa hairan mengapa Hadi tergopoh-gapah menyelak kembali kisah Memali tanpa memahami apa yang sebenarnya berlaku di program Nothing to Hide 2? Bukankah Islam ajarkan kita mencari kebenaran dalam setiap sesuatu? Adakah Hadi telah melupakan ayat al-Quran yang mengatakan:
[6]
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
[7]
Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam
kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak
menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang
beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -
[8]
(Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(49: 6 – 8)
Adakah Hadi juga telah melupakan firman Allah dalam al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (4: 135)
Namun, Hadi tidak mengecam lansung perbuatan budak-budak itu di forum Nothing to Hide 2.
Adakah itu cara mendidik anak muda kita?
Kalau diikutkan hati, Mahathir dan BERSATU boleh sahaja mendakwa budak tiga orang itu di mahkamah. Tetapi dalam Islam, memaafkan orang lain adalah kebenaran dan keadilan.
Mahathir dan BERSATU tahu bahawa, tanpa sedikit pun rasa ragu-ragu, yang budak-budak itu telah dipergunakan. Salah satu ibu-bapa anak-anak yang ditahan reman itu bertanyakan tentang
“Armada” (Pemuda BERSATU). Mereka tidak tahu pun Armada itu apa!
Kalau mereka mendapat peluang bersekolah di sekolah yang baik - andai kata wang rakyat tidak
disalah guna oleh 1MDB dan dibuat sesuka hati oleh Felda FGV - mungkin ketiga-tiga anak muda ini sudah masuk universiti. Dan ahli-ahli BERSATU rasa berbangga untuk menghadiri hari graduasi mereka.
Inilah caranya kami memanda anak-anak yang masih muda dan nakal menjadi ahli yang produktif dalam masyarakat.
Kini mereka ditahan, dan dengan perkembangan terkini dan laporan yang sedang berlaku, ramai lagi yang akan turut ditahan untuk membantu siasatan.
Walau bagaimanapun, Hadi tetap memutuskan apa yang sebenarnya berlaku di Memali, seperti juga titah beliau yang terkenal sebagai “Amanat Hadi” yang mengkategorikan semua ahli Umno sebagai “kafir”, yang mana telah membawa banyak kerosakan dari kebaikan seperti keluarga dipisahkan dan bercerai, dua pihak saling memboikot antara satu sama lain, dua Imam di Masjid yang sama yang memisahkan Ummah Islam.
Seperti biasa, lambakan ayat-ayat Quran dan hadis digunakan untuk menjustifikasikan “amanat” beliau.
Tidak dilupakan jua “bai’ah” (ikrar janji setia) yang memaksa ahli parlimen dan ahli daerah untuk menceraikan isteri (dengan talak tiga) mereka kalau mereka keluar dari PAS ke parti lain.
Sepatutnya perkara yang benar perlu dilakukan, sebaliknya Hadi menyuarakan betapa berterima
kasihnya beliau dengan PAS. Sampai bila mahu menyesatkan anak muda dengan kesesatan nyata?
Andai ibu-ayah anak-anak muda ini lihat apa yang dilakukan dalam mesyuarat perbandaran, memprovokasi dan mencemuh para tetapi juga menyerang seorang atok tua berumur 92 tahun seperti Mahathir, mereka patuhnya doa supaya mereka ditelan tanah.
Pertahan diri
Soalan-soalan yang ditanya di forum tidak kena dengan konteks, tiada asas, tetapi penuh dengan
kebencian dan membangkitkan kemarahan.
Berkenaan naratif Memali, kita sudah lupa bagaimana Ibrahim Libya yang mengakui kebal dan memprovok pengikutnya mengangkat senjata terhadap polis. Beliau juga telah gunakan wanita dan kanak-kanak sebagai barisan pertahanan pertama.
Bertembung dengan pengikut gila Ibrahim Libya di Memali, pasukan polis Kedah bertindak
mempertahankan diri bagi mempertahankan pasukan mereka.
Kita perlu ingat yang Hadi yang sebelum berlakunya peristiwa Memali pada 1984, telah
mengajak ahli PAS untuk menerima tindakan “takfir” (tindakan memanggil semua kafir atau tiada kepercayaan, selagi mana mereka bukan ahli PAS).
Adakah Hadi sanggup menjawap isu “takfir” yang beliau lakukan terhadap Umno pada tahun 1980-an sebelum arwah Yusof Haji Rawa, Fadzil Noor dan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengembalikan parti ke jalan yang benar?
Andai kata ketiga-tiga tokoh hebat ini tidak memimpin PAS ke arah wasatiyyah dan pengawalan, kerosakan PAS yang kita lihat sekarang telah berlaku semenjak tahun 1980-an lagi, bukan sekarang.
Kini, Hadi telah memperlihatkan kehilangan semua diplomasi. Daripada menyuruh budak-budak itu dan keluarga mereka menjadi orang-orang yang berguna, beliau menyuruh mereka membayar
dengan darah.
Apa yang Hadi lakukan ini setaraf dengan apa yang dilakukan pada era Khalifah Umayyad.
Daripada menghalang anaknya Yazid, Khalifah Muawiyah mengiktiraf sikap pengempelas dan menurut hawa nafsu anaknya. Semasa Yazid menjadi Khalifah, perkara yang pertama yang dilakukan ialah membunuh cucu Rasulillah SAW, Husayn ibn Ali pada pertengah Abad ke- AD.
Hadith Rasulullah “Barang siapa di antara kalian melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia
mengubah dengan tangan; jikalau tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemah Iman.” (Muslim).
Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya doakan kebaikan mereka. Namun Hadi gagal dalam ketiga-tiganya. Ini sahaja menjelaskan sikap Hadi yang sebenarnya.
Tidak kita terkejut, Najib suka mengikuti Hadi dengan kesepiannya yang membingitkan telinga,
dengan Ahmad Zahid Hamidi rapat di belakang sering merujuk Mahathir sebagai “orang sudah lama,” dan lupa yang Zahid sendiri telah berumur.
Boleh dikatakan, hanya ada satu menteri sahaja yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap
kekecohan yang dimulakan oleh ejen provokasi, tidak sangka ia adalah Khairy Jamaluddin.

Mungkin juga masih ada sinar harapan dalam diri Khairy. Beliau hanya perlu keluar daripada kepompong zon selamat kepada zon rakyat dan negara.

DATUK RAIS HUSSIN adalah ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Pengerusi Biro Strategi dan Dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Bapa ditangkap rogol anak sendiri

SARATOK - Seorang bapa durjana diberkas polis di Kampung Emplam, Kabong di sini hari ini selepas dipercayai merogol anak kandungnya sejak 2014.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek yang berusia 48 tahun itu ditahan pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, laporan kejadian itu diterima pada 17 Ogos lalu selepas pelajar berumur 15 tahun itu mengadu kepada guru kaunselingnya bahawa dia telah dirogol bapa kandungnya.

"Mangsa mendakwa telah dirogol oleh bapa kandungnya sebanyak tujuh kali sejak 2014.

"Kejadian pertama berlaku di dalam sebuah pondok di kebun sawit ketika mangsa berumur 12 tahun, manakala kejadian-kejadian yang seterusnya berlaku di rumah sendiri," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, mangsa kini dirawat di Hospital Sibu untuk pemeriksaan perubatan.

"Suspek pula ditahan reman bagi membantu siasatan. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya. - K! ONLINE
-kosmo

PKR Kelantan kian bergolak?

Ada yang gelora belum selesai dalam PKR Kelantan nampaknya.

Siang tadi seorang pemimpin peringkat cabang parti itu dikejutkan dengan gelaran "gila" semasa menyerahkan satu memorandum kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di Machang.

Pengarah Pilihan Raya PKR Kota Bharu Ahmad Syauqey Abdul Ghani berkata dia dilabel begitu oleh Ketua Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan Ab Aziz Ab Kadir.

"Saya memang terkejut. Saya cuma mengambil tanggungjawab sebagai posmen untuk menyampaikan rasa tidak puas hati anggota parti kepada MPN Kelantan.

"Rasa tidak puas hati anggota parti itu ada dinyatakan dalam memorandum berkenaan," katanya.

Sebagai pengerusi PKR negeri, kata Ahmad Syauqey, Ab Aziz sepatutnya menganjurkan konvensyen bagi mendengar pandangan anggota parti, bukan menuduhnya gila.

Menceritakan kejadian itu, Ahmad Syauqey berkata, dia menghulurkan memorandum terbabit kepada Zuraida yang ketika itu berada di bangku belakang sebuah kereta.

Ketua Komunikasi PKR Kelantan Mohd Sukirman Mustafa menjadi pemandu dan Ab Aziz duduk di kerusi depan.

Menyertai Zuraida ialah Ketua Wanita PKR Kelantan Noraini Hussin.

Memang sedang marah

Semalam Malaysiakini melaporkan Ahmad Syauqey mengakui sedang mengumpul sokongan anggota peringkat akar umbi bagi mendesak kepimpinan pusat menggantikan Ab Aziz sebagai pemimpin di Kelantan.

Secara umum, katanya, memorandum itu menyatakan anggota parti tidak lagi meyakini sebahagian besar pimpinan MPN, kegagalan menguruskan isu peletakan jawatan lantikan politik dan kedudukan PKR yang tidak diperkukuhkan di Kelantan.

PKR Kelantan bagaimanapun menafikan parti itu berdepan perpecahan. Malah Mohd Sukirman memberitahu Malaysiakini semua 14 ketua cabang serta ketua wanita serta pemuda di Kelantan sudah menyatakan ikrar menyokong kepimpinan Ab Aziz.

Sementara itu Ab Aziz ketika dihubungi berkata kejadian itu belaku apabila Ahmad Syauqey cuba menerjah mereka untuk menyerahkan memorandum berkenaan.

"Memang saya marah tadi, Saya dalam kereta dengan YB Zuraida, dia terjah nak serah memo atau surat layang.

"Saya tengking perbuataan tu (sebagai) gila," katanya.

Mereka berada di Machang sempena pelancaran Pakatan Harapan (HARAPAN) peringkat Kelantan.

Majlis itu dihadiri pemimpin tertinggi parti komponen HARAPAN termasuk pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Zuraida hadir mewakili Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya mengenai kandungan memorandum itu Ab Aziz berkata, ia sama seperti kandungan "surat layang" yang tersebar sekarang.

"Tan Sri Annuar Musa pun khabarnya tolong sebar sama," katanya.

Di sebalik penegasan MPN negeri itu, Timbalan Ketua PKR Kelantan Mohamad Roslan Puteh mengesahkan beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan.

Bercakap kepada Malaysiakini Roslan berkata surat mengenai peletakan jawatan itu dihantar ke ibu pejabat PKR pada 16 Ogos lalu.

"Saya tak boleh bagi komen lebih lanjut kerana pusat (ibu pejabat PKR) belum membuat keputusan tentang peletakan jawatan itu," katanya yang juga anggota dewan undangan negeri bagi kawasan Guchil.
Sementara itu sumber berkata rasa tidak puas hati pemimpin di peringkat cabang memang meluas namun masing-masing enggan menyatakannya secara terbuka.

Antara cabang yang disebutnya tidak berpuas hati dengan pendirian PKR negeri ialah Kuala Krai, Kota Bharu dan Jeli.

"Mohamad Roslan sendiri adalah antara orang yang kuat menyokong memorandum berkenaan," katanya.
-malaysiakini

Mahkamah kekal penjara 20 tahun lelaki rakam aksi rogol anak tiri

Bernama
PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang merakamkan perbuatan merogol anak perempuan tirinya berumur 14 tahun dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun, selain disebat 15 kali kerana merogol gadis itu.

Menyifatkan perbuatan bapa tiri mangsa berusia 33 tahun itu amat kejam, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata, hukuman penjara 20 tahun dan 15 sebatan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Johor itu setimpal perbuatan lelaki terbabit.

“Kesalahan ini sangat serius. Jenayah ini sangat kejam dan cara ia dilakukan terhadap anak perempuan tirinya apabila dia membuat rakaman video perilaku mengadakan hubungan seksual itu.

“Ia menjatuhkan maruah. Tergamak dia buat begitu,” kata Zulkefli yang mempengerusikan panel 3 hakim bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ahmadi Asnawi dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Yeoh Wee Siam.

Zulkefli berkata, tiada alasan bagi Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan lelaki itu supaya tempoh hukuman penjaranya dikurangkan.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu pada 19 Ogos 2016 membawa anak perempuan tirinya ke sebuah rumah di Kulai, Johor untuk membantunya menjalankan kerja pembaikan di rumah kosong.

Dia mengugut akan mencederakan ibu bapa kandung gadis berkenaan, sekiranya mangsa tidak memenuhi keinginannya untuk mengadakan hubungan seksual.

Gadis itu yang ketakutan, bersetuju memenuhi keinginannya.

Peguam, Tina Ong yang mewakili lelaki itu berkata, hukuman penjara anak guamnya perlu diringankan kerana dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan rogol itu di Mahkamah Sesyen.

Lelaki itu gagal dalam kesnya di Mahkamah Tinggi Johor untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara, lalu membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ku Hayati Ku Haron berkata, pengakuan bersalah terhadap tuduhan itu bukan bermakna lelaki itu berhak mendapat pengurangan tempoh penjara.

Beliau berkata, gadis itu trauma 4 tahun kerana dirogol bapa tirinya sejak 11 tahun.

Menurut fakta kes, gadis itu tidak memberitahu sesiapa perkara itu kerana bimbang keselamatan ibu bapanya. Dia mengambil keputusan membuat laporan polis selepas tidak dapat bersabar lagi atas perbuatan lelaki itu.

Rafizi desak Hadi jelaskan dakwaan bertemu Najib rampas PH Selangor

MALAYSIA DATELINE
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat penjelasan akan dakwaan mengatakan Pas-Umno merancang merampas negeri Selangor sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Beliau berkata, laporan akhbar News Straits Times itu memberikan kesan besar kapada negara kerana mempengaruhi perkembangan politik di dalam perngkat PKR dan Pakatan Harapan (PH).

"Laporan ini kerana ia ada kesan besar kepada negara dan juga mempengaruhi perkembangan politik dalaman di peringkat Keadilan dan PH.

"Jika laporan ini tidak benar, maka samanlah Straits Times sepantas kilat dan buat sidang media tergempar menafikan perkara-perkara di atas (seperti kekerapan beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib di telefon)," ujarya dalam kenyataan.

Beliau mengulas mengenai laporan akhbar tersebut antara lain melaporkan Abdul Hadi dan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak “hampir setiap hari sejak beberapa bulan” mengenai rancangan kerjasama Pas-Umno untuk merampas negeri Selangor

Turut dilaporkan dakwaan Tan Sri Khalid Ibrahim bekas Menteri Besar Selangor disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar yang ingin diangkat melalui kerjasama Pas-Umno dan turut dilihat mengunjungi pejabat perdana menteri beberapa kali. Malah Najib didakwa kerap bercakap dengan Abdul Hadi memalui telefon semasa beliau menjalanai rawatan pada Mei lalu.

Termasuklah satu dari perancangan ialah supaya Pas bertanding 42 kerusi untuk memastikan undi Melayu kepada Pakatan Harapan berkurangan.

"Jika benar, saya mohon beliau tidak berdolak dalih dan mengesahkan sama ada kerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor pernah ada dalam pertimbangan politik Pas sebelum ini," tegasnya.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan juga berkata, PH perlu bersiap sedia menghadapi pertandingan tiga penjuru dengan Pas dan sudah tiba masanya perbezaan pendapat di antara pimpinan kanan Keadilan mengenai perkara ini diselesaikan secara muktamad.

"Saya menghormati usaha-usaha sahabat pimpinan lain sebelum ini yang masih cuba untuk memujuk Pas walaupun saya yakin tidak ada satu bukti pun yang sahih yang menunjukkan pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan kekalahan besar-besaran Keadilan (dan hilangnya tampuk pemerintahan Selangor) seperti yang diwar-warkan sebagai alasan paling kukuh memujuk Pas.

"Malah, segala kajiselidik yang dijalankan secara telus dan terbuka oleh Invoke yang kaedahnya menepati piawaian antarabangsa menunjukkan sokongan rakyat akan berpihak kepada Keadilan dan PH dalam pertandingan 3 penjuru kerana kehendak rakyat ialah untuk menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dengan segera.

"Sebelum ini, saya mengimbangi keperluan untuk memberikan ruang kepada sahabat-sahabat pimpinan lain di dalam Keadilan untuk menjayakan rundingan mereka dengan Pas dengan kebimbangan saya tindakan itu dilihat sebagai tidak berprinsip dan mementingkan diri dalam keadaan apa-apa kemenangan yang hendak dicapai mestilah berpasakkan prinsip (bukannya strategi bergabung dengan sesiapa asalkan boleh menang).

Oleh itu, mengambil kira beberapa perkembangan terkini termasuklah pengumuman Pas Selangor semalam untuk bertanding di 42 kerusi dan laporan pada hari ini yang membayangkan kerjasama Pas-Umno, saya akan berunding dengan seberapa ramai pimpinan lain dalam Keadilan ke arah memuktamadkan
pendirian Keadilan mengenai Pas dan komitmen Keadilan kepada Pakatan Harapan.

"Saya percaya perbezaan pendapat sesama kami pimpinan kanan di peringkat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat akan berterusan dan tidak akan ada titik persetujuan, maka keputusan sebesar ini hanya boleh dimuktamadkan dengan mengambil kira suara akar umbi Keadilan yang lebih besar (bukannya diputuskan oleh beberapa kerat pimpinan kanan parti semata-mata).

"Walau apa pun kaedahnya nanti, saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa pendirian Keadilan mengenai kerjasama dengan Pas dan komitmen kepada Pakatan Harapan perlulah dimuktamadkan dalam masa terdekat dan bukannya dibiarkan “terbuka” (“open ended”) seperti sekarang, " ujarnya.

Murid Tahun 1 meninggal dunia dibelasah rakan sekolah

Bernama
SIBU: Murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu petang semalam dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.

Mangsa dikatakan ditumbuk di kepala dan disepak di badan sambil mulutnya ditutup dengan sehelai selimut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak DCP Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.

“Mangsa cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah di asramanya malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.

“Seorang murid ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menduduki peperiksaan UPSR pada September,” katanya.

1 pasukan khas diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.

HANGAT!!!! Laporan: Najib-Hadi bincang rampas S'gor

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor sedang mengusahakan pakatan pilihan raya untuk merampas Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik sumber, Straits Times Singapura mendakwa kedua-dua pemimpin Melayu itu “berhubung hampir setiap hari untuk tempoh beberapa bulan”.

Laporan itu juga menyebut bahawa mereka sering berbual dalam telefon selepas Hadi selesai menjalani pembedahan jantung Mei lalu.

Untuk merampas Selangor, kedua-dua parti itu dilapor memerlukan calon berwibawa untuk memimpin pentadbiran negeri itu.

Percubaan juga dikatakan telah dibuat untuk membawa kembali bekas menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR.

“Beliau telah beberapa kali dilihat di Pejabat Perdana Menteri (PMO) akhir-akhir ini,” kata sumber.

Dalam reaksi bertulis Straits Times, Khalid mengesahkan memang ada bertemu dengan pemimpin PAS dan Umno dan parti-parti lain juga.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan itu berkata “perbincangan dibuat adalah demi kebaikan rakyat”.

“Sebagai (wakil) bebas, saya ada kebebasan berjumpa dengan mana-mana parti. Untuk saya sendiri tiada rancangan untuk bertanding dalam pilihan raya depan.

“Saya berterima kasih PAS berdiri bersama saya sehingga habis. Tetapi buat masa ini tiada rancangan masuk parti lagi,” katanya.

PAS masih bergabung membentuk kerajaan Selangor walaupun di peringkat pusat, kedua-dua parti tidak lagi mempunyai kerjasama politik secara rasmi.

Sebelum ini Hadi berkata PAS tiada masalah bekerjasama dengan Umno dalam isu berkaitan Islam dan perpaduan Melayu.
-malaysiakini

Rakaman seorang wanita dibogelkan oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas

Wanita diserang secara seksual dalam bas


Rabat – Satu rakaman video seorang wanita muda diserang secara seksual oleh sekumpulan remaja lelaki dalam sebuah bas di Casablanca mencetuskan kemarahan dan perdebatan di Maghribi.


Video dimuat naik di media sosial pada Ahad lalu, memaparkan empat remaja lelaki mencabul secara seksual seorang wanita sambil ketawa, mengoyakkan pakaiannya serta menghinanya dalam bahasa Arab.

Menurut pihak berkuasa, wanita itu yang mempunyai masalah pembelajaran, dilihat menangis sambil meminta bantuan, namun tiada seorang pun penumpang atau pemandu campur tangan.

Gangguan seksual dan penderaan wanita berleluasa di Maghribi dan tinjauan di seluruh negara mendapati, hampir dua pertiga wanita pernah diganggu secara fizikal, psikologi, seksual atau domestik.

Awal bulan ini, rakaman video menunjukkan sekumpulan lelaki mengganggu seorang wanita di sebatang jalan di Tangier menimbulkan kekecohan di media.

Isnin lalu, pihak berkuasa Maghribi berkata, mereka menahan enam remaja lelaki berusia 15 tahun hingga 17 tahun untuk disiasat berhubung kejadian itu.
-kualalumpurpost

Tukar agama lepas ada masalah kewangan

WARTAWAN SINAR HARIAN
BALING - Kerana kesempitan hidup menyebabkan seorang bekas anggota keselamatan beragama Islam menukar agamanya kepada Kristian pada Februari tahun lalu.


Walau bagaimanapun dia yang hanya ingin dikenali sebagai Fauzan, 51, yang sebelum ini tinggal di Kuala Lumpur kini menyedari kesilapannya dan kembali kepada ajaran Islam.

Menceritakan pengalaman pahitnya itu, selepas dinasihatkan majikan supaya berhenti kerja, kehidupannya menjadi tidak tentu arah akibat masalah kewangan dan keluarga.

"Bos suruh saya berhenti lepas tak dapat fokus kepada kerja. Pada 2016 saya bersara dan dibayar wang bersara awal pada Februari tahun sama.

"Duit memang cukup untuk saya dan keluarga tapi isteri kawal semua duit untuk cantikkan rumah, beli-belah dan berfoya-foya dengan lelaki lain. Anak pun tak hormat ayah mereka sendiri," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menceraikan isterinya.

"Bila bercerai, hidup saya lagi tak terurus. Nak makan pun tak ada duit.

"Waktu itu saya tak tahu nak mengadu dekat siapa. Hasil usaha keras nak tampung hidup, saya bekerja di kedai bundle," katanya.

Fauzan berkata, pada Mac, seorang wanita Iran yang datang ke kedai itu menegur keadaannya yang tidak terurus.

"Lepas itu tiga kali saya jumpa perempuan itu sebelum dia bawa saya ke gereja.

"Setiap kali jumpa, dia bagi saya duit dalam RM200 ke RM300. Masa pertemuan keempat, dia minta saya minum air yang disediakan. Saya ikut saja, tak bantah. Lepas itu dia isytiharkan saya dah peluk Kristian," katanya.

Lelaki berasal dari Bukit Mertajam berkata, beberapa bulan selepas itu dia berjumpa dengan seorang ustaz bagi meminta nasihat.

“Ustaz itu minta saya bertaubat dan ucap semula dua kalimah syahadah. Bermula dari situ, saya tinggalkan Kuala Lumpur dan dalami ilmu agama di sekitar Baling,” katanya.

PAS mahu rampas kerusi Azizah dan Azmin

Khairil Ashraf
SHAH ALAM: PAS Selangor akan merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang serta Bukit Antarabangsa yang dimenangi 2 pemimpin tertinggi PKR, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Azmin Ali, pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehin Mukhyi berkata, parti Islam itu juga akan mencabar kerusi Parlimen Gombak yang dikuasai menteri besar Selangor itu sejak 2008.

“Memang wajib kita ambil. Sebenarnya, sejarah sebelum adanya PKR, sejak pilihan raya dulu PAS sangat berminat berada di banyak kerusi di Selangor. Setelah adanya PKR, itu yang kita bagi beberapa (kerusi).

“Selepas pilihan raya yang lalu, presiden PAS yang mencadangkan supaya PKR jadi menteri besar Selangor, bukannya PAS walaupun PAS menang 15 kerusi ketika itu,” katanya pada sidang media hari ini.

Azmin berjaya mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU13 selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Nadzim Ibrahim dengan majoriti 4,044 undi.

Dr Wan Azizah yang berdepan calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada Mac 2014 pula menang dengan majoriti 5,379 undi.

Sallehin yang juga adun Sabak berkata, parti itu akan bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi DUN di Selangor pada PRU14, selepas mendapat persetujuan PAS Pusat.

Katanya, parti itu juga bersiap sedia menghadapi pertandingan 3 penjuru atau lebih.

“Bersedia untuk letakkan calon di semua kerusi yang ditandingi BN atau Pakatan Harapan.

“Perlu diingatkan pertembungan 3 penjuru di Selangor, kalau berlaku bukan dimulakan PAS, tapi rekod DAP dan Amanah (yang mula mencabar) bertanding di kerusi PAS,” katanya.

PANAS!!! Sultan Johor cabar KJ

Sultan Johor pula cabar Khairy dan skuad polo Sukan SEA
FMT Reporters
PETALING JAYA: Selepas cabaran Tuanku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada skuad polo Sukan SEA yang disertai Khairy Jamaluddin bulan lalu, hari ini Sultan Johor pula mencabar menteri belia dan sukan itu dan pasukannya untuk berentap dengan 2 puteranya.

“Saya akan hantar 2 anakanda saya dan 2 orang penjaga kuda ataupun saya sekali kerana saya melihat diri saya masih handal lagi.

“Kalau pasukan saya kalah, saya akan akui bahawa pasukan Sukan SEA itu lagi baik dan semuanya handal-handal belaka,” kata Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kenyataan dimuat naik di Facebook.

Sultan Ibrahim berkata pasukan yang bertanding untuk sukan polo di temasya Sukan SEA ibarat “hanya untuk cukupkan syarat pertandingan sahaja”.

“Ada yang datang dengan handicap rendah, jadi memanglah mudah untuk dikalahkan,” katanya merujuk tahap kelayakan pemain polo.

“Kalau jantan, mari kita main dan tunjukkan taring masing-masing di Johor.”

Sultan Johor mempertikaikan kemampuan sebenar pasukan polo negara, yang kelmarin menewaskan pasukan polo Brunei 12-4 di perlawanan pembukaan acara polo sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Khairy merupakan antara pemain pasukan negara berdepan Brunei, yang diwakili anak Sultan Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah dan Puteri Azemah Ni’matul.

Sultan Johor turut merujuk kepada aksi “pura-pura” pasukan negara pada perlawanan Sukan SEA.
“Hari ini lawan Singapura. Bila pasukan sudah menang baru masuk bermain dan suruh budak yang sedang ‘perform’ berpura-pura mengalami kecederaan.

“Jadi ada gambar beliau dapat masuk dalam pasukan untuk dipaparkan dalam media cetak dan melakukan propaganda menipu orang ramai seolah-olah dia yang menang dan handal.”

Sultan Johor berkata negeri Johor mempunyai tradisi sukan polo sejak 1884, dan Sultan Ibrahim sendiri pernah bermain di serata dunia termasuk Piala Dunia.

“Kalau hendak dibandingkan dengan Sukan SEA, ia bukan tandingannya. Jikalau anda mahukan perlawanan yang lebih serius, datang ke negeri Johor.”

Bertanding 42 kerusi Dun Selangor sahkan Pas 'pengebom bunuh diri'

MALAYSIA DATELINE
Kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor Sallehen Mukhyi bahawa Pas akan bertanding di 42 kerusi Dun Selangor mengesahkan parti itu sebagai 'suicide bomber' (pengebom bunuh diri) dan bukannya 'king maker' dalam politik tanah air.

Keputusan itu juga menunjukkan bahawa Pas tidak lagi bersama pembangkang malahan menjadi pengganggu (spoiler) dalam perjuangan rakyat menjatuhkan rejim Umno-BN pimpinan kleptokrat Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil bagaimanapun yakin rakyat akan memilih blok yang benar-benar kuat bagi menjatuhkan Umno-BN iaitu Pakatan Harapan.

"Dalam keadaan ini, mustahil untuk Pas menjadi 'king maker' kerana mereka bukan lagi pilihan rakyat kerana tidak lagi berada bersama gabungan pembangkang," ujarnya.

Menurut beliau, dalam sejarah pilihan raya negara ini, Pas hanya mendapat sokongan kuat rakyat apabila berada dalam satu gabungan seperti mana bersama Barisan Alternatif dalam PRU 1999 dengan 27 kerusi parlimen, PRU 2008 (23 kerusi) dan PRU 2013 bersama Pakatan Rakyat (21 kerusi).
"Sebaliknya apabila bersendirian, Pas hanya mendapat 1 kerusi dalam PRU 1986 dan 7 kerusi dalam PRU 2004," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan Pas sebagai 'suicide bomber' yang bukan sahaja akan membunuh dirinya sendiri, tetapi juga orang yang berada di sekelilingnya.

"Begitulah juga ibaratnya dengan kedudukan Pas yang akan ditolak rakyat kerana dilihat mesra Umno dan seringkali membela korupsi Datuk Seri Najib Razak yang mana parti-parti yang bersama Pas juga dibimbangi bakal ditolak rakyat," katanya.

Oleh itu, Faiz menyeru semua parti gabungan Pakatan Harapan supaya memberikan fokus memperkukuhkan Pakatan Harapan di semua peringkat dan menumpukan kepada objektif menjatuhkan Umno-BN.

"Masa yang diberikan kepada Pas untuk menyertai Pakatan Harapan telah lama dibuka, namun tidak disambut oleh Pas. Sebaliknya Pas lebih ketagih menyerang Pakatan Harapan dan parti-parti komponennya.

"Maka, punca dan agenda Pas di sebalik langkah sumbang Pas ini di kala Datuk Seri Najib Razak mengamalkan khurafat baru 'cash is king' demi survival politiknya bukan lagi suatu misteri," tegas beliau.